Tips camane nak order baju ngan kitaorang……

Assalamualaikum & Salam Cetak Baju,

Tengah buat apa tu? Mestilah tengah baca blog ye….hheeh. Korang yang lawat blog saya ni pasti rasa cam nak order baju untuk diri sendiri ataupun untuk aktiviti korang nanti, betul tak?

Cuma nak bagitahu, ramai yang nak order baju kami tapi kadang2 tak biasa & tak tahu camane caranya nak order baju tu, betul tak?

Ok….hari ni saya nak kongsi tips2 berguna yg boleh digunakan kalau nak order baju ngan kitaorg nanti. Bukan apa….mungkin korang agak sibuk, pastu malas nak tanya banyak2. So, kat sini saya sediakan beberapa tips kalau korang rasa teringin nak order baju nanti :

1. #TIPS 1 : Pertama2nya korang mestilah dah pilih kod baju melalui katalog yang kami sediakan dalam page bahagian atas website ni. Kami sediakan 3 jenis katalog iaitu Oren Sport, Enzo & QMSport.

*Untuk makluman – KAMI TAK JAHIT BAJU, KAMI SEDIAKAN BAJU READY MADE. TAPI KALAU NAK TEMPAH BAJU CUSTOM MADE JUGAK, KAMI SEDIAKAN UNTUK KUANTITI 40 LAI KE ATAS SAHAJA.

2. #TIPS 2 : Kalau dah ada baju pilihan, korang tetapkan pulak berapa lai nak order. Lagi besar kuantiti, lagi murah baju tu selai sebab saya guna blok untuk cetak.

3. #TIPS 3 : Korang tetapkan le pulak bajet selai. Yang ini saya nak cerita panjang skit.

Pasal bajet ni, biasanya korang tetapkan bajet sendiri. Kalau bajet korang tinggi, saya cuba buat seminima mungkin. So, jimat le skit korang. Tapi kalau bajet ciput, saya akan terus-terang je sebab nanti tak boleh cover kos saya. Harga selai korang jangan risau sebab saya tak akan mark up semata2 nak cover kos pos sebab saya akan tanggung rugi skit sebab dah janji nak bagi kos pos free. Tujuan bagi kos pos free sebab saya nak bantu rakan2 yang duduk jauh dari tempat saya tapi risau takut kena bayar kos pos tinggi. So, dia kena bayar harga baju ngan cetak je.

4. #TIPS 4 : Kalau nak cetak design, mesti emel design tu baru le saya boleh bagi harga yang betul.

Design ni pulak saya guna blok. Cer tengok gambar blok kat bawah ni, camane ghopenya.

Satu blok ni biasanya ada kiraan dia. 1 blok 1 warna. Pengiraan dia agak komplikated skit. Tapi tak apa, pasal design ni jangan pening2. Cuma yg penting, kalau banyak warna banyak blok. Banyak blok mahal le sikit harga designnya. Kalau design kecik saya akan selit2kan skit dalam blok lain, so murah le skit.

Nanti bila korang dah bagi design, baru saya bagi harga yang betul termasuk harga baju nanti.

Cam saya bagitahu kat #TIPS 2 kat atas, kuantiti baju juga akan mempengaruhi harga baju ngan harga design. Lagi banyak order, lagi murah harga selai baju.

Ok..hari ni, 4 tips je saya bagi dulu. Nanti lepas ni saya cerita lagi camane nak order baju kita ngan mudah nanti.

Hari ni….cam biasa saya akan berkongsi dengan anda semua tempahan baju yg kitaorang dah siapkan sebelum ni.

Baru2 ni saya ada terima order nak buat baju couple. Design dia memang dah ada dalam internet, so senang skit kerjanya. Macam saya cerita dalam tips2 kat atas, kalau 1 lai ke 2 lai ni, harga dia agak mahal skit tapi jangan risau, saya tengok gak bajet you all. Kalau kata design senang je, saya ada teknik saya untuk cetak baju tu, so harga dapat murah skit le.

Cuba you all tengok gambar kat bwh ni.

cetak baju

Design baju bahagian belakang.

cetak baju couple

Design bahagian depan. Cuba bayangkan berapa blok saya kena buat tu?   My Love 1 blok, gambar kartun depan, 1 blok, gambar kartun belakang, 2 blok. Bayangkan berapa RM design tu. Baju murah jer tapi Insya Allah! kalau design simple saya ada teknik yang saya buat yang dapat murah. So, sape2 yang teringin nak buat design couple, Insya Allah saya boleh buat tapi janji design simple jer.

Ok le…..cam biasa. Kalau sape2 nak order boleh terus klik ke page “Nak tahu harga tak?” di bahagian atas website ni atau call/sms terus kat saya di 0192254028 atau isteri di 0193643692. Kita orang pasti layan korang punya, jangan risau.

Jumpa lagi..baiiiii…..

About Nik

Saya adalah seorang peniaga TShirt bercetak yang aktif di kampung saya.

Posted on 14/12/2011, in Baju santai, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: