Monthly Archives: January 2012

T Shirt group Reunion – antara cetak T Shirt yang agak mencabar!

Hai & Salam Cetak Baju,

Masih bercuti lagi hari ni. Walaupun kitaorang dalam bercuti raya cina tapi tempahan t shirt tetap dibuka.

Cuma nak bagitahu jer…kalau sape2 nak urgent, susah le sikit sebab supplier kitaorang semua cuti raya sakan seminggu. Kalau nak urgent, guna baju sendiri, Insya Allah! kitaorang boleh buatkan. Isnin depan supplier bukak kedai.

Kepada sape2 yang rasa2 nak order baju, cuma nak ingatkan…..saya tak boleh bagi harga tepat sehelai tanpa design yg nak diletak kat atas baju tu. Kalau tak ada design, paling kurang pun bagitahu berapa warna, berapa design, baju jenis apa & berapa lai nak order. Maklumat ni membantu skit kalau nak tahu harga selai yg kitaorang boleh bagi.

Kalau design banyak warna, pastu besar lak tu…sebesar baju, kitaorang caj lebih skit daripada biasa sebab mengambilkira kesusahan masa nak siapkan baju tu..

Macam cerita yg saya nak kongsi hari ni yang saya dah janji nak citer sebelum ni. Design, jenis baju & kuantiti memang diaorang dah set dah semua. Pada awalnya, diaorang emelkan gambar design yng nak dicetak kat atas baju tu seperti kat bawah ni….

Cetak t shirt group

Cer tengok, betapa berapa warna yang saya kena buat & berapa besar design yang saya perlu buat. Tapi oleh kerana customer setuju dengan harga yang saya letak, so no problem, kitaorang boleh buat punya….

Kalau diikutkan saya kena buat 6 blok cetak. Saya kena buat 4 blok saiz A3 & 2 blok saiz A4 untuk dapatkan design cam kat atas ni. Cer tengok gambar blok yang saya kena buat tu….

cetak tshirt group

Dan cuba tengok lak macamana saya kena pecahkan warna design tu ikut warna masing2. Kalau tak macamana nak print atas baju nanti. Setiap blok kat atas ni, mewakili setiap warna dalam design tu. Cer tengok lak camane saya kena pisahkan warna design tersebut untuk dimasukkan pada blok. Kat 2 hari jugak saya terpaksa pisahkan design tu…

cetak t shirt group

Daripada 1 design, saya kena pecahkan ke 5 design ikut warna. 1 design untuk belakang. Memandangkan dia tempah design tu dari atas bahu sampai ke baju bhagian bawah, so saya kena guna blok saiz A3. Tu yang mahal skit tu. Dye pun banyak guna gak.

Ok….bila proses pisahkan warna dah siap. Pening gak nak pisahkan warna tu tapi customer punya pasal, no problem punya. Lagipun dia dah bayar separuh, camane pun kena buat le jugak. Lagi satu, dia nak guna 21/01/2012(semalam), so memang kena siapkan cepat.

Hah….ini lak langkah2 yang saya nak citer time print baju tu lak. Dari awal baju tu kosong sampai le siap print habis semua. Memandangkan isteriku yang tercinta dah expert print baju ni, so bagi dia tak ada masalah le.

Camni le kitaorang print baju tu….

t shirt group

Susun dulu baju atas meja..siap letakkan pelapik dalam baju nak bagi print nampak cantik skit.

cetak tshirt

Mula2 kena buat base putih dulu...baru warna dia menyerlah skit. 2 kali tindih ni sbb nak bagi sharp skit warna dia.

cetak baju

Tindih dulu ngan warna kelabu...ikut design asal. Warna lain blum lagi.Kena buat satu2..ini le sebenarnya yg kami buat kalau banyak warna.

cetak  baju kelas

Pastu tindih lak warna untuk tulisan....tulisan ni 2 warna ni. Blok pun saya kena asingkan ikut warna dia.

t shirt kelas

Dipendekkan citer....siap le satu baju ikut design yang customer nak tu. Gambar blur skit sebab ambik gambar tak pakai flash, takut tak nampak gambar.

So….nampak tak proses dia. Saya bukan apa, saje nak citer pada u all yang rasa2 nak buat t shirt tapi tak nampak proses dia. Langkah2 ni le antara yang beri efek pada harga selai baju.

Mungkin nampak cam senang jer tapi kalau betul2 memang agak susah skit ler, senang citer.

Tapi kalau kuantiti banyak, kitaorang tak kisah sebab bila kuantiti banyak, untung yang kitaorang dapat tu berbaloi dengan hasil kerja kitaorang tu.

Ini pulak gambar untuk bahagian belakang lak….

cetak baju group

Design ni kejap kitaorang buat sebab 1 warna jer.Kalau 1 warna, insya Allah! 500 lai pun dapat siap 1 hari jer.

Kadang2 yang ambik masa lama tu, kalau kena tindih2 warna cam kat atas tadi tu. Dah siap satu layer, kena bagi kering dulu pastu baru tindih warna lain.

So…citer saya hari ni harap2 customer & bakal customer saya faham le camane prosesnya tu. Bukan saya tak boleh buat sehelai kalau banyak warna tapi prosesnya agak rumit. Kalau setakat 3 warna ke bawah, Insya Allah kitaorang boleh siap cepat & harga pun tak mahal sangat.

Rasanya takat ni dulu le kali ni. Lepas ni, saya nak kongsi lak citer pasal beza kalau kilang print & kalau company kecil-kecilan cam kitaorang kalau buat bisnes. Memang banyak bezanya.

Okay…..cam biasa. Sape2 yang berminat nak order t shirt group ke, kelas ke, company ke atau aaaaaaaaapa saje aktiviti korang, jangan segan & jangan malu, boleh kontek kitaorang.

Biasanya isi maklumat tempahan korang kat page “Nak tahu harga tak?” kat bahagian atas nun.

Takpun call pun boleh, sms boleh hatta emel lagi le buleh. Insya Allah! kita orang pasti jawab soalan korang. Tapi bila kitaorang dah jawab tu, paham2 jelah, tolong le bg feedback. Kebanyakannya senyap jer bila kitaorang bg feedback. Bantu le kami untuk membantu anda…chewah!!!

Jumpa lagi…baaaiiiii….assalamualaikum!

Lagi cerita pasal tshirt kawin ngan tshirt group…..

Hai,

Pekabo? Masih mencari tempat untuk cetak baju ke? Buat apa susah-payah cari & terus mencari sedangkan sini pun boleh buatkan. Cuba u all pikir. Kalau buat kat luar, kena bayar harga baju ngan printing jer. Tak payah pikir pasal kos pos le..kos membungkus le…kos itu ngan kos ini le..

Sama gak macam servis yang kitaorang bagi ni. Cuma bayar harga baju ngan printing jer. Kos pos tak payah pikir dah sebab semuanya kitaorang tanggung. Macam ada sorang Cikgi kat Dungun. Dah 2 kali ode ngan kitaorang. Dua2 takyah bayar kos pos. Semua ditanggung beres.

Macam yang saya citer sebelum ni, antara sebab saya bagi kos pos free ni sebab saya nak customer tengok website saya lain dari yang lain. Orang lain semua letak kos pos…saya punya tak payah fikir pun tentang tu. Kalau lepas ni ada yang buat kos pos free jugak, mungkin saya kena tambah lagi strategi lain le pulak kot. Tapi setakat ni kos pos masih lagi free, kosong, yillek, nehi, inspektor sahab he…

Baru2 ni adik kat kampung ada order baju kawin 50 lai…walaupun adik sendiri pun, kos pos tetap free. Tp baju tu sebenarnya bukan untuk dia pun, untuk sepupu orang rumahnya. Kos posnya boleh tahan jugak tapi apa boleh buat, dah janji free. Free le kena bagi. Cer tengok gambar2 baju tu kat bawah ni….

cetak tshirt orang kawin

Ni design bahagian belakang ni. Nak tahu apa benda “Bekwoh” tu? Mengikut terjemahan bahasa sanskrit utara bilangan 7 kali 8, Dewan Makan Asrama Putera…”Bekwoh” bermakna “Big Work” iaitu “Kerja besar”. Maknanya kenduri kawin le tu. Orang pantai timur memang canggih gak bab2 bahasa ni.

Ni lagi antara design2 yang kitaorang sempat “catch the picture” :

t shirt kahwin

tshirt kahwin

t shirt kahwin

Yang sebenarnya ada lagi gambar design kat bahagian depan. Dia buat kat bahagian dada kiri, gambar love tapi lupa nak ambik gambar. Baju dah pos dah…aisey! lupa le.

Design ni diaorang bagi jenis tulisan & kitaorang buatkan gambar orang tu. Yang lain tu, saya touch up skit2 le.

Yang kat bawah ni lak, baju untuk geng Photographer. Diaorang buat untuk 1 group. Design diaorang sendiri yang buat. Tak ada adjust apa2 pun. Terus jer print atas blok. Ni gambar nya…

cetak t shirt group

Diaorang buat ari tu dalam 10 lai. Rasanya le kot. Sebahagian berkolar & sebahagian roundneck. Ni lagi gambar baju tu…

cetak tshirt groupt shirt grouptshirt cetak

cetak tshirt

Kalau baju hitam, biasanya saya buat design kaler putih. Nanti naik menyerlah skit. Kalau tak buat putih, saya buat kelabu. Kelabu pun naik gak warna dia. Semua tshirt ni saya dah pos siap kat diaorang. Kalau nak buat fotografi, boleh panggil diaorang ni. Nombor telefon ada kat baju kat atas tadi.

So….takat ni dulu hari ni. Lepas ni saya citer pasal tempahan paling mencabar yang saya pernah buat lak. Camane tak mencabar…saya kena buat 7 blok untuk 7 kaler. 5 blok saiz A3 & 2 saiz A4. Pastu pulak nak asingkan warna ambik masa 2 hari..tapi berbaloi le dengan harganya. Tunggu citer saya lepas ni ye.

Cam biasa…kalau nak tempah baju..jangan segan, jangan silu. Call, sms atau emel kitaorang. Insya Allah! korang akan berpuashati ngan servis kitaorang nnti.

Ok…see you next time. Bai….

TShirt Kelas & TShirt Konvoi…..siapppp!!!!

Hai, Assalamualaikum & Salam Cetak Baju,

Fuhh!!!seminggu dua ni tempahan agak padat & alhamdulillah, tak berhenti2 semenjak saya iklankan secara online & buat promosi kos pos free ni. Memandangkan saya kena siapkan tempahan ikut tempoh yang dah dijanjikan, so kena pulun betul2 le.

Tapi dalam sibuk2 tu, alhamdulillah jugak pertanyaan demi pertanyaan dari bakal customer saya dapat jawab on time. Bagi saya, jawab pertanyaan customer tu saaaaangat penting sebab itu menunjukkan kita ni profesional ke tak. Kalau customer tanya, pastu jawab nak tak nak je. Pastu lagi, tanya hari ni, seminggu kemudian baru jawab, saya rasa tak lama bisnes camtu hidup kat mukabumi ni.

So, prinsip saya, kalau saya sendiri nak jawapan cepat dari orang lain, saya pun kena bagi jawapan cepat gak kat customer. Baru diaorang respek. Cuma kalau tanya melalui komen kat bawah ni, saya tak pasti korang dapat tak jawapan tu daripada saya. Biasanya kalau ada org tanya melalui komen kat bawah ni, saya just copy balik maklumat diaorang & jawab melalui emel biasa. Camtu lagi efisien rasanya.

Oh….ye, sebelum saya lupa, kalau ada sape2 nak order baju harimau malaya yang dah ready stok, boleh tengok artikel sebelum ni. TShirt ni special sebab design dia satu2 jer kat Malaysia & kos pos FREE. Sama gak macam tempahan2 lain.

So, hari ni saya nak kongsi skit ngan korang citer2 tentang tempahan yang kitaorang baru buat untuk tatapan semua.

Tadi ada satu customer untuk hari raya korban hari tu bagi gambar diaorang pakai baju tu. Cer tengok gambar2 kat bawah ni….

Tshirt muslimah

Ini design untuk baju muslimah lak....

cetak tshirt

Tshirt sempena Hari raya Korban 2011

Hah…yang ni bukti gambar diaorang masa buat aktiviti tu..cantik jugak..hehehe!! Angkat bakul…

TShirt ni diaorang pakai masa aktiviti korban kat tempat diaorang hari tu. Cantik betul. Sedondon jer.

Hari ni jugak saya nak kongsi ngan u all, baju kelas yang kitaorang buat sebelum ni. Design dia agak simple tapi menarik dari segi pemilihan warna. Kena tindih warna 2 kali ni sebab kalau baju warna gelap saya kena buat base putih dulu. Baru warna dia menyerlah. Kat bawah ni antara tshirt kelas yang dah siap print kalau sudi nak tengok…

cetak t shirt kelascontoh design tshirt kelas

Baju tshirt yang diaorang pilih tu, baju Enzo. Kolar ngan lengan ada lis warna kelabu. Kalau korang nak tengok contoh baju tu, cuba klik kat link ni http://www.enzo.com.my/product-RN_SK.html pastu tengok mukasurat 8.

Kat bawah ni ada lagi contoh baju tu yang dah siap print dah.

contoh design baju kelast shirt kelas

Dah bersusun dah. Tengah jemur ni nak bagi kering. Kat bawah meja tu penuh dengan blok2 untuk customer yang dah siap tempah dah.

Ok…ini pulak cerita customer kitaorang yang nak buat baju konvoi untuk keluarga diaorang. Kalau tak silap hari tu diaorang tempah dalam 6 lai jer kot. Cer tengok design yang diaorang suruh buat tu cam kat bawah ni.

t shirt konvoicetak t shirt konvoi

Ni bahagian belakang. Geng2 keta Savvy ni.

cetak t shirt keretat shirt kereta

Ini lak bahagian depan. Diaorang tempah logo bahagian depan je. Semua sama jer anak beranak.

Kat bawah ni lak, cer tengok diaorang bergaya ngan baju yg kitaorang buat tu.

Fuh..nampak serius jer brader ni pakai baju Savoc tu. Baju ni kitaorang buat khas untuk diaorang jer. Orang lain tak order pun. So, spesel ni baju ni.

Nampak tak design baju tu kat dada diaorang tu. Time ni diaorang ada buat konvoi. So, tempahan tu semata2 nak join konvoi ni le tu.

Oklah…..setakat ni sajelah dulu kali ni. Nanti jumpa lagi di artikel akan datang.

Cam biasa…jangan malu, jangan segan. Kalau nak order, sila2kanlah emel, sms atau call kitaorang. Nak beli TShirt harimau muda pun boleh. Kalau nak tahu harga, isi jer maklumat kat page “Nak tahu harga tak?” seperti di bahagian atas web ni.

Ok..bai..tata..titi…tutu….

Rangkuman tempahan cetak baju tahun 2011…

Assalamualaikum & Selamat Cetak Baru,

Semalam tahun 2011 & hari ni dah masuk 2012 dah. Tik!tok!tik!tok!…masa berlalu, rupa2nya dah setahun setengah kitaorang buat bisnes printing baju ni.

Kami mula pada Jun, 2010. Masa tu orang rumah baru jer tamat kontrak kerja sambilan kat satu pejabat Kerajaan ni. Bayangkanlah dia grad dari UKM dari tahun 1999 lagi. Lepas satu interview ke satu interview, tak dapat2. 3 tahun jadi Guru Sandaran Tak Terlatih kat kampung. Duduk menyandar jer 3 tahun, pastu yang baru tamat kontrak tu, 3 tahun jugak. Interview berpuluh2 dah, satu pun tak lekat.

So, pada Jun, 2010, saya ada le terpandang iklan cetak baju dalam internet. Memandangkan dia dah tak ada khoje (kata org Perak) dan pastu pulak kena jaga 3 orang anak kami, saya pun cuba nasib ngan cetak baju ni.

Time tu saya nekad nak buat bisnes ni sebab orang rumah pun sokong sebab dia kata dia minat gak main ngan cat2 ni.

Bulan Jun tu, saya pegi kursus kat Sg.Besar ngan sorang brader ni tapi memang alhamdulillah, syukur saya dapat Tok Guru ni. Memang jenis tak kedekut ilmu le. Belajor punya belajor, dapat le ilmu tu sikit sebanyak.

Start daripada situ saya memang dah tak berpaling dah. Saya ngan isteri memang nekad nak teruskan bisnes ni walau apa terjadi sehinggalah satu hari nanti saya nak bukak kilang baju sendiri nanti…amiiin!!

Pengalaman pertama buat tshirt tu masa bulan pose tahun 2010. Time tu dapat tempahan dari kedai runcit kat kampung saya dalam 15 lai gitu. Permulaan yang bagus jugak untuk kami. Masa buat tu memang pening & seksa sebab tak ada tempat nak print. Print atas lantai jer. Dipendekkan cerita, siap le baju2 tu. Tapi bila diingatkan balik memang kelakar le  sebab tertonggeng2 nak cetak baju. Kipas tak leh pasang sebab takut printing cepat kering & blok tersumbat.

Pengalaman pertama tu memang betul2 mencabar saya. Bila saya fikir balik, design tu memang saya tak puas hati sebab tak cantik sangat. Dulu design buat pakai Microsoft Word jer. Tapi sekarang ni dah advance dah sebab saya buat design pakai Adobe Photoshop ngan Adobe Illustrator. Kalau ada design yang komplikated skit, saya upah designer luar. So, customer yang dapat design sekarang ni memang puas hati le sebab memang designer profesional yang buat.

Kat sini saya attach balik gambar2 baju pertama kitaorang buat untuk tatapan u all.

cetak baju company    cetak baju

Cuba tengok design dia. Simple jer time tu. Tak ada nak buat seni2 skit pun….hehehe. Skarang dah ok skit dah.

Start daripada tu, saya terus buat iklan kat area kawasan saya. Buat flyers & tumpang kat kedai sukan kat Kg.Gajah. Masa tu belum start buat online lagi. Masih lagi tumpu kat kawasan sendiri dulu. Memang tak pikir pun nak buat online sebab takut kang camane orang nak bayar kos pos lagi dan macam2 yang berlegar2 dalam kepala hotak saya.

Selain daripada buat baju biasa, saya ada jugak terima tempahan untuk buat baju jersi siap nombor ngan nama lagi. Memang time tu dah mula seronok sebab orang ramai dah mula tahu bisnes kami.

contoh design baju jersicetak t shirt jersi

Baju kelas pun banyak. Saya rasa antara banyak2 design yang diaorang order, baju kelas yang paling banyak. Macam2 stail diaorang ni buat. Memang kreatif habis. Buat design kelas memang mencabar & memang banyak belajar sebab kadang2 diaorang sketch jer atas kertas, last sekali kitaorang yang kena touch up balik dalam komputer. Antara hasilnya cam baju2 kat bawah ni.

Baju Pra U

Design T shirt

Disepanjang bisnes kami tu, ada dalam 4 ke 5 kali kitaorang kena buat baju baby untuk kilang kat Teluk Intan. Cuma yang problemnya diaorang bayar ciput le. Kira dalam 60 sen ke 80 sen jer selai. Diaorang order paling banyak sampai 1,500 lai.Orang rumah pun tensen nak buat sebab bayar ciput. Sampai timbul tulang belakang..heheheh. Tapi masa tak ada order baju ni, ok jer. So, kalau kitaorang tak dapat order kilang ni pun tak apa sebab tempahan lain banyak gak dapat. Kat sini antara design yang kitaorang buat utk kilang tu.

cetak baju budak

Kat bawah ni saya tunjukkan beberapa t shirt favourite saya sepanjang tahun 2011. Walaupun designnya sempoi tapi nampak cantik bila kita print.

cetak bajucetak tshirt kelas

Kalau nak diceritakan semua tempahan yang saya buat dalam tahun 2011 memang tak cukup ruang blog ni tapi setakat ini saya rasa dah beribu2 lai kitaorang buat. Macam2 design & macam2 jenis pelanggan yang saya jumpa. Ada yang jenis sempoi, tak kisah design nak buat camane pun & ada jugak yang agak teliti. Semuanya dah memang stail masing2. Kitaorang tak kisah, asalkan diaorang puas hati udah le.

Tahun 2012 ni, azam & rancangan kami lebih besar tapi yang pasti setakat ini, kos pos ke seluruh Semenanjung Malaysia masih lagi free. Untuk Sabah ngan Sarawak, saya terima jugak & kos pos masih lagi free jugak tapi saya tak guna courier tapi saya guna mel udara. Lambat skit le sampai.

Tahun 2011, tempahan saya paling jauh ialah ke Tawau & paling dekat ialah jiran sebelah rumah.

2012 ni kami akan buat rancangan yang lebih baik & kami mintak2 u all doa2kanlah semoga bisnes kami ini akan berjaya dengan jayanya. Pastu, tolong doakan kami sentiasa sihat supaya boleh buat yang terbaik untuk u all semua. Mungkin kita akan buka kepada sesape saje yang nak jadi ejen nanti. Tunggu ye.

So….macam biasa. Kalau nak order baju ngan kami, jangan lupa call/sms atau emel jer kami seperti yang tertulis kat atas nun. Ataupun korang boleh isi maklumat tentang harga kat page “Nak tahu harga tak?” di bahagian atas website ni.

Selamat melayari tahun 2012!!! Bai…..

%d bloggers like this: