Cetak TShirt Maliau Basin….apa benda Maliau Basin tu?

Assalamualaikum & Salam Cetak Baju,

Pekabo semua. Teman sini alhamdulillah, sihat sokmo. Dah kat nak ujung2 tahun ni agak sibuk skit sebab bukan je kena pulun kerja pejabat, kerja cetak baju pun kena pulun jugak. Nasib baik ada wife yang kerja full time. Dia le yang banyak bantu…Tq, my darling…heheehe. Sempat lagi tu.

Ok…hari ini saya nak bercerita skit ngan korang tentang order yang kitaorang dapat dari Sabah bah. Jauh tuuuuu!!! tapi tak apa, jauh pun kita tolong jugak. Nanti kitaorang pos guna Mel Udara. Itu pun Free jugak.

Tapi kan…mesti korang macam pecaye tak pecaye je mamat ni boleh bagi kos pos free. Betul ke? Ok…kat bahagian last skali artikel ni, saya masukkan nama & emel customer2 yg saya dah hantar kat diaorang baju2 yang diaorang tempah sebelum ni. Cuba emelkan kat diaorang, tanya betul ke kitaorang bagi kos pos free. Itu pada yang tak pecaye le. Mungkin bila tanya sendiri, korang lagi konfiden nanti. Nombor telepon takut nak bagi sebab takut diaorng tak benarkan.

Hah! semalam ngan hari ni 23/12/2011, kami tengah print baju dari Sabah. Kitaorang diminta utk cetak tulisan Maliau Basin. Cer tengok kat bawah ni tshirt2 yg kami tengah jemur ni.

cetak baju

Kalau diikutkan customer nak 60 lai. Semalam dah siap 40 lai, so hari ni siap lagi 20 lai. Kalau design simple & warna tak banyak, Insya Allah! sekejap jer siap. So, baju ni nak pos Selasa ni guna mel udara. Mel udara biasanya pejabat pos je.

Kat bawah ni, ada lagi gambar2 baju yang kitaorang dah print semalam.

cetka baju      cetak baju

Ini lagi gambar2 baju Tshirt Maliau Basin yang dah siap tengah jemur. Siap ada model cilik lagi. Nampak dari jauh macam hantu budak jer…hheheh. Ini le anak saya yang bongsu. Besar nanti nak jadi tokey tshirt kot. Nyibukk jer.

cetak baju    cetak baju

cetak baju    cetak tshirt

Ini lak gambar blok Maliau Basin sebelum kena tenyeh ngan dye & yang sebelah ni sekali lagi model cilik berposing depan baju. Mahal bayor ni. Sekali tunjuk tu dapat susu sebotol…hehehe. Anakku oh! anakku.

Kalau ada yang tertanya2 apa ke benda Maliau Basin ni…kalau tak silap saya Maliau Basin ni adalah nama sebuah tempat di Sabah. Kalau tak silap le sebab customer ni kata dia nak jual baju ni kat pelancong. So, mungkin tempat pelancongan le kot. Satu hari kalau pegi Sabah, boleh singgah sini jap.

Ok…satu lagi nak bagitahu, mungkin ada yang masih lagi ragu2 ngan servis yang kitaorg bagi ni, cer tengok soal jawab emel yang saya paparkan kat sini sekali. Ada 28 mesej yang keluar masuk antara saya ngan customer ni sepanjang tempahan dia ni. Soal jawab pun bukan apa. Kadang2 saya ada benda konfius, saya tanya dia. Dia pun ada tanya saya & terus saya jawab. Nombor telefon saya padam sebab takut dia tak benarkan.

Memandangkan customer agak keberatan nak bagi emel dia, kat sini saya tukar ke emel company Maliau Basin sendiri iaitu maliaubasin@gmail.com. Tapi kalau nak tanya, jangan tanya sekarang. Tunggu dalam minggu depan, sebab minggu depan baru nak pos baju tu.

Kat bawah ni saya senaraikan beberapa nama & emel customer yang dah order ngan saya & tak perlu bayar satu sen pun kos pos. Mungkin u all nak tanya sendiri diaorang, boleh gak. Nombor handphone saya tak bagi jugak sebab takut privasi. Kang saya kena saman kang.

Antara customer yang dah order ngan saya :

1.  Suhaimi Sidik (suhs1d@yahoo.com.my)    –   Semalam saya pos baju jersi dia punya sendiri. Hari ni dah dapat kot.

2.  Faizal (batara_guru2@yahoo.com)             –  Ini baju konvoi 6 lai. Belum update dalam blog lagi.

Banyak lagi sebenarnya. Nanti dalam artikel akan datang saya masukkan. Lupa simpan maklumat tu kat mana. Tapi ada jugak yang order online tapi samada saya hantar sendiri atau diaorang datang ambik. Macam ada sorang cikgu kat dungun, Terengganu. Kebetulan saya balik Terengganu, so saya bawak le baik sekali.

So…sampai sini jelah dulu ye. Nak kejar pegi sembahnyang Jumaat ni. Kang tertinggal khutbah kang.

Cam biasa, jangan segn silu nak order baju ngan kitaorang nanti. Kalau nak tahu harga dulu, just klik pada page “Nak tahu harga tak?” kat bahagian atas nun atau sms/call/emel jer kat kitaorg terus. Insya Allah! kami layan sebaiknya.

Ok…baiiiii……assalamualaikum.

About Nik

Saya adalah seorang peniaga TShirt bercetak yang aktif di kampung saya.

Posted on 23/12/2011, in Baju santai, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: