Tempahan untuk sebelum raya stop dulu…..

Hai geng & Salam Cetak Baju kat korang,

Pertama2nya nak bagitau le yang tempahan untuk sebelum raya, kitaorang terpaksa stopkan dulu sebab dah padat dah. Takut kalau terima lagi nanti customer mengamuk lak kang sebab tak dapat sebelum raya.

Tapi bagi korang yang nak baju tu lepas raya, no problem. Tempahan cam tu terbuka bila2 masa.

Setakat ni banyak yang order baju rewang atau baju kawin…mungkin sebab ramai nak kawin time raya ni kot.

Baju kelas pun banyak. Baju kelas ni macam tak risau sangat sebab kalau terlepas sebelum raya, lepas raya pun masih customer boleh terima lagi. Tapi kalau baju kawin terlepas ikut date yang diaorang nak, mesti diorang marah nanti. Ye lah…baju kawin mestilah nak guna time kawin, bukan time berkelah, ye tak!

Tapi nasib baik le, kebanyakan baju kawin tu print simple 1 kaler jer….kalau banyak2 kaler, jenuh jugak. Kalau banyak kaler, mungkin saya bagi masa skit kot. Tak leh le nak cepat…

Ada 1 tempahan tu, nak sebelum raya…kuantiti 120 lai. Nasib baik, 1 kaler jer printing depan belakang. So, tak ada le risau sangat. Cer tengok cerita kat bawah ni….

baju cetak

 

Ini baju untuk satu kilang kat Ipoh ni. Depan belakang print. 1 kaler hitam, senang skit…

baju group

 

baju cetak

 

cetak baju

 

tshirt cetak

 

tshirt baju

 

Ini le antara baju2 yang kitaorang sempat rakamkan…tengok macamana bersepahnya baju kitaorang jemur kat dalam rumah tu. Tak sempat nak susun cantik2. Bila dah betul2 kering, baru saya start lipat masuk plastik untuk dipos.

Bukan setakat gambar baju, gambar budak2 pun masuk sekali. Sengih jer…heheheh. Yang kecik baju biru tu ada potensi jadi bisnes woman cetak baju tu…

Ok…ada lagi cerita pasal tempahan baju kelas. Ada satu design tu, ramai jugak yang minat. Cer tengok ni….

cetak baju kelas

 

Tak tahu apa yang speselnya design baju ni..mungkin gambar headphone tu kot.

tshirt kelas

 

baju kelas

 

baju kelas

 

 

Customer ni order 2 jenis baju. Berkolar ngan roundneck. Cantik gak. Setakat ni design ni masih belum ada hakcipta lagi. So, pada korang yang nak order gak baju camni…dipersilakan.

Ini lak satu lagi cerita pasal tempahan baju kitaorang yang sempat di upload…

baju cetak

 

Baju ni agak mudah untuk dicetak. Ada 2 warna jer. Mula cetak putih, pastu atas putih buat kaler merah. Kalau tak buat base putih, nanti kaler merah tak naik. Dua2 design tu saiz A3.

cetak baju

 

cetak tshirt

 

cetak baju

 

Puashati gak buat baju ni tapi ada problem skit. Lupa nak print nama. Customer kata ada nama nak letak kat setiap bawah baju tu. Nasib baik tak pos lagi. Kena ambik masa lagi untuk print nama le pulak. Tak apa…servis kena lengkap, kalau tak marah customer kang.

So, rasanya setakat ni dulu le ye. Dah nak masuk waktu berbuka dah ni.

Pada korang yang ada nak tanya apa2 pasal tempahan ni, cer klik kat page “Soalan Lazim” kat atas nun untuk tengok soalan2 yang biasa customer kitaorang tanya.

Korang pun kalau nak order baju, boleh isi borang kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun, ataupun emel, sms atau call terus. Terpulang pada korang…..

Allahuakbar Allahuakbar…dah azan le weh…berbuka dulu ye..bai…jumpa lagi!!!

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 06/08/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: