Cetak baju kami bukan hanya sekadar bisnes…..

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Nampaknya tak sampai 3 minggu lagi kita nak berpuasa. Dah nak puasa ni pun, rezeki masih tak putus2 jugak. Alhamdulillah.

Macam tahun lepas, masa bulan puasa pun masih ada lagi yang order baju. Tapi tak serancak bulan2 biasa. So, maknanya bulan puasa tahun ni dah masuk tahun kedua kitaorang berpuasa dengan cetak baju ni.

Cuma kitaorang nak bgtahu le…bukan nak menunjuk2 tapi nak berkongsi pengalaman ngan korang.

Saya ada gak baca buku pasal budaya bisnes orang cina. Memang saya suspek betul kat orang cina yang jadikan bisnes diaorang sebagai periuk nasi. Diaorang boleh maintain bisnes tu bukan saje untuk diri sendiri tapi bersambung2 ke anak cucu diaorang.

Saya ada gak tanya beberapa bisnesman orang cina, macamana diaorang boleh maintain bisnes diaorang. Diaorang kata simple je…jadikan bisnes macam hidup diaorang. Jangan terlalu pikir pada untung, untung, untung tapi pikirkan nak bantu orang dengan bisnes tu. Camane kita nak orang buat baik ngan kita, camtu le kita patut buat baik ngan orang. Sama gak macam bisnes ni. Bagi diaorang untung kena pikir jugak tapi jangan jadikan ia sebagai tujuan utama sampai tak pikir pasal kebajikan orang lain.

Satu lagi, orang cina ni sanggup rugi untuk maintain customer diaorang. Hari tu ada sorang tokey baju tu, kebetulan saya ada order baju ngan dia. Tapi kebetulan baju saya tu tak berapa laku sebab design dia kurang cantik. Saya ngadu ngan dia pasal tak laku tu…dia kata tak apa. Dia beli balik baju tu ngan saya. Nasib baik.

Satu lagi insiden, saya ada order terus baju ngan satu kilang ni. Tokey dia cina gak. Dia silap print. Saya komplen jugak. Dia kata tak apa, dia ambil balik & buat balik. Memang suspek betul le. Memang patut le bisnes diaorang maju.

So…bisnes cetak baju saya ni pun saya dah praktikkan benda yang sama. Hari tu ada customer tu saya terlupa print bahagian belakang baju. So, tak apalah. Saya mintak dia pulang balik & saya tanggung semua kos pos diaorang.

Alhamdulillah…bila niat kita nak bantu orang ni, tak sangka2 Allah pun bantu kita jugak. Memang itu janji Allah.

Mungkin sebab niat saya nak berniaga sambil bantu orang…tu yang Allah bagi rezeki tak putus2 tu kot. Ada member cakap, kebanyakan pakar motivasi pun cakap cam tu. Kalau kita buat bisnes jujur, ikhlas, tak menipu, niat nak tolong orang…insya Allah!bisnes kita akan maju. Hidup pun berkat. Cuba kalau duk menipu orang jer…tak ke hidup tak tentu hala…betul tak?

Oklah….apa yang saya citer kat atas ni adalah sebahagian daripada pengalaman saya sendiri. Mana yang baik tu, korang ikut le ye. Sape2 pun boleh maju sebenarnya…

So…cam biasa. Hari ni saya nak kongsi ngan korang 2 cerita pasal tempahan baju yang kitaorang terima baru2 ni…

Cer tengok ni…

design baju sukan

Customer hari tu bagi design kat atas ni, suruh kitaorang buat. Baju kain jersi plain Oren Sport. Kaler design biru ngan putih. Belakang saiz A4 tegak.

So, hasilnya kat bawah ni…

baju sukan

tshirt sukan

Depan saiz A4 biasa. Design ni 3 kali tindih ni. Mula2 buat putih, pastu biru..last sekali secalit warna hitam. Walaupun baju kain jersi tapi kalau kaler dia senang masuk, kejap je boleh siap.

Kat bawah ni lagi paparan baju2 yang dah siap tu…

tshirt sukan

baju sukan

Siap ada jari tangan lagi….jari sape le gamaknya tu. Almaklum le buat keje kat rumah. Main aci dan je ambik gambar baju. Orang tengah tido sebelah pun tak perasan…heheheh.

Ok…kita tinggalkan dulu design baju kat atas ni. Kat bawah ni, nak citer pasal baju kelas yang kitaorang terima baru2 ni jugak. Design dia simple jer. Diaorang cedok dari design dalam blog saya sendiri yang dah buat sebelum ni. Cer tengok…

contoh design tshirt

Ini gambar asal yang diaorang emel. Tapi saya suggest suruh buat semua satu kaler untuk save bajet. Baju warna hijau. So, dia setuju. Jadi le cam kat bawah ni…

baju kelas

baju kelas

So, apa yang saya buat…saya akan mintak jenis font untuk design asal tu. Lepas dia emel, saya akan buat semula ikut sebijik yang dia nak. Memandangkan 1 kaler je depan belakang, so kalau tak silap, 1 hari je siap ni rasanya dalam 20 lai.

Kat bawah ni ada lagi contoh baju2 tu…

baju kelas

baju kelas

tshirt kelas

baju kelas

So…korang yang berminat nak order baju kelas, jangan segan & jangan malu. Kontek je kitaorang. Insya Allah, kitaorang boleh buat tapi kena betul le bajetnya. Kalau nak banyak kaler tapi nak bajet rendah, saya mintak maaf awal2 le. Memang tak dapat sebab saya guna dye & bukannya stiker.

Apa2pun, korang isi je dulu maklumat kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun, atau call/sms/emel…semua boleh. Nanti saya bagi jawapan. Tapi pastikan design nak print tu di emel sekali sebab selagi saya tak dapat design nak buat print tu, selagi tu saya tak dapat bagi harga tepat.

Ok…jumpa lagi ye korang. Lupa nak bagitau. Mungkin saya akan jual baju heat press akan datang. So, tunggu artikel akan datang ye…baiiiii…

 

About Nik

Saya adalah seorang peniaga TShirt bercetak yang aktif di kampung saya.

Posted on 05/07/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. kain baju microfiber tu sama mcm kain baju merah tu ke ?

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: