Kami tak terima tempahan korang, kalau………
Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju semua,
Berjumpa lagi kita hari ni. Dah lama rasanya tak upload cerita dalam blog ni. Almaklumlah, tempahan full memanjang. Nak bercuti & nak berehat pun tak sempat. Ni pun tengah kerja lagi ni.
Tapi kitaorang setakat ni, ok je sebab bila buat kerja yang kita minat, biasanya tak akan rasa penat atau give up. Seronok sebenarnya. Cuma letih badan skit le. Nak buat camane…inilah jalan yang kami pilih.
Ok…disepanjang 4 & hampir 5 tahun kami dalam bisnes ni, baaaaaanyak sangat tempahan yang terpaksa kami rejek. Samada kami tak boleh buat, tak mampu buat atau tak nak buat.
Korang jangan ingat semua tempahan kitaorang boleh terima. Ada beberapa jenis tempahan yang kalau korang tanya, kami akan rejek terus. Bukan sombong atau berlagak tapi ada alasan sebab apa kitaorang tak nak terima tempahan tu.
Antara tempahan yang kitaorang akan terus rejek ialah :
1. Tempahan yang berkaitan dengan agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dll. Ianya bertentangan dengan prinsip saya. So, maaf ye kepada customer2 yang nak order camtu.Memang banyak sangat saya terima order camtu tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik. Harap korang faham2 le ye.
2. Tempahan 5 helai ke bawah. Saya hanya terima 5 lai ke atas je. Tak kira campur saiz, kaler ataupun kod baju. Asalkan 5 lai ke atas je. INGAT TU YE!!!
3. Tempahan yang mempunyai terlalu banyak design nak print. Saya akan terus rejek juga kerana akan ambik masa yang lama untuk print design camtu. Baik saya tumpu kepada print design yang sikit tapi massyuuukkk…..
4. Tempahan yang banyak sangat kaler nak print. Yang ni pun sama dengan nombor 3 diatas. baik saya tumpu pada design yang tak banyak kaler tapi janji massyuuuukkk!!!
5. Tempahan untuk baju custom made bawah 70 lai. Kalau nak custom made, mesti 70 lai ke atas baru saya terima.
6. Tempahan yang nak segera. Kurang dari 3 minggu. Konfem saya akan rejek terus sebab memang tak sempat nak buat. Kalau saya terima & tak sempat siap, konfem kena marah punya. So, kalau nak tempah, mesti 3 minggu ke atas lepas dapat deposit, boleh siap ye.
7. Tempahan guna baju sendiri. Maaf…saya tak terima baju luar. Saya guna baju saya sendiri je ye. Kalau saya guna baju luar & baju rosak, teruk saya kena berganti nanti sebab baju luar ni tak sama dengan stok yang saya ada.
Setakat ni itu jelah yang kitaorang rasa kitaorang tak boleh penuhi buat masa sekarang. Ini hanya mungkin sementara.
Kalau keadaan mengizinkan, In Sha Allah, saya akan bagitau balik dalam blog saya ni nanti.
Pastu jugak, nak bgtau ni……TOLONG LE JANGAN CALL KITAORANG PADA WAKTU MALAM TERUTAMANYA DAH DEKAT PUKUL 11 MALAM. KITAORANG PUN MANUSIA JUGA & KITAORANG LETIH JUGA. TOLONGLAH BERTIMBANGRASA SKIT YE. INI…ADA YANG CALL PUKUL 12.00 MALAM & 2 PAGI PUN ADA. KITAORANG MEMANG TAK AKAN ANGKAT CALL TU YE. BILA DAH BUNYI TELEFON TU, SUSAH LAK NAK TIDO LEPAS TU….TOLONGLAH YE……KITAORANG TAU, KORANG MEMANG EXCITED NAK ORDER BAJU TU, TAPI PIKIR2KANLAH YE…..
Ok…rasanya itu je ingatan untuk korang setakat ni ye. Kami akan cuba memberikan layanan terbaik kepada korang nanti, In Sha Allah.
So….cam biasa. Apa cerita hari ni?
Aisey…gambar kucing pun masuk sekali. Kucing ni teman kitaorang tengah printing ni. Kadang2 kalau cat tengah basah lagi, tiba2 dia melompat atas baju tu….aduhhh!!! tensennya.
Terpaksa le basuh baju tu sbb dah comot tapi kitaorang tak ada marah. Dia binatang, bukannya ada akal pun. Paling tidak pun, marah mulut camtu je…hehehe. Kesian dia.
Hari ni saya taknak cerita pasal setiap tempahan tapi nak tunjuk gambar2 baju yang kitaorang pernah buat sebelum ni. Kalau ikutkan, banyak gambar nak ditunjukkan tapi takut nanti boring kang….So, enjoy the pictures…..
Yang paling glamer sekarang, baju I AM. Yang itu memang tak menang tangan. Nak order, bagitahu kitaorang ye.
So, takat ni dululah ye.
INGAT!!!!! Bukan semua tempahan kitaorang terima. Baca cerita kat atas nun & korang tahu le apa yang kitaorang tak boleh terima ye.
So, pada korang yang nak order baju tu, korang guna je cara2 kat bawah ni kalau nak tahu harga tu ye :
1. Emelkan detail & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com ye.
2. Call, SMS atau Whatsapp ke hp kitaorang di 0192254028 (Nik) atau 0193643692 (Salina).
Ok…jumpa lagi korang…baiiiii….
Dari teratak kecil kami,
Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com
Posted on 24/08/2014, in Baju Company, Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju keluarga, baju murah, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak t shirt muslimah, cetak tshirt, cetak tshirt kartun, contoh design baju kelas, design baju, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, tshirt group, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0