Bagaimana caranya nak kurangkan harga sehelai baju siap cetak?

Gambar cetaktee 4

 

Hai,hai, hai & Salam Cetakbaju di Tahun 2014 buat semua,

Alhamdulillah…..Allah masih lagi memanjangkan umur kita sehingga kini & korang masih lagi mampu melayari blog saya pada hari ni. Alhamdulillah jugak sebab sehingga sekarang, blog kami masih lagi maintain di antara ranking yang pertama dalam Google Search melalui carian untuk cetak baju & Tshirt seluruh Malaysia. Semoga Allah memberikan limpah nikmat yang berpanjangan kepada kita semua, In Sha Allah.

Hari ni nak kongsi ngan korang semua tentang bagaimana caranya nak kurangkan harga sehelai baju yang korang order dengan kami.

Ramai antara customer2 yang Tanya dalam emel, call dll tentang harga baju termasuk design  yang diaorang buat. Ada yang setuju dengan harga yang saya berikan & ada juga yang mengeluh kerana mahal.

Pengiraan sehelai baju termasuk print adalah bergantung kepada kuantiti tempahan, jenis baju, saiz design nak print, berapa kaler nak print dll. Semuanya ada kesan pada harga.

Bayangkanlah, korang nak baju dengan design 4 & 5 kaler, pastu just nak 5 helai je. So, konfem harga akan jadi mahal sebab salah satunya, kitaorang kena prepare banyak blok printing. So, harga bergantung kepada blok printing.

Pastu pulak, dalam dunia ni korang 5 orang je ada design tu. So, memang patut mahal le.

Kalau design tu, korang ambik kat Internet & tengok ramai orang pakai tapi korang nak order pun just 5 lai je. Still mahal jugak sebab biasanya kalau dapat murah macam kat kedai2 baju atau kedai souvenir tu, mereka print di kilang dalam kuantiti beratus ribu lai. Kalau ratus ribu lai, konfem dapat murah punya berbanding print 5 lai je.

So…kalau camtu, bila masa nak dapat murah skit baju tu?

Saya ada beberapa cadangan, camane nak bagi harga tu murah daripada biasa. Antaranya :

  1. Order dalam kuantiti yang banyak. Lagi banyak order, lagi murah. Ada masanya kalau kuantiti mencecah ratusan lai, biasanya saya tak caj harga print. Saya ambik harga baju je sebab saya dah mark up atas harga baju dah.
  2. Prepare siap2 design dalam bentuk yang mudah untuk di print seperti Ai atau Photoshop. Kalau lukis tangan ataupun design tu perlu edit balik, konfem sy akan caj atas design nanti. So, akan jadi mahal skit le.
  3. Print 1 kaler je & design simple. Kalau camni, In Sha Allah cepat skit boleh siap & harga murah.
  4. Design saya sendiri yang dah sedia ada. So, tak perlu buat design baru. Jimat sikit masa.
  5. Anda kena selalu order dengan saya. Dah jadi regular customer saya, In Sha Allah saya akan bagi harga special kat korang nanti. Tahu tak korang….masa saya mula2 order dengan supplier2 baju saya sebelum ni(company besar), mana ada dia bagi harga ejen. Bila dah kerap order & order mencecah ribuan lai, baru diaorang bagi harga ejen. Itupun saya tak mintak,diaorang yang bagi.
  6. Print design yang sama untuk tempahan yang berulang2. Biasanya kalau dah ada blok printing & saya tak perlu buat blok baru, harga akan jadi murah skit sebab dah jimat masa saya untuk buat blok tu.

So, inilah antara cara yang boleh bagi harga korang kurang skit dari biasa. Actually, saya tak boleh bagi murah sangat sebab supplier saya pun bagi harga tetap walau banyak manapun saya order.

Lagi satu nak bgtau…..saya kena tanggung 2 kos pos. Kos pos dari supplier & kos pos kepada customer. So, kalau murah sangat nanti, tak ada untung lak saya nanti.

So….apalagi, kalau korang nak rebut peluang harga murah dari biasa, praktikkanlah apa yang saya bgtau sebelum ni. In Sha Allah, saya akan tunaikan tapi kalau melampau sangat murahnya, tak dapat le. Saya nak gak cover balik kos2 yang saya dah keluarkan. Biasalah orang bisnes. Takkan bisnes nak rugi kan…..

Ok, korang….cam biasa. Mari kita tengok apa cerita pasal tempahan cetak baju kitaorang hari ni…

cetak baju kelas

Ok..hari ni nak cerita skit pasal print logo. Biasanya, kalau nak print logo yang agak komplikated & banyak kaler nak print, saya suggest 2 je…samada guna stiker (macam kat atas ni) atau buat guna sulam.

Kalau stiker, agak risiko skit sebab dalam setahun dua, mungkin akan tanggal tapi mudah je kalau nak bagi stiker tu tahan lama. Basuh jangan guna mesin basuh & masa basuh tu, terbalikkan baju. In Sha Allah, stiker tu tahan lama.

Gambar atas ni, stiker yang dah siap heat atas baju dah ni. Saya kena guna salotape khas untuk bagi stiker tu tak bergerak masa print. Tu yang nampak macam ada salotape kuning atas stiker tu.

So, kos stiker ni lebih kurang macam sulam & cepat siap sebab just print stiker je.

cetak baju kelas

Ni gambar belakang lak. Yang ini saya print guna silkscreen biasa. sebab mudah je. 2 kaler je….hitam ngan kuning.

tshirt kelas

cetak baju kelas

Kitaorang buat 2 kaler baju. Kelabu & hitam cam kat atas ni. Simple je & cepat siap sebab belakang print 2 kaler je. Design pun mudah je nak edit balik.

Ok…apa citer lagi…..

cetak baju memanah

cetak baju memanah

Yang ini baju geng memanah ni. Diaorang buat sendiri design ni kat page “Buat Design Sendiri” kat page atas nun ataupun guna http://www.Customink.com. Bila diaorang dah siap design tu, diaorang emel kat saya & saya edit balik untuk dapatkan gambar2 dalam website tu. Agak ambik masa skit sebab banyak kaler gak nak print bahagian belakang tu.

tshirt cetak

Ni gambar sebelum tindih hitam. Kalau korang nak tahu…saya buat 2 kaler ni dalam 1 blok je ni. So, saya standby kaler merah ngan kelabu sekali untuk jimatkan masa. So, tak payah le 2 kali print. Senang skit kalau camtu.

cetak baju kelas

Baju dah siap. Tengah dijemur untuk dikeringkan sebelum buat belakang.

Ok..ni satu lagi cerita best gak sebab agak puashati time print baju tu…..

baju kelas

cetak baju kelasCer tengok design atas ni….menyerlah tak? Saya suka kombinasi kaler dia sebab matching ngan baju. Baju merah & print merah putih. Memang naik kaler dia.

Draf asal customer yang buat tapi mula2 tu memang banyak kaler. Tapi bila saya bagi harga agak mahal & luar bajet diaorang, terus saya suggest buat 2 kaler cam atas ni. Diaorang setuju & ok jugak kalau buat camni sebenarnya.

baju kelas

Ok…cerita last untuk hari ni walaupun banyak lagi gambar2 yang ada ni. Cuma masa tak mengizinkan je. Akan datang kita cerita lain lak ye…..Ok..last…

baju group

Haaaa…..yang ini jauh datangnya. Dari Maliaubasin…..hehehehe..lupa le, Sabah ke Sarawak ni ye?

Tuan punya baju ni tokey kawasan pelancongan Maliaubasin ni rasanya. Dia buat semua baju untuk budak2 kecik untuk dijual terutamanya pada pelabcong yang datang kat situ.

tahu tak korang…..design ni saya buat emboss atau timbul ni. Bila kita raba baju tu, kita akan rasa design tu timbul. Korang nak tak buat camni…kalau nak, emelkan kat saya nanti ye.

tshirt kumpulan

Baju2 standby untuk dilipat & diposkan.

So, ini je cerita kitaorang hari ni. Jangan lupa, kalau sape2 nak order tshirt kelas & tak ada idea lagi nak print baju tu, korang boleh ke website kitaorang di www.cetaktee.com ye.

Klik banner kat bawah ni kalau nak buat baju kelas korang tu ye.

Banner Cetaktee

Ok, korang…setakat ni je dulu cerita kitaorang. So, apalagi…….kalau dah tak sabar nak order baju kitaorang, korang boleh :

1.  Isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & emelkan design nak print tu ; atau

2.  Korang boleh call terus kalau nak dengan suara di 0192254028 (Nik) atau 0193643692 (Salina) ; atau

3.  SMS atau Whatsapp

So, jumpa lagi korang….baaaaaiiiiiii……..Assalamualaikum….

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 25/02/2014, in Baju Kelas, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: