Rangkuman tempahan cetak baju tahun 2011…
Assalamualaikum & Selamat Cetak Baru,
Semalam tahun 2011 & hari ni dah masuk 2012 dah. Tik!tok!tik!tok!…masa berlalu, rupa2nya dah setahun setengah kitaorang buat bisnes printing baju ni.
Kami mula pada Jun, 2010. Masa tu orang rumah baru jer tamat kontrak kerja sambilan kat satu pejabat Kerajaan ni. Bayangkanlah dia grad dari UKM dari tahun 1999 lagi. Lepas satu interview ke satu interview, tak dapat2. 3 tahun jadi Guru Sandaran Tak Terlatih kat kampung. Duduk menyandar jer 3 tahun, pastu yang baru tamat kontrak tu, 3 tahun jugak. Interview berpuluh2 dah, satu pun tak lekat.
So, pada Jun, 2010, saya ada le terpandang iklan cetak baju dalam internet. Memandangkan dia dah tak ada khoje (kata org Perak) dan pastu pulak kena jaga 3 orang anak kami, saya pun cuba nasib ngan cetak baju ni.
Time tu saya nekad nak buat bisnes ni sebab orang rumah pun sokong sebab dia kata dia minat gak main ngan cat2 ni.
Bulan Jun tu, saya pegi kursus kat Sg.Besar ngan sorang brader ni tapi memang alhamdulillah, syukur saya dapat Tok Guru ni. Memang jenis tak kedekut ilmu le. Belajor punya belajor, dapat le ilmu tu sikit sebanyak.
Start daripada situ saya memang dah tak berpaling dah. Saya ngan isteri memang nekad nak teruskan bisnes ni walau apa terjadi sehinggalah satu hari nanti saya nak bukak kilang baju sendiri nanti…amiiin!!
Pengalaman pertama buat tshirt tu masa bulan pose tahun 2010. Time tu dapat tempahan dari kedai runcit kat kampung saya dalam 15 lai gitu. Permulaan yang bagus jugak untuk kami. Masa buat tu memang pening & seksa sebab tak ada tempat nak print. Print atas lantai jer. Dipendekkan cerita, siap le baju2 tu. Tapi bila diingatkan balik memang kelakar le sebab tertonggeng2 nak cetak baju. Kipas tak leh pasang sebab takut printing cepat kering & blok tersumbat.
Pengalaman pertama tu memang betul2 mencabar saya. Bila saya fikir balik, design tu memang saya tak puas hati sebab tak cantik sangat. Dulu design buat pakai Microsoft Word jer. Tapi sekarang ni dah advance dah sebab saya buat design pakai Adobe Photoshop ngan Adobe Illustrator. Kalau ada design yang komplikated skit, saya upah designer luar. So, customer yang dapat design sekarang ni memang puas hati le sebab memang designer profesional yang buat.
Kat sini saya attach balik gambar2 baju pertama kitaorang buat untuk tatapan u all.
Cuba tengok design dia. Simple jer time tu. Tak ada nak buat seni2 skit pun….hehehe. Skarang dah ok skit dah.
Start daripada tu, saya terus buat iklan kat area kawasan saya. Buat flyers & tumpang kat kedai sukan kat Kg.Gajah. Masa tu belum start buat online lagi. Masih lagi tumpu kat kawasan sendiri dulu. Memang tak pikir pun nak buat online sebab takut kang camane orang nak bayar kos pos lagi dan macam2 yang berlegar2 dalam kepala hotak saya.
Selain daripada buat baju biasa, saya ada jugak terima tempahan untuk buat baju jersi siap nombor ngan nama lagi. Memang time tu dah mula seronok sebab orang ramai dah mula tahu bisnes kami.
Baju kelas pun banyak. Saya rasa antara banyak2 design yang diaorang order, baju kelas yang paling banyak. Macam2 stail diaorang ni buat. Memang kreatif habis. Buat design kelas memang mencabar & memang banyak belajar sebab kadang2 diaorang sketch jer atas kertas, last sekali kitaorang yang kena touch up balik dalam komputer. Antara hasilnya cam baju2 kat bawah ni.
Disepanjang bisnes kami tu, ada dalam 4 ke 5 kali kitaorang kena buat baju baby untuk kilang kat Teluk Intan. Cuma yang problemnya diaorang bayar ciput le. Kira dalam 60 sen ke 80 sen jer selai. Diaorang order paling banyak sampai 1,500 lai.Orang rumah pun tensen nak buat sebab bayar ciput. Sampai timbul tulang belakang..heheheh. Tapi masa tak ada order baju ni, ok jer. So, kalau kitaorang tak dapat order kilang ni pun tak apa sebab tempahan lain banyak gak dapat. Kat sini antara design yang kitaorang buat utk kilang tu.
Kat bawah ni saya tunjukkan beberapa t shirt favourite saya sepanjang tahun 2011. Walaupun designnya sempoi tapi nampak cantik bila kita print.
Kalau nak diceritakan semua tempahan yang saya buat dalam tahun 2011 memang tak cukup ruang blog ni tapi setakat ini saya rasa dah beribu2 lai kitaorang buat. Macam2 design & macam2 jenis pelanggan yang saya jumpa. Ada yang jenis sempoi, tak kisah design nak buat camane pun & ada jugak yang agak teliti. Semuanya dah memang stail masing2. Kitaorang tak kisah, asalkan diaorang puas hati udah le.
Tahun 2012 ni, azam & rancangan kami lebih besar tapi yang pasti setakat ini, kos pos ke seluruh Semenanjung Malaysia masih lagi free. Untuk Sabah ngan Sarawak, saya terima jugak & kos pos masih lagi free jugak tapi saya tak guna courier tapi saya guna mel udara. Lambat skit le sampai.
Tahun 2011, tempahan saya paling jauh ialah ke Tawau & paling dekat ialah jiran sebelah rumah.
2012 ni kami akan buat rancangan yang lebih baik & kami mintak2 u all doa2kanlah semoga bisnes kami ini akan berjaya dengan jayanya. Pastu, tolong doakan kami sentiasa sihat supaya boleh buat yang terbaik untuk u all semua. Mungkin kita akan buka kepada sesape saje yang nak jadi ejen nanti. Tunggu ye.
So….macam biasa. Kalau nak order baju ngan kami, jangan lupa call/sms atau emel jer kami seperti yang tertulis kat atas nun. Ataupun korang boleh isi maklumat tentang harga kat page “Nak tahu harga tak?” di bahagian atas website ni.
Selamat melayari tahun 2012!!! Bai…..
Posted on 01/01/2012, in Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju harimau malaya, baju jersi, baju kelas, baju keluarga, baju sukan, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak jersi, cetak t shirt, cetak t shirt muslimah, cetak tshirt, cetak tshirt kartun, cetak tshirt muslimah, contoh design baju kelas, kartun, print, print baju, print jersi, tshirt cetak, tshirt couple, tshirt harimau malaya, tshirt kartun, tshirt keluarga, tshirt muslimah, tshirt online. Bookmark the permalink. 4 Comments.
Selamat Tahun Baru 2012 bro… Alhamdulillah, baju yg saya tempah tu dapat sambutan dan cetakkan yg bro buat mmg berkualiti…ramai yg puas hati..Insyaallah, next time, saya akan tempah lg 🙂
LikeLike
Terima kasih bebanyak….kalau nak order lagi bagitahu ye. Tq.
LikeLike
ada buat tshirt design teletubbies tak ? hehe
LikeLike
Sori, tak buat.
LikeLike