Bulan puasa pun tempahan cetak baju masih penuh jugak…alhamdulillah!!!

Hai & Salam Ramadhan buat semua terutamanya yang beragama Islam,

Korang pose tak hari ni? Jangan ponteng tau…nanti dosa. Macam bgi nasihat kat anak2 jer.

Tapi nak bagitahu le, memang rezeki Allah kat kitaorang setakat ni Alhamdulillah…masih tak putus2 jugak.

So, dalam bulan Ramadhan yang mulia ni saya nak kongsi le ngan korang serba sedikit apa yang kitaorang amalkan nak bagi rezeki tu tak putus datang kat kita. Sebelum tu, korang kena faham, rezeki tu bukan maknanya duit aje tapi termasuk kesihatan, hidup bahagia, tak ada gaduh2, tak ada bala datang, tak hidup susah dll pun rezeki jugak sebenarnya.

Kalau duit banyak hati tak tenang, hidup tak bahagia…tak jadi jugak. Lebih baik lagi kalau walaupun duit tak banyak tapi sihat tubuh badan, hati tenang, bahagia hidup.

Korang pasti setuju ngan kitaorang. Sebelum ni saya ada baca buku bertajuk “Mudahnya Menjemput Rezeki”. So, isi kandungan dalam buku tu ada le kena mengena skit dengan apa yang kitaorang amalkan sekarang & Insya Allah, semoga rezeki yang kami dapat ni akan kekal begitu dimasa2 akan datang.

Antara amalan yang biasa kitaorang buat ialah sembahyang Dhuha. Senang je. 2 rakaat je dalam pukul 8.30 pagi sebelum start kerja. Pastu, doa mintak murah rezeki.

Kemudian, kitaorang amalkan bersedekah. Mula2 dulu macam risau je takut duit kurang sebab bagi duit kat orang lain tapi bila diamalkan memang betul menjadi le. Allah dah janji kalau kita bagi 1, nanti 10 yang digantikan. Memang jadi betul. Cuba korang buat tapi dengan syarat ikhlas le. Jangan duk mengungkit lak. Bila dah bagi pastu duk tunggu, bila le Allah nak ganti ni. Bila tak dapat, salahkan Allah pulak. Ada le rancangan Allah tu.

So, rasanya 2 amalan ni memang korang boleh praktikkan le. Bukannya susah pun…cuma nak dijadikan amalan hari2. Itu je.

Dah rasa macam Tanyalah Ustaz le pulak….bukan apa. Nabi kata, sampaikanlah walaupun 1 ayat. Ni bulan Ramadhan le pulak. Nak le tambah pahala jugak. Korang baca, korang amalkan, saya dapat le sipi2 skit….hehehehe.

Ok…cam biasa. Hari ni nak kongsi ngan korang tempahan baju yang kitaorang dah siapkan sebelum ni…Cer tengok gambar bawah ni..

baju kelas

 

Ini baju yang kitaorang siapkan bulan lepas ni tapi tak masuk dalam blog ni lagi. Baju terkini dah ambik gambar tapi tak sempat nak upload dalam laptop saya.

Ni baju kelas ni. Baju cotton warna putih. Agak mudah nak print sebab tak perlu tindih banyak kali.

Cer tengok kat bawah ni lak…

tshirt kelas

 

Kat bawah baju tu, diaorang nak nama masing2. So, terpulang tapi kena konfemkan dulu nak font apa. Macam design atas ni memang diaorang dah bagitahu nak font apa. So, senang skit. Kalau yang tak bagitahu tu susah skit kitaorang nak kena buat sendiri balik design dia….

tshirt kelas

 

baju kelas

 

 

Ok…selain daripada servis printing biasa, kitaorang ada gak terima tempahan untuk sulam logo & nama. Cuma nak bagitau yang sulam nama ngan logo ni kitaorang cuma terima 10 lai ke atas je.

Cuba tengok contoh baju sulam logo kat bawah ni….

 

tshirt sulam

 

tshirt sulam

 

Bahagian lengan lak letak nama masing2…ini print biasa je ni.Terpulang. Kitaorang ikut je. Jangan komplikated sangat, udoh le.

cetak tshirt

tshirt sulam

Ada jugak yang suruh print kat bahagian bawah baju. Biasanya saiz print kat lengan kecik skit daripada print bawah baju.

Cuma nak bagitahu jugak, biasanya logo kitaorang suggest buat sulam je sebab kalau nak print, kos dia lagi mahal. Nak print logo kalau banyak kaler memang kena guna banyak blok. Bukan saje susah nak print tapi kerjanya agak remeh. So, last2 skali saya cadangkan sulam je, lagi senang.

So, setakat ni le dulu cerita kitaorang. Kalau nak dimasukkan banyak2 cerita kat sini, takut boring lak nanti. Tapi, tak apa…kalau korang nak konfiden lagi, cuba tengok cerita2 yang saya dah masukkan sebelum ni. Korang mesti seronok membacanya nanti.

Kalau sape nak order baju…saya mintak tolong sangat, jangan guna ruang Komen dibawah tapi isi jer form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun, ataupun emel, sms atau call je. Insya Allah, kami akan layan dengan sebaik2nya.

Selamat berpuasa kepada semua & jumpa lagi….baiiiiii……

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 23/07/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: