Cetak baju Running Man kat tempat baru….

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Hari ni saya nak buat perisytiharan skit. Tempat baru untuk printing dah siap. Kalau dulu2 tempat lama boleh printing maksimum 3 lai, pastu seblum ni 9 lai, so sekarang ni kat tempat baru dah boleh print 30 lai sekali jalan.

Alhamdulillah…kalau sape2 yang follow blog saya, saya ada bagitau pasal tempat baru ni. Maknanya kalau print 30 lai sekali jalan, tak yah le nak angkat2 baju tu ke tepi macam sebelum ni.

Yang merasmikan tempat baru ni ialah 100 lai baju design Running Man. Mula2 tu saya tak tahu jugak, sape Running Man ni. Saya tanya kat customer tu..dia kata, Running Man ni comedian dari Korea. Oooo..ye ke? Tak tahu le pulak.

So, kat bawah ni korang boleh tengok step by step baju tu kitaorang print dari awal. Memang senang sangat le ada tempat luas ni. Maknanya, dalam 4 round printing, siap le 100 lai tu.

Cer tengok gambar asal yang diaorang bagi nak print tu kat bawah ni….

contoh design baju

Ini gambar asal yang customer bagi. Diaorang nak order 100 lai camni, baju roundneck navy + black.

So, bila dah berbalas2 emel beberapa kali, dia pun setuju dengan harga yang saya bagi. Oleh sebab, dia nak buat jual baju ni, so dia mintak harga yang berpatutan le dengan saya. So, saya bagi harga saya & dia setuju.

Pastu, bila dah konfem dapat deposit dari dia, saya terus order baju & buat blok.

Kat bawah ni gambar step by step yang saya sempat ambik untuk paparan korang.

print baju

Ni baju tengah standby nak kena dera ngan kitaorang. Cer tengok tempat baru kitaorang berbanding dengan tempat sebelum ni. Alhamdulillah, dapat le ruang skit untuk print banyak2.

Pastu pulak….

cetak baju

cetak baju

Atas nun buat base putih dulu. Kalau tak buat base putih, nanti warna kuning tenggelam masuk dalam kain. Nanti jadi tak naik warna dia. Maknanya saya kena print putih 2 kali & kuning sekali. Baru menyerlah skit warna dia.

Pastu lagi….

cetak baju

baju cetak

cetak tshirt

Ini bahagian belakang lak. Yang gambar atas sekali tu, buat base putih dulu sebelum tindih ngan kuning. Sama jugak macam design depan. Buat putih dulu, baru tindih kuning.

Yang gambar atas nun, nampak tak dapur rumah saya. Kat bawah tu baju tengah berjemur tu. Ruang kat situ tak muat, terpaksa le curi ruang dapur skit. Nasib baik isteri sporting. Kalau tak abis buat lap pinggan.

Lepas tu….

cetak tshirt

cetak t shirt

Naahhh…bersepah2. Ini le yang dikatakan kerja dari rumah. Dah macam tongkang pecah je. 100 lai, mula2 tu ingat nak jemur kat luar je. Kang tak pasal2 kena curi kang. Pencuri sekarang macam2 jenis. Spender pun boleh curi, ini kan pulak baju banyak2 camni. Ada yang buat jual nanti kang.

So, nampaknya ini je cerita yang saya boleh kongsi ngan korang. Ada lagi nak masukkan dalam blog ni tapi masa tak mengizinkan. Padat dengan tempahan lain.  Ini je yang sempat setakat ni.

Kalau ada sape2 berminat nak beli baju Running Man ni bagitau saya. Nanti saya bagi kontek number brader yang jual baju ni nanti.

Cam biasa…kalau sape2 nak order baju…korang bolehlah isi maklumat kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun, call boleh, sms boleh…emel pun boleh. Tapi kan…kalau waktu pejabat, boleh tak call isteri saya di 0193643692 sebab saya tengah kerja lain tu. Dia yang buat full time.

Ok…jumpa lagi..daaaaaa……

 

 

About Nik

Saya adalah seorang peniaga TShirt bercetak yang aktif di kampung saya.

Posted on 27/06/2012, in Baju santai and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. kalo nk beli bju ni bole ke? brape rm sehelai ye?

  2. saya jawab trus kat sini la yeak en nik=)
    boleh like fan page ni http://www.facebook.com/RunningManMemory untuk beli baju ni=)

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: