Tempahan baju masih lagi padat selepas raya ni…..
Hai & Selamat Hari Raya semua,
Kepada rakan2 yang melawat blog saya, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin diucapkan. Ada apa2 yang terasa sepanjang saya kendalikan blog saya ni, harap dimaafkan.
Untuk maklumat korang, bisnes cetak baju kitaorang terpaksa dihentikan sementara dari 18/08 sampai semalam, 26/08. Almaklum le…nak beraya sakan.
Tapi dalam duk stop bisnes tu pun, ada gak emel masuk skit2 tanya pasal baju. Mana yang saya sempat jawab saya jawab, mana yang tak sempat tu, mintak maaf le banyak2.
Raya pertama ngan kedua, raya kat Perak. Rumah orang tua isteri. Raya ketiga dah balik kampung kat Kemaman, Terengganu. Pastu, pegi lak berjalan raya kat rumah sedare kat KT. Tu yang terpaksa stopkan bisnes tu dulu.
Lepas balik raya ni, senarai panjang tempahan menunggu. Banyak yang tshirt kawin dah setel. Yang banyak kiu sekarang ni, tshirt kelas. So, camanepun, kena pulun segera le sebab dah janji ngan customer hari tu.
So, pada korang yang nak baju cepat, saya nak mintak maaf awal2 le sbb memang tak mampu saya tunaikan. Sekarang ni, kalau nak guna dalam 2 ke 3 minggu lepas buat tempahan, Insya Allah boleh ditunaikan.
Hari ni tak nak berceloteh panjang le sebab masa agak terhad.
Cam biasa, saya nak berkongsi ngan korang tempahan2 yang dah setel sebelum raya hari tu. Cer tengok.
Design baju kelas cam ni kitaorang pernah buat untuk tempahan sebelum ni. Ada customer yang berkenan nak buat sama gak camtu tapi bezanya ada logo lencana sekolah & nama kelas kat belakang.
Biasanya kalau print 1 kaler memang cepat & senang skit. Lagi satu, kain pun main peranan jugak. Kalau print silkscreen banyak kaler atas baju jersi, saya memang tak sanggup buat. Pernah buat dulu tapi kaler dia tak naik. Kalau 1 kaler ok lagi. Tapi kalau baju cotton, buat banyak kaler memang cantik.
So, sape2 yang nak print banyak kaler atas baju kain jersi, saya mintak maaf le ye sebab saya tak sanggup buat & tak sanggup tanggung rugi. Baik saya mengaku awal2 sebab takut ada yang mengharap nanti.
Ini ada satu lagi cerita printing. Cer tengok kat bawah…
Baju ni design dia simple je. Kaler kuning, pastu tindih hitam. Print lak atas kain cotton, so mudah skit le.
Siap ada nama masing2 lagi kat bawah design tu. Bahagian depan kosong. Baju ni jauh tempahan ni. Dari Sabah bah.
Ini lak baju kawin. Gambar depan lupa nak ambik. Kat depan tu ada gambar gak…
Ini je gambar baju yang sempat saya ambik. Nanti yang lain2, saya cerita dalam artikel akan datang nanti. Baju kawin camni biasanya customer buat design sendiri ataupun diaorang pilih dalam blog saya sendiri. Mana yang tak ada idea tu, diaorang suruh ikut je design yang dah ada & touch up skit2 nak bagi cantik.
So, korang pun kalau berkenan nak tempah, apalagi….isi je maklumat tempahan korang kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun. Takpun korang sms, call atau emel jer. Terpulang pada korang.
Bagi yang rasa kurang konfiden skit dengan tawaran kitaorang, cuba baca apa kata bekas pelanggan2 kitaorang kat page “Testimoni” kat atas nun. Terpulang pada diri sendiri.
So, setakat ni dulu le ye….Selamat Hari Raya sekali lagi & maaf zahir batin. Baiiii……
Posted on 27/08/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Baju Kerja Kawin @ Rewang, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, design baju, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt kumpulan, t shirt rewang, tshirt cetak, tshirt group, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0