Enzo dah ada katalog baru le……

Hai,

Salam cetakbaju semua…straight to the point le ye..Company Enzo iaitu company yang paling banyak saya ambik baju & dah jadi special agent dah..udah keluarkan katalog baru diaorang.

Kalau korang tak percaya, cek klik kat page Katalog Enzo kat atas nun & pilih jenis baju yang korang berkenan.

Baju Enzo memang kitaorang paling suggest sebab selain daripada harga dia yang agak berpatutan, pilihan baju pun banyak.

Contohnya, macam baju muslimah. Dulu tak banyak pilihan. Sekarang ni diaorang tambah lagi stail baju.

Cuba klik sini kalau nak tengok contoh baju muslimah tu….https://mohcetakbaju.com/katalog-baju/baju-muslimah/

baju muslimah

Kalau dulu, baju budak diaorang tak buat. Sekarang ni diaorang offer buat baju budak sekali.

Harga pun masih reasonable lagi.

Selain daripada tu, baju jersi jugak antara yang ramai customer pilih. Kalau dulu, macam tak banyak pilihan nak buat tapi sekarang ni, korang pilih je mana yang berkenan, sesuai dengan bajet masing-masing.

Klik kat sini lak kalau nak tengok baju kain jersi tu….https://mohcetakbaju.com/katalog-baju/baju-microfiberjersi/

baju jersi enzo

Memang kalau korang tengok, rambang mata jadinya. Tak tahu nak pilih yang mana. Gambar atas ni sebahagian je ni. Kalau nak tengok penuh, klik jer kat link yang saya bagi tadi.

Saya memang suggest sangat2 untuk korang pilih baju Enzo ni. Stok pun Insya Allah…tak putus2. Setakat ni dah 2 tahun saya deal ngan company ni selain Oren Sport, memang sangat puas hati. Maknanya kalau ada peluang pegi company diaorang ni, memang rasa nak bagi hadiah spesel le kat diaorang ni.

Saya ada jugak tambah lagi pilihan produk. Ada jaket hitam, reversible(boleh pakai dua2 belah – luar/dalam) & topi. Pasti korang excited nak tempah punya.

Kualiti jangan risau. Memang gerenti baekkk punya!!!

So, kalau korang berminat nak order baju Enzo ni, samada korang klik kat page Katalog Enzo kat bahagian atas nun ataupun korang klik jer link kat bawah ni ikut jenis baju mana yang korang minat…

Baju Cotton  >> https://mohcetakbaju.com/katalog-baju/baju-cotton-tc/

Baju Cotton Interlock(atas skit dr cotton)  >>https://mohcetakbaju.com/katalog-baju/baju-cotton-interlock/

Baju Lacoste/Honeycomb(kain kasar skit) >>https://mohcetakbaju.com/katalog-baju/baju-lacoste-honeycomb/

Baju Microfiber/Jersi  >>https://mohcetakbaju.com/katalog-baju/baju-microfiberjersi/

Baju Muslimah  >>https://mohcetakbaju.com/katalog-baju/baju-muslimah/

Jaket hitam & reversible(boleh terbalikkan)  >>https://mohcetakbaju.com/katalog-baju/jaket-hitam-reversible/

Topi @ Cap  >>https://mohcetakbaju.com/katalog-baju/topi-cap/

Ok…kalau korang dah buat keputusan nak order baju ngan kitaorang, isi dulu maklumat kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun. Nanti saya balas dalam emel nanti.

So…cam biasa2 jugak. Kalau tak selit cerita pasal baju yang dah print memang tak sah. Camner pun memang nak kena selit gak untuk kongsi ngan korang.

Ni cerita pertama….

baju cetak

Ok…customer nak baju sejibik macam ni. Ini baju yang dah siap ni. Cuba tengok step by step kitaorang print kat bawah ni.

baju cetak

Ok..tuan2 & puan2..hehehe, macam rancangan mari memasak le pulak. Yang atas ni saya start dengan buat warna putih dulu. Satu layer jer ni. Ini bermakna saya perlu sediakan 1 blok saiz A3 untuk print camni. Pastu pulak…

tshirt cetak

Dipendekkan cerita, saya tindih lak dengan warna hijau untuk Cakcibo @ pepatung & tulisan warna merah. So, ini bermakna, saya kena sediakan pulak 2 blok saiz A4 lagi untuk dua2 design atas ni. Jadi, sekarang saya dah sediakan 3 blok. 1 blok A3 untuk putih & 2 blok A4 untuk cakcibo kaler ijau & tulisan kaler merah.

Last sekali….

baju cetak

Haaahhh….saya tindih hitam lak last sekali sebesar saiz A3. So, 4 blok saya kena prepare. 2 blok A3 & 2 blok A4.

Tak tahu le teman korang paham ke tak yang pasal blok2 tu. Kalau siapa yang dah biasa follow cerita kat blog saya ni mungkin paham le kot.

Blok ni maknanya blok kayu yang saya guna untuk printing design tu. Kalau tak paham jugak, cuba le jeling2 kat artikel2 saya sebelum ni. Kat sana saya ada cerita panjang pasal cara nak printing tu.

Ops…lupa. Ada lagi kena print. Bahagian belakang le pulok.

cetak baju

Yang ini lak, saya buat design atas blok saiz A3 jugak. Maknanya, untuk siapkan baju ni saya kena sediakan  3 blok bersaiz A3 & 2 blok bersaiz A4. Baru le complete printing tu.

So…saya harap korang ada idea skit le camane sebenarnya proses printing baju ni. Bukan mudah & tak jugak susah sebenarnya.

Diharapkan korang bersemangat le skit nak order baju ngan kitaorang bila dah tengok step by step kitaorang print ni ye.

Kat bawah ni saya paparkan semula gambar2 baju yang dah siap print ni…

Macam biasa….kalau berminat nak order macam2 jenis baju ngan kami, boleh le isi maklumat kat page “Nak Tahu Harga Tak?” dibahagian atas nun & jangan lupa emelkan design nak print tu. Kalau tak, saya tak dapat bagi harga yang tepat ikut yang korang nak tu.

Takpun korang emel, sms atau call jer kalau nak buat tempahan nanti.

Jumpa lagi semua…bai……

 

 

 

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 10/07/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju santai and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?