10 Perkara Yang Korang Jangan Buat Kalau nak Berniaga Online……
Hai, Assalamualaikum & Salam Cetak Baju semua,
Alhamdulillah….seronok betul sekarang ni sebab kerja2 printing semakin lancar & mudah berbanding dulu. Nak tahu sebab apa….sebab kitaorang dah besarkan kedai & meja printing pun standby untuk 50 lai sekali print berbanding sebelum ni, hanya 9 lai je sekali jalan. Syukur sangat2.
Untuk pengetahuan korang jugak, tempahan juga Alhamdulillah tak putus2. Rezeki melimpah ruah. Mungkin antara sebabnya saya cuba sedaya upaya untuk tidak buat perkara2 tertentu masa kitaorang berniaga secara online ni.
Apa perkara2 tertentu tu? Maklumat yang saya nak kongsi ngan korang ni adalah hasil dari pengalaman selama 3 ½ tahun dalam bisnes online ni & Alhamdulillah setakat ni pendapatan yang saya terima diluar jangkaan saya.
Actually, banyak perkara yang kita kena elakkan kalau nak buat bisnes ni tapi saya nak kongsi ngan korang 10 perkara utama je yang saya cuba tak buat masa uruskan bisnes online ni. Benda apa tu?
1. Jangan menipu – Dahlah bisnes online, pastu orang tak nampak muka kita. Memang mudah sangat nak menipu. Dapat duit customer, pastu buat diam je.
Manusia ni, kalau iman dia tipis memang rambang mata. Nampak duit skit pun, nak sapu padahal kalau tak menipu, bisnes boleh kekal lama daripada biasa.
Menipu ni memang pantang manusia. Sekali dah tertipu, memang konfem tak datang dah website atau blog korang. Satu lagi, bisnes cepat lingkup kalau asyik menipu ni.
2. Jangan tak jujur – Adik beradik menipu gak ni. Kalau nak bisnes kekal lama, sikap ni pun kena pegang kuat jugak.
Contohnya ; ada customer tak puas hati ngan bisnes kita & nak balik duit dia, pulangkan je. Jangan disimpan. Mungkin akan datang dia datang balik sebab tengok kita jujur.
Kalau diperam je & buat diam je, konfem sekali tu je lah customer deal ngan korang.Cam saya (bukan nak puji tapi bagi contoh sebenar), dah beberapa kali saya pulangkan duit kat customer yang nak duit dia. Ada yang saya pulangkan tapi terus gak order ngan saya lepas tu. Yang penting, kena pulangkan cepat, kalau tak orang tak percaye dah kat kita.
3. Jangan terlalu berkira – Mungkin ada baik buruknya berkira ni tapi kalau boleh, jangan terlalu berkira. Customer nak diskaun RM1 pun, consider le. Ini mati hidup balik tak nak bagi. Berkira pun tengok keadaan le. Kalau dah rugi, satu sen pun tak dapat untung, tak payah le turunkan lagi harga. Mungkin kita dah buat sekali, lepas ni orang tu akan tuntut lagi harga rendah tu.
Kita nak jugak cover kos letrik, air, sewa dll. Pandai2 le korang.
4. Jangan malas jawab pertanyaan customer – Part ni korang kena pikir2 le sendiri. Kalau korang jadi customer & korang tanya soalan kat tokey bisnes online tu, pastu tokey tu buat derkk je ataupun lambat bagi jawapan, apa rasa korang. Tak ke panas hati.Sama gak cam saya. So, saya cuba pastikan benda tu tak jadi kat customer saya.
Tapi saya mengaku, kadang2 ada jugak emel atau pertanyaan terlepas pandang tapi saya cuba sedaya upaya untuk tidak menghampakan customer & kadang2 customer lak tak feedback lepas saya bagi jawapan tu. Anggaran saya dalam 98% soalan akan berjawab. Soalan yang tak berjawab tu mungkin sebab saya terlepas pandang ataupun soalan yang saya tak tahu camane nak jawab.
5. Jangan lupa minta maaf kalau tak dapat tunaikan – Perkataan “Maaf” patut ada dalam setiap peniaga, baru le berniaga tu berkat.
Kalau bahasa yang kita gunakan buat sakitkan hati je, konfem tak ada dah customer yang datang balik kat kita. Bukan je dia yang tak datang, habis semua orang dia bagi warning jangan masuk website dia ni sebab sombong. Suka marah2 orang.
6. Jangan Tamak – Ramai manusia tamak dalam dunia ni. Kalau tak, takkan le ada skim cepat kaya. Pastu ramai le yang join. Tamak punya pasal, nak duit cepat.
Sama gak kalau berniaga online. Semua tempahan dia nak sapu & tak pikir mampu buat ataupun tak.
Kalau dah tamak, mulalah tempahan customer lambat siap & kerja melambak2 menunggu.
Kalau tak boleh buat, bagitau terus terang je. Jangan tamak sebab orang tamak selalu rugi. Baik kita buat mana yang kita mampu tapi rezeki tak putus2 berbanding tamak, semua nak buat & last2 orang dah tak percaye kat kita dah. Nak camtu ke?
7. Jangan mudah putus asa – Ramai peniaga online jenis camni. Berniaga ikut rajin & ikut musim. Dalam hati rasa nak jadi kaya dengan berniaga tapi angan2 je lebih. Bila ada problem skit, dah give up dah. Bukannya nak cari cara nak selesaikan masalah tu.
Memang biasa bisnes awal2 ada masalah. Saya pun camtu & orang lain yang berjaya pun camtu. Kalau tak susah atau tak ada masalah, tak ada le korang boleh berjaya. Ini lembik….masalah skit je dah putus asa. Pikir positif. Kalau orang lain boleh buat, kita pun boleh buat.
Orang lain manusia jugak, bukannya malaikat. Orang lain ada kaki, tangan, hidung, mulut semua, kita pun ada jugak. Sebab apa orang lain boleh berjaya, kita tak boleh.
8. Jangan lupa bersedekah/berzakat – Bagi yang muslim, sedekah atau berzakat ni boleh tambahkan rezeki kita. Actually, bukan orang islam je percaya benda ni, orang bukan islam pun percaya.
Sebelum ni saya ada baca satu buku, Rich Dad Poor Dad, penulis dia seorang Kristian tinggal di Hawaii. Seorang jutawan yang bermula dengan kosong. Dia pun percaya, kalau banyak kita bagi kat orang, makin banyak kita dapat. Omputih kata, What You Give, You Get Back.
Profesor Muhaya (pakar mata & motivator terkenal Malaysia) pun ada cakap…..kalau kita ADA, kita BERI & kita DAPAT.
Cer tengok Bill Gate…dia dah kaya tapi dia ada Yayasan untuk bantu orang susah. Dia bukannya semakin susah. Makin kaya ada le.
Kalau kat Malaysia, contohnya seperti Syed Mokhtar Al-Bukhary. Dia pun ada Yayasan. Dia pemurah & dermawan. Makin banyak bagi, makin besar kekayaan dia.
Saya pun cuba jadi cam diaorang. Kena percaya sebab Nabi dah kata, kalau kita derma satu, 700 akan kita dapat pulangan tapi jangan pikir pulangan duit je. Mungkin sihat badan, bahagia hidup, tak susah hati, anak menjadi, kereta tak pernah rosak, tak kena bencana dll. Itu dikira rezeki gak tu sebab duit tak ada keluar.
9. Jangan tak berdisiplin – Sikap yang ni rasanya susah skit manusia nak ikut sebab disiplin ni kena jaga betul2.
Macam saya sendiri, saya cuba disiplinkan diri untuk update cerita setiap minggu dalam blog. Kalau tak update, konfem orang akan lari sebab anggap website tu tak aktif. Satu lagi, disiplin masa pegang duit. Jangan guna duit tu buat beli barang tak tentu hala. Bayar le hutang2 dulu termasuk kat supplier, bil2, belanja & lain2. Baki tu baru le kita simpan.
Camtu, baru le berjaya. Ini tak…baru 2 bulan bisnes, dah tukar kereta baru. Guna duit untuk bayar supplier untuk buat deposit kereta. Kalau camtu, konfem masuk bulan satu lagi, lingkup bisnes korang.
10. Jangan lupa Tuhan – Yang ini antara yang penting untuk kita buat sebab kita kena percaya yang rezeki tu totally dari Tuhan (Allah). Kita just usaha je. Kalau kita usaha macam orang gila tapi memang bukan rezeki kita, tak jadi jugak. So, apa2 pun jangan lupa Dia.
Kadang2 saya pelik gak manusia ni…rezeki nak tapi sembahyang tak nak. Padahal, rezeki tu Allah yang bagi.
Korang just fikir pasal nafas kita ni je. Kalau Allah stop nafas korang sekarang, apa korang rasa. Mati le kot tapi Allah gerakkan jugak nafas kita tanpa kita sedar. Tak ke hebat tu. Tapi sayang, kita lupa jugak kat Dia.
Yelah….apa gunanya Syurga & Neraka ye tak. Kalau semua masuk Syurga, sape nak masuk Neraka kan….
So, yang sebenarnya banyak lagi perkara2 yang tak patut korang buat kalau bisnes online ni tapi apa yang saya cerita kat atas ni hanya antara yang penting sahaja.
Saya harap korang ambik iktibar le tentang apa yang saya ceritakan kat atas ni sebab buat apa korang berniaga secara online kalau just nak suka2 je. Buat serius cam saya. Alhamdulillah, nak beli apa2 pun tak pikir panjang dah sebab duit lebih dalam tangan.
Korang pun boleh berjaya sebenarnya tapi antara nak ngan tak nak je. Kalau saya boleh buat, korang konfem boleh buat & mungkin lebih lagi kot.
Ingat….Pikir positif & apa yang korang bagi, korang akan dapat balik. Ingat tu!!!
So, cam biasa…kalau tak bercerita pasal tempahan tshirt memang tak sah. Apa cerita hari ni?
CERITA 1
Tshirt R4Bia camni banyak gak saya terima untuk tempahan. Ini baru sebahagian daripadanya. Depan saya buat sebesar A3, so..besar le gambar dia. Kalau buat besar A4, macam tak cantik je. Ramai gak order baju camni termasuk baju Syria, Mesir, Palestin dll. Kalau korang rasa nak order baju2 camni jugak, saya alu2kan. Emel je detail kat emel saya nanti.
Cerita 2
Ni baju untuk MRSM ni. Baju kelas. Yang mencabar skit, time nak buat blok printing untuk lencana depan tu sebab kena buat 3 kaler tu. Nak jimat blok, saya ambik kaler merah tu guna kaler baju, so tak payah le nak print merah lagi. Hasilnya tetap sama.
Design belakang tu, ikut je design baju kahwin sebelum ni & adjust kat nama kelas ngan tahun je. So, jadilah seperti design diatas ni.
Cerita 3
Design baju asal yang customer hantar macam kat bawah ni.
Baju ni mencabar jugak nak buat sebab kat depan saje ada 4 blok saiz A3 nak print tu. Yang ini saya tindih kaler merah walapupun baju kaler merah sebab untuk naikkan kaler merah tu.
Belakang lak, camni…..
Sama macam design yang dia bagi tu kan. Baju ni guna jenis kain jersi dari Oren Sport. Walaupun kain jersi, tapi Alhamdulillah, dapat gak disiapkan dengan cantik.
Hari ni 2 cerita je saya upload dalam blog ni sebab sibuk sikit sekarang ni. Acrtually, banyak lagi gambar & cerita yang belum dikongsikan tapi agak sibuk skit sekarang ni.
Ok…cam biasa, kalau korang rasa berkenan & nak order tshirt utk aktiviti korang sendiri, jangan segan & jangan siku untuk emelkan detail korang kat emel saya di adminkomisen@gmail.com, takpun isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun, sms, call atau Whatsapp sekalipun. Terpulang pada keselesaan korang. Saya akan cuba bagi layanan yang terbaik nanti ye.
So, jumpa lagi, kawan2….baiiiiii….
Dari teratak kecilku,
Nik
adminkomisen@gmail.com
0192254028
Posted on 27/11/2013, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju murah, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, design baju, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt kumpulan, tshirt cetak, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0