Student paling ramai buat bisnes TShirt ni tapi camane nak maintain?

Hai,hai & Salam mohcetakbaju semua,

Alhamdulillah….selamat Hari raya semua & Selamat bertemu semula lepas seminggu kitaorang tutup kedai & tutup tempahan.

Tapi mula2 tu nak mintak maaf le kat semua sebab manjang je tutup tempahan sedangkan yang nak order bertalu2 masuk. Ye lah…..camane nak buat, tempat printing kami terhad & dalam bulan puasa masa pun agak terhad sebab letih berpuasa & malam sibuk buat ibadat.

Kalau saya terima semua order sebelum raya hari tu, konfem tak beraya le kami sekeluarga. Mungkin raya pertama, orang pegi beraya tapi kitaorang sibuk printing baju lak. Tak ke haru tu….

So, bukak raya ni, In Sha Allah saya akan segerakan order2 yang tertangguh sebelum ni. Buat masa ni jugak, tempahan masih lagi dibuka seperti biasa. Cuma jangkaan tempahan korang tu siap mungkin akan ambik masa 3 minggu ke atas lepas dapat deposit.

Setakat ni, saya tak boleh terima tempahan yang nak ad-hoc atau 3 minggu ke bawah sebab kalau saya tak dapat siapkan, konfem saya kena marah. Baru2 ni pun, ada jugak yang marah2 sebab baju lambat sampai. Bukan tu je, yang dah dapat baju tapi tak bayar baki pun ada jugak. Ingatkan pelanggan je kena tipu tapi orang jual baju pun kena tipu jugak. Tak tahu le. Terpulang le pada diaorang. Menjawab le diaorang dengan tuhan nanti.

Ok…hari ni nak berkongsi dengan korang semua terutamanya student2 kat luar sana, camane nak buat duit sampingan dengan bisnes tshirt ni.

Kalau korang nak tahu, studentlah yang paling ramai order tshirt dengan kitaorang. Macam2 jenis ada terutamanya tshirt I AM. Fuhhh!!! Tak menang tangan dibuatnya tapi Alhamdulillah, setakat ni mampu bertahan lagi dengan tempahan yang bertalu2 masuk ni.

So, pada korang yang nak buat duit dengan bisnes tshirt ni, cer baca tips2 bawah ni & praktikkan. Letak dalam kepala otak korang, saya nak buat duit & saya mesti buat. Kalau setakat baca pastu delete, baik tak payah. Cer baca betul2 ni :

  1. Pertama2nya…yang paling penting, minat,minat,minat & minat. Kalau korang saje je nak cuba2 sebab seronok tengok orang dapat duit tapi tak minat, mintak mahap le. Korang mungkin boleh buat tapi sekejap je dah give up. So, pupuk minat berniaga & minat dengan bisnes tshirt ni.
  2. Korang mesti atau wajib pilih satu tema khas yang korang nak jual kat customer nanti. Contohnya, korang nak jual dalam Facebook….jangan duk letak macam2 gambar dalam satu FB. Nanti jadi pasar malam nanti. Pilih tema khas untuk dijual…contohnya, baju kanak2 kaler hitam sahaja ke, atau baju palestin sahaja ke, atau baju I AM sahaja ke dll. Mesti fokus satu tema je, baru boleh berjaya. Kalau nak buat tema lain, buat page lain pulak.
  3. TShirt korang mesti lain dari yang lain. Kalau customer tengok, sama je semua FB ada gambar tu, tshirt korang susah skit nak laku nanti. Buat special skit yang orang lain tak pernah atau jarang buat.
  4. Design simple tapi cantik & mudah nak print. Kalau tshirt banyak kaler, nanti harga mahal. Baik buat yang simple tapi menarik dipandang.
  5. Tak perlu terlalu murah atau terlalu mahal. Bagi harga yang berpatutan yang mampu orang beli. Kalau murah sangat nanti orang ingat low quality & kalau mahal sangat orang tak akan beli. Jual dalam lingkungan RM25 ke RM35 selai pun dah ok dah. Ramai yang masih lagi mampu nak beli.
  6. Korang kena bersedia dengan ragam pelanggan. Pelanggan ni macam2 jenis. Ada yang ok, ada yang cerewet, ada yang kerek & ada yang melampau perangai dia, sampaikan dimaki hamunnya kita. So, korang kena bersedia dari segi mental berhadapan dengan pelanggan yang bermacam2 kerenah ni. Kalau sekali korang buat bisnes & terus kena marah, pastu terus give up, memang tak payah buat bisnes le. Duduk je diam2 kat rumah. Nak buat bisnes & berjaya kena tahan muka & telinga dengan perkara2 camtu.
  7. Korang juga bersedia untuk rugi. Tahu tak sebab apa Allah halalkan berniaga sebab berniaga ni bukannya untung sepanjang masa. Macam saya sendiri, kalau ada customer tak puas hati, dia pulangkan balik baju kat saya & saya kena pulangkan balik deposit tu kat diaorang. Tak ke rugi tu? Memang rugi tapi itu dah buatkan dia percaya kat kita. In Sha Allah, dia akan order lagi dengan kita nanti. Tapi bukan sepanjang masa camtu…banyak masa dapat untung le. Tapi korang kena bersedia dengan perkara2 camtu.
  8. Kena jaga adab bercakap & ambik hati customer. Kalau korang ada masalah, jangan tunjukkan kat customer. Customer tak tahu masalah kita. Buat macam biasa. Sentiasa senyum & cakap elok2. Kalau cakap pun kasar pastu sombong lak tu, konfem…tak lama le bisnes camtu.
  9. Komited & maintain. Jangan cepat give up. Selalu belajar dengan orang dah berjaya. Ini baru ada masalah sikit, terus give up. Mula2 tu berkobar2 nak buat bisnes tapi bila ada masalah skit, terus putus harapan. Cittt….podah! Tak payah berniaga le kalau camtu.
  10. Kena banyak buat baik dengan orang. Kena banyak networking. Jangan suka marah2 orang terutamanya supplier kalau silap buat sebab kalau sekali korang marah, supplier tu konfem malas dah nak deal ngan korang. Cakap elok2 tak boleh ke. Kalau memang dia buat salah, bincang elok2 & kalau susah sangat, stop terus deal ngan dia. Cari je orang lain. Tak payah nak bising2.

So, ni ada 10 tips yang korang wajib pakai kalau korang nak berjaya menjadi student yang buat duit dengan bisnes TShirt ni. Saya dah 4 tahun buat bisnes ni & saya praktikkan semua ni. Alhamdulillah, bisnes saya berkembang maju dah sekarang ni.

TIPS PENTING :

JANGAN TERLALU MEMIKIRKAN UNTUNG YANG BESAR & JANGAN TERLALU MERUGIKAN DIRI SENDIRI. NIATKAN DULU UNTUK MEMBANTU MEMUDAHKAN ORANG LAIN, IN SHA ALLAH, ALLAH AKAN MEMBANTU KITA DALAM PELBAGAI CARA. BUKAN SAHAJA DARI SEGI WANG RINGGIT TAPI JUGA HIDUP KITA. BAHAGIA, HIDUP SERONOK, TAK ADA MASALAH, TENANG DLL YANG BAIK2 BELAKA. INGAT TU!!!

Ok…hari ni cam biasa…tak lengkap kalau tak berkongsi cerita pasal tempahan sebelum2 ni. Apa citer?

tshirt I AM

TShirt paling glamer abad ini. TShirt I AM ni le antara yang menyebabkan saya terpaksa tutup order beberapa kali sebab tak menang tangan nak siapkan. Kebanyakan student akan order dalam kuantiti yang banyak dengan saya & diaorang jual balik nanti. Harga jual bergantung pada masing2 punya harga.

Korang nak order pun boleh. Boleh buat dalam macam2 kaler & semua baju ni saya buat guna baju brand 4Square. Kalau nak baju brand lain, boleh tapi harga lain le nanti ye.

tshirt I AM

tshirt I AM

tshirt I AM

Nak font lain pun boleh…kena bgtau dalam emel nanti.

Iklan TShirt I AM 4

So, apa lagi cerita…..

tshirt taekwondo

tshirt taekwondo

Ni tshirt taekwondo sekolah. 2 kaler print. Diaorang buat dalam Customink.com je. Design pun cantik. Agak mudah nak print sebab just 2 kaler solid je.

Ok…apa cerita lagi….

cetak tshirt

cetak baju

Sama gak dengan taekwondo tadi. 2 kaler simple je. Agak mudah nak print. So, tak ada masalah sangat time nak print.

Last cerita…..

tshirt cetak

cetak tshirt

Yang ini print kaler Gold atas baju microfiber atau jersi. Kaler Gold ni mahal skit dari kaler biasa sebab dia guna powder & bancuh lain. Yang ready bancuh ada tapi kalau lama tak guna, dia berkulat. So, lagi senang beli asing2. Beli dye & powder, pastu bancuh sikit2.

Cuma masa nak print tu, kena guna blok yang lubang besar. Kalau guna kain yang lubang kecik, konfem tersumbat nanti.

So, rasanya setakat tu dulu ye sebab ada menimbun lagi tengah menunggu nak disiapkan ni. Yang nak sebelum raya hari tu, semua dibawak ke selepas raya. So, tak menang tangan jugak le.

So…..cam biasa, kalau nak order atau nak tahu harga, tolong :

1.  Emelkan detail tempahan termasuk kuantiti tempahan & design nak print ke adminkomisen@gmail.com.

2.  Kalau nak tahu harga, boleh SMS, call atau Whatsapp ke nombor 0192254028 (Nik) atau 0193643692 (Salina) TAPI TOLONG LE JANGAN CALL MALAM2…KAMI NAK BEREHAT JUGAK YE!!!!

Jumpa lagi korang….baiiiii…..

Yang Ikhlas membantu,

Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 07/08/2014, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju santai, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Assalamualaikum.. Terbaik la abg nik punya biz.. sy follow website nie dari abg nik guna papan yg balut dengan tikar getah warna biru lg.. ingat dh setahun x singgah tgk web nie.. sekali table dah banyak…kedai makin besar.. Tahniah abg nik..moga maju jaya…

    *dulu sy pernah tanya abg nik mcm mana nk bancuh emulsion (dari Miri) hehehe..
    sekarang saya buat heatpress je.. sbb tempat xcukup… pape pon good Luck bang…

    • Waalaikummussalam, terima kasih tuan. Alhamdulillah…rezeki Allah. Follow le blog kitaorang. Nanti boleh tahu macam2 perkembangan terkini pasal bisnes TShirt ni….:)

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: