Satu hari mencetak baju yg memenatkan dan menyeronokkan…….
Assalamualaikum & Salam Cetak Baju,
Fuuuuhhh!!! penat giller. Walaupun penat giler tapi ada yang seronoknya. Apa citer?
Hari ni nak kongsi cerita ngan korang semua memang hari ni dalam sejarah le. Nak dijadikan cerita, hari ni 15/12/2011 kitaorang satu family dah planning nak balik kampung kat Terengganu. Nak dijadikan cerita jugak, kitaorang kena siapkan tempahan tshirt untuk 4 customer kitaorang sekaligus.
Punyalah huru-hara sebab kalau tak balik kampung tak apa. Sebab dah janji ngan mak nak balik, itu yang terpaksa pulun untuk siapkan baju tu jugak.
Bayangkan le kami kena siapkan baki 156 lai untuk SMK Sultan Omar, Dungun, baki 63 lai untuk Family Day Skuad Kesatria Uitm, 2 lai baju jersi anak buah & 5 lai baju geng konvoi motor. Tapi walaumacamana pun memang saya respek campur suspek le kat isteri sendiri sebab kalau tak ada dia memang tak siap le baju2 tu.
Ini le gambar kedai kami masa tengah huru hara tu….
Cer tengok gambar kat atas ni. Yang atas lantai warna merah tu untuk Skuad Kesatria Uitm, yang kat atas meja tu untuk group konvoi, yang warna biru lipat kecik2 tu, untuk sekolah sultan omar dungun, yang bersandar kat tepi langsir tu untuk abang ipar, yang tak ada dalam gambar, baju anak sedare 2 lai suruh buat balik kampung dengan baju abg ipar selai lagi.
Semua ni kami kena siapkan sebelum balik kampung hari ni. Sori, tarikh pada gambar tu silap adjust. Sepatutnya 14/12/2011 tu..heheheh.
Yang baju Family Day Skuad Kesatria Uitm tu, diaorang nak simple jer. Design depan, belakang ngan nama kat lengan semua putih. Baju cotton roundneck cam gambar bawah ni.
Ini design belakang baju tu….design ni diaorang yang berikan. Saya touch up skit2 jer.
Semua sekali 63 lai perlu disiapkan hari ni jugak.
Yang kat bawah ni lak baju untuk SMK Sultan Omar, Dungun. Cikgu tu nak buat untuk budak2 sekolah tahun depan.
Semua sekali 156 lai. Hari ni kena siapkan lagi 13 lai. Pulun jangan tak pulun.
Ini ada lagi baju yg kena disiapkan ari ni jugak. Baju geng konvoi motor ke Siam. Nasib baik 5 lai jer. Fuuuhhh!!!! berpeluh jugak le ketiak abang.
Siap nama geng ngan nama sendiri lagi kat lengan tu. Yang belakang baju tu gambar peta Thailand.
Baju ni antara baju yang saya seronok buat sebab nampak grand gitu. Memang suspek le kat diri sendiri bila tengok tshirt yang kitaorang buat ni.
Pada pagi 15/12/2011 jam 8.30 pagi…kami berjaya siapkan semua tshirt2 tu.Jenuh jugak le tapi walaupun letih kami seronok buat tshirt2 ni sebab kami laki bini memang minat giler dengan kerja2 printing ni. Memang tak dinafikan berpeluh jugak ketiak nak menyiapkan semua tempahan tu sebab duk pulun nak balik kampung lagi hari tu. Kalau tak balik kampung mahu bertenang jugak buatnya. So, 9.30 pagi kami pun terus bertolak ke Terengganu. Fuuuhhh!!! legaaaa.
So, bagi sape2 yang nak order tshirt cam kat atas ni, jangan segan silu kontek kitaorang, emel, sms ataupun kalau nak tahu harga, klik je page “Nak tahu harga tak?” dibahagian atas website ni.
Ok…..jumpa lagi semua, baiiiii….
Posted on 16/12/2011, in Baju Family Day, Baju santai, TShirt Koperasi Sekolah, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju kelas, baju keluarga, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, print, printing baju, printing tshirt, tshirt keluarga, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0