Senang je sebenarnya nak order baju kat mohcetakbaju.com ni!

Hai & Salam Cetak TShirt buat korang semua,

Pekabo? Harap sihat2 le selalu hendaknya. Syukur pada Allah yang masih lagi bagi kudrat untuk saya menaip berkenaan tempahan2 baju untuk dikongsi ngan korang hari ni.

2013 ni saya akan cuba menunaikan sebanyak mungkin permintaan dari pelanggan-pelanggan kitaorang. Tahun2 sebelum ni bukannya tak menunaikan permintaan tapi ada sesetengah permintaan tu saya terpaksa tolak sebab tempahan sedia ada terlalu padat & ada sesetengah tu masa mengorder tu suntuk sangat. Hari ni order, lusa nak pakai dah.

Kalau yang macam tu, simple & sempoi punya design In Sha Allah, saya boleh tunaikan tapi kalau macam2 kaler ada, mintak maaf le banyak2. Takut tak sempat kalau nak cepat.

Biasanya saya boleh siapkan baju yang banyak kaler tu dalam 2 minggu ke atas le. So, pada korang yang nak order baju tu, pastikan order awal & cepat2. Takut tak sempat siap lak kang.

Hari ni nak kongsi ngan korang le bagaimana sebenarnya korang nak order baju ngan kitaorang. Bukan susah sebenarnya. Ikut je langkah2 kat bawah ni & gerenti korang akan puashati nanti. Cer tengok apa langkah2 nya tu :

1.  Tetapkan dulu berapa lai nak order?

2. Pilih dulu baju pilihan korang kat Katalog2 baju kat blog kitaorang.

3. Pastu, pakat ngan kawan2 berapa bajet selai termasuk print. Maklumat ni penting sebab kalau bajet korang ciput, saya boleh syorkan baju murah & kualiti bawah skit. Kalau bajet korang tinggi, saya boleh pilih baju mahal skit & berkualiti skit. Tapi apa2 pun, korang pilih le dulu baju kat katalog kitaorang tu.

MAKLUMAN : SETAKAT INI BAJU DARI LUAR SAYA TAK TERIMA LAGI SEBAB AGAK TAK BERBALOI DENGAN USAHA NAK MEMERINT NANTI. SORI YEK!!

4. Pastu…langkah ni paling PENTING!!!!

ISI FORM KAT PAGE “NAK TAHU HARGA TAK?” KAT BLOG SAYA KAT BAHAGIAN ATAS NUN.

TOLONG YE….DIULANGI….TOLONG JANGAN TANYA HARGA ATAU ORDER KAT BAHAGIAN KOMEN DIBAWAH SETIAP ARTIKEL. LAMBAT NAK JAWAB NANTI.

5. Pastu emelkan design yang korang nak print atas baju tu. Kalau tak ada design sendiri lagi, buat design korang sendiri kat page “BUAT DESIGN SENDIRI” kat bahagian atas nun. Bila dah buat, klik SEND kat bahagian bawah website tu.

6.  Pastu tunggu je jawapan harga dari saya.

INI PUN LANGKAH PENTING….TOLONG CEK EMEL LEPAS KLIK “SUBMIT” YE.

7. Bila kita dah berbalas-balas emel & dah dapat harga, baru le buat deposit 50% dari harga yang kita setuju tu.

Nak buat bayaran, klik kat page “CARA BAYARAN”  kat blog saya untuk detail bank & isi form kat situ.

8. Dah terima bayaran, saya akan terus order baju & akan cuba siapkan dalam tempoh yang korang nak tu.

So, itu le 8 langkah yang korang perlu ikut untuk order baju ngan kitaorang. Senang je.

Kalau pening jugak nak pikirkan cara nak order tu, terus je emel atau call saya untuk dapat maklumat. Terpulang le.

Ok, hari ni nak cerita lagi pasal tempahan baju yang kitaorang terima sebelum ni ye. Apa ceritanya?

baju group

Baju ni senang je nak print. 1 kaler depan & 1 kaler belakang. Kalau camni, 1,000 lai sehari, In Sha Allah, boleh buat. Design diaorang buat kat Customink.com je. Korang pun boleh buat sebenarnya.

baju kelas

baju group

Ini bahagian belakang lak. Simple je. 1 kaler memang mudah nak buat terutamanya baju kaler cerah & print kaler hitam.

Tempahan ni lak memang banyak saya terima. So, saya kongsi jugaklah dengan korang walaupun sebelum2 ni dah masuk dah cerita dia ni….

baju santai runningman

Cuba teka…nak print gambar apa sebenarnya ni? Ini baru base kuning. Kalau diikutkan sebelum base kuning ni, saya print base putih dulu nak bagi naik kaler kuning tu. Cuba teka gambar apa?

Taadaaa……

baju runningman

baju runningman

Baju ni lagi…..yang ini saya consider sebagai mudah nak buat le sebab design dia besar & blok dah ada siap dah. Tunggu nak print je. Baju guna jenis TShirt murah. Yang ini diaorang order dalam 20 lai ni. Macam2 kaler baju ada. Pilih je.

Apalagi?….

baju kelab

Ini lak baju geng tunggang kuda kat Port Dickson. Design depan belakang. Baju jersi. 2 kali layer ni…putih, pastu oren.

baju kelab

baju group

baju kelab

Ini dia buat depan belakang. Simple je. Depan 1 kaler, belakang 1 kaler.

Ok…takat ni dulu ye korang. Ada hal skit nak buat ni. Nanti akan datang saya upload citer lain lak ye.

So, cam biasa….sape2 nak order baju ngan kitaorang, sila2kanlah ikuti langkah2 macam yang saya cerita pada awal tadi.

Senang je. Dah isi & submit, tunggu jawapan dari saya untuk tahu berapa harga baju tu.

Korang jangan risau…In Sha Allah, saya akan layan korang sebaik mungkin.

Jumpa lagi, korang….baiiiiiii……

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 11/01/2013, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Baju santai, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: