Masih mencari tempat nak cetak baju anda….cer singgah sini jap!
Assalam & Salam Cetak Baju guys,
Pekabo kawan2 diluar sana?
Cuaca sekarang agak tak menentu jugak kan. So..jagalah kesihatan korang masing2.
Saya nak tanya ni…..ramai dah yang bertanya kat kami selepas raya ni.
Ada yang setuju terus buat & ada jugak yang masih menunggu2 belum buat keputusan.
Yang dah tanya & terus setuju nak tempah TShirt korang…tahniah diucapkan sebab korang dapat membuat TShirt yang menjadi salah satu kenangan terindah dalam hidup korang.
Bagi yang masih belum buat keputusan nak buat TShirt tu…..bagi saya jangan terlalu lama nak buat keputusan sebab masa tetap berjalan.
Tahu2 dah hujung tahun dah tapi masih belum ada TShirt grup yang korang boleh pakai sedondon tahun ni.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Yang saya tahu customer tu tengah menangguh tempahan TShirt diaorang tu sebab saya tanya balik customer2 yang pernah tanya harga kat saya sebelum ni.
Mana yang dah tempah kat lain tu…tak apalah..saya anggap bukan rezeki saya tapi yang saya tanya beberapa kali tapi masih belum buat keputusan lagi nak tempah.
Saya rasa ada beberapa sebab kenapa diaorang masih belum dapat buat keputusan tu….
Antaranya…
1. Sibuk dengan kerja harian…yang ni alasan yang selalu customer bagi.
Memang tak dinafikan…hati memang nak buat cetak TShirt tapi sibuk manjang.
CARA NAK SELESAIKAN…….Bagi orang lain yang kurang sibuk handle pasal baju tu.
Contohnya nak buat TShirt Hari Keluarga. Kalau abang sibuk..adik kan ada.
Kalau suami sibuk, isteri kan ada.
Cari orang yang tak sibuk untuk uruskan pasal baju tu. So…tak ada lah rugi masa nanti.
Dah dekat2 nak event, baru nak order…pastu tengok2 tak sempat siap. Kan dah melopong menyesal tu.
2. Kawan2 belum bagi keputusan sebab masing2 sibuk.
CARA NAK SELESAIKAN…….Sape kepala dalam group tu buat keputusan tegas.
Kalau rasa nak puashati jugak….bagi satu dateline supaya ahli grup dapat bagi keputusan.
Taklah nanti terkedu sebab tak sempat buat baju grup korang tu.
3. Boss belum bagi keputusan sebab boss pun sibuk atau tak tahu nak buat keputusan.
CARA NAK SELESAIKAN……..Pujuk bos supaya buat keputusan segera sebab masa terus berjalan.
Bagitahu boss…mungkin ada staf yang pindah, tak sempat nak pakai baju tu.
Bagitahu boss jugak……mungkin bajet nak buat TShirt tu dah terguna ke……hilang harapan nak buat TShirt ofis.
4. Tempoh masa nak guna lambat lagi.
CARA NAK SELESAIKAN……..mestilah dah dekat2 nak event baru order kan.
Tapi kalau order awal pun tak salah kan…sebab takut dah suntuk sangat, nanti tak ada yang sanggup nak terima tempahan tu.
Kalau makin ditangguh2…..masa terus berjalan & tak tunggu kita.
Tengah mencari2 tempat yang lebih murah…..tu yang tertangguh2 tu.
TShirt harga murah tak semestinya kualiti bagus.
Ada sesetengah customer…..nak murah tapi nak cetak penuh baju & warna warni lagi tapi tempah sikit je.
Ada sesetengah pencetak TShirt yang terima tempahan camtu tapi kualiti tak tahu lagi sebab nak jimat kos.
5. Ada yang nak harga rendah gila & sampai tak mampu nak tunaikan.
CARA NAK SELESAIKAN……kalau tahu bajet rendah je, kurangkan design nak print & tempah banyak2.
Ataupun..bincang dengan pencetak baju, camane nak kurangkan harga ikut bajet dia.
Kalau saya sendiri….saya akan tanya customer balik, berapa bajet sehelai.
Kalau bajet dia saya boleh cover lagi untung saya…In Sha Allah, saya tunaikan.
Kalau tak dapat…saya terus terang je tak dapat.
So..kalau dia nak jugak murah….saya tak dapat buat apa & tertangguh lagilah order diaorang tu.
6. Tangguh sebab tak tahu nak buat macamana (hati nak order TShirt & buat duit dengan TShirt)
CARA NAK SELESAIKAN…….kalau buntu nak buat macamana, saya ada sediakan ebook FREE 5 LANGKAH MUDAH nak jual paling minima 5 helai Cetak TShirt dengan CEPAT!
Dalam ebook ni ada 5 langkah yang korang boleh follow bagaimana nak start jual TShirt paling minima pun 5 helai.
Tapi kalau 5 langkah ni pun korang tak boleh buat…saya pun tak tahu dah camane nak bantu.
Saya jamin….korang cuba dulu & korang akan start order dengan kami nanti tanpa tertangguh2 lagi nanti. In Sha Allah.
So….Ni antara sebab kenapa ramai lagi masih bertangguh nak tempah cetak TShirt tu.
Makin lama ditangguh….makin lama masa berjalan.
Makin lama ditangguh……umur makin meningkat.
Makin lama ditangguh………satu sen pun tak guna.
P.Ramlee kata…masuk angin keluar asappp…….
So…jom tempah segera sebelum terlambat ye.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ok….tak nak cakap banyak dah.
Apa cerita cetak baju kitaorang kali ni?
Ni tshirt Family day atau hari keluarga. Geng ni nak gi trip ke krabi satu family kot.
Ti yang diaorang buat TShirt tu.
Antara cetakan yang agak mencabar ialah bila kami kena cetak beberapa warna kat bahagian lengan.
Kalau setakat 2 warna ok lagi tapi kalau dah masuk 3 warna ke atas tu…agak mencabar jugak.
Macam baju atas ni saya kena cetak 2 warna print. Nasib baik staf saya expert dah…so, Alhamdulillah tak jadi masalah.
Yang ni order jauh dari Terengganu ni. Memandangkan diaorang nak segera…so, logo tu saya guna heatpress & tulisan guna silkscreen printing.
Jimat harga & jimat masa. Kalau semua print guna silkscreen printing…mau terkejar2 jugak tu.
Yelah…200 helai nak dalam masa seminggu…berpeluh ketiak jugak nak siapkan tu.
Yang ni baju untuk staf hospital ni. Agak simple sebab depan 3 kaler print & belakang 1 kaler print.
Baju microfiber brand oren sport. Memang sesuai untuk aktiviti indoor & ourdoor.
Yang ni 1 kaler print atas baju microfiber hitam. Baju brand oren sport.
Kalau cetak camni…kitaorang cetak 2 layer ni. Wajib 2 layer.
Kalau 1 layer…nanti nampak kain hitam tu.
Konfem lepas ni customer tak order dah sebab nampak macam baju tak ada kualiti.
Bagi saya….kualiti mesti cantik & puashati.
Barulah customer nak order berulang2 kali….
Oklah…setakat ni dululah buat kali ni.
Jumpa lagi kita dilain artikel ye.
Ingat….KALAU TERUS MENANGGUH2 NAK ORDER TSHIRT, TAKUT MELEPAS NAK ADA KENANGAN INDAH DALAM HIDUP ANDA tu ye!
Sampai jumpa lagi…baaaiiiiii….
Abg Nik & Kak Salina
Posted on 28/06/2019, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju santai, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju jersi, baju keluarga, baju murah, baju sukan, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak jersi, cetak t shirt, cetak tshirt, design baju, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, tshirt cetak, tshirt group, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0