Cuti sekolah datang lagi…jom tempah tshirt kawin, family day & konvoi korang!

Hai, hai & hai.

Yeyy!! Yeyy!! Dah cuti sekolah dah. Budak2 sekolah seronok le sebab boleh berseronok sakan.

Kalau sebelum cuti sekolah hari tu, bertalu2 student sekolah order baju kelas masing2 & sekarang tibalah pulak giliran pengantin baru, orang berkeluarga & mat2 motor + mat2 kereta untuk order tshirt diaorang lak.

Memang tiap2 tahun, kalau cuti sekolah, group2 ni le yang ramai order tshirt untuk aktiviti diaorang.

Tapi walaupun camtu, nak mintak tolong le ye. Kepada sape2 yang nak order tshirt tu, kalau boleh jangan le nak dalam masa suntuk sangat. Hari ni order, esok atau lusa dah nak guna dah. Biasanya kalau order jenis camni, memang awal2 saya tolak sbb bukannya selai dua saya kena uruskan. Kadang2 tu beratus2 lai menunggu. Kalau design simple & kuantiti tak banyak, In Sha Allah kitaorang boleh terima.

Actually, banyak contoh tshirt kawin tu yang korang boleh buat pilihan. Antaranya cam kat bawah ni :

tshirt kahwintshirt rewang

tshirt rewang kawin

baju kawin

Ni antara contoh2 baju kawin yang kitaorang pernah buat sebelum ni. Kalau korang nak order baju camni, korang boleh klik kat bahagian kanan blog ni kat TShirt Kawin/Rewang.

Biasanya bab2 kawin ni orang pantai barat panggil Rewang & orang pantai timur panggil Bekwoh.

Tapi kalau korang kreatif, korang boleh buat design sendiri tshirt tu. Klik kat page “Buat Design Sendiri” kalau korang nak buat design sendiri baju tu.

Satu lagi….ramai gak yang nak buat family day ataupun hari keluarga masing2 time cuti sekolah ni.

Biasanya, tshirt family day ni ada yang kaler ikut family. Family mak long kaler lain, family kak ngah kaler lain dll.

Antara contoh tshirt family day yang pernah kita buat tu ialah :

 cetak baju

tshirt hari keluarga

cetak tshirt family day

Family day biasanya boleh jadi kenangan yang indah buat korang. Bila ada tshirt untuk family day tu, korang pasti teringat2 masa aktiviti family day tu. Mana tahu ada kenangan tak boleh lupa ke macam gigi palsu nenek tercabut masa buat sukaneka ke, rambut palsu pak ngah kena terbang di angin ke atau seluar ucu terkoyak masa main bola ke….pastu, bila nak ingat balik time family day mana peristiwa tu jadi, bukak balik tshirt yang korang pakai tu, mesti korang ingat balik nanti.

Konvoi pun sama gak…….time cuti sekolah ni le ramai yang berkonvoi. Tapi saya tak jumpa lak gambar tshirt konvoi yang pernah diaorang order sebelum ni sebab banyak sangat gambar dalam fail. Cuma ada tshirt konvoi baru je. Tengok kat cerita kat bawah ni ye.

Tapi apa2 pun, korang yang berniat nak berkonvoi, apakata order ngan kitaorang tshirt kesukaan korang tu. Design buat sendiri je.

Ok….panjang2 sangat kang citer ni, korang boring lak kang. So, cam biasa…apa cerita hari ni ye?

CERITA 1

tshirt konvoi

tshirt konvoi

baju konvoi

Tshirt konvoi group penang. Simple je, 1 kaler print je. Nak save bajet kot. Hari tu diaorang order banyak gak ni. So, 1 kaler agak mudah skit. Siap pun cepat.

CERITA 2

tshirt kahwin

tshirt rewang

tshirt rewangNi tshirt kawin lak tapi tak tahu le apa maknanya Dulure Dewe tu. Hanya yang empunya diri je yang tahu. Lupa nak tanya hari tu.

Ni pun untuk majlis kawin time cuti sekolah gak ni.

CERITA 3

tshirt cetak

cetak bajuYang ini group Sabah ni. Tak tahu lak apa maksudnya design yang dia print tu. Janji tak menyalahi agama & undang2, udah. Yang ni pun banyak gak ni nak kena print. 2 kali tindih..mula2 putih, pastu hitam.

IKLAN JAP!!!

cetak bajuSori…iklan jap. Ni nak bagitau kat korang ni. Kalau ada yang terlebih bayar, saya ada beberapa cara. Antaranya :

1. Mintak nombor akaun untuk saya pulangkan balik duit tu.

2. Stapler duit tu kat invois & masukkan sekali dalam bungkusan.

3. Takpun customer sendiri halalkan.

4. Saya cadangkan masuk dalam tabung masjid.

So, korang jangan risau kalau terlebih bayar. Atas ni adalah antara cara2 saya deal ngan duit lebih tu.

IKLAN LAGI….

cetak baju

Comey dok…kucing kitaorang, namanya Ommeyy. Suka sangat tido peluk bear. Ingat awek dia kot. hehehe.

Saje iklan…jangan marah aaaa….

Ok…rasanya takat ni dulu ye.

Kalau korang dah bersedia nak order tshirt untuk apa saje aktiviti korang cuti sekolah ni, apakata korang emelkan detail nak order tu sekarang. Dah dapat semua maklumat pasal tshirt tu termasuk design nak print, baru saya bagi harga ye.

Emelkan ke adminkomisen@gmail.com, call, sms, whatsapp atau isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun ye.

So, apa2 hal bgtau saya ye. Sampai jumpa lagi korang…baaiiiii…..

Ikhlas dari :

Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 16/11/2013, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kerja Kawin @ Rewang and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: