10 TEKNIK UNTUK YAKINKAN PELANGGAN & TINGKATKAN JUALAN SECARA ONLINE

 

Hai & Salam Cetak Baju semua,

TIPS MENDAPATKAN KEPERCAYAAN PELANGGAN….

Untuk pengetahuan korang semua, bisnes kitaorang saya anggap agak berjaya kerana mendapat kepercayaan dari semua pelanggan. Pertanyaan bertalu2 masuk samada melalui emel atau telefon. Sampaikan pukul 2,3 pagi pun masih ada yang menghantar emel atau telefon.

Apa rahsia kami sebenarnya?

Tahu tak apa antara teknik yang digunakan untuk yakinkan pelanggan kitaorang tu. Hari ni saya nak kongsi ngan korang apa yang kami buat untuk mendapat keyakinan pelanggan tu :

  1.  Kalau pelanggan hantar emel, cuba jawab secepat mungkin & jawab dengan penuh ikhlas untuk membantu. Jangan biarkan emel tersebut dalam ruangan unread dalam tempoh yang lama. Anda perlu jawab sekurang-kurangnya 24 jam ke bawah supaya pelanggan yakin dengan anda.
  1. Gunakan bahasa yang simple tapi beradab. Jangan sesekali guna bahasa kasar & marah2. Kalau korang guna bahasa kasar atau tak beradab, konfem pelanggan anda tak akan datang dah jenguk ke website anda & dia akan bgtau semua orang nanti.
  1. Untuk bisnes cetak baju…kalau diaorang tanya bila boleh siap, kalau boleh cuba sedaya upaya utuk jawab dalam tempoh yang anda mampu. Jangan menipu kerana kalau sekali menipu, pelanggan akan serik dengan anda. Tuhan lagilah tahu.

Amalan ini yang saya cuba praktikkan sekarang kerana kalau saya janji boleh siap awal tapi tak dapat siapkan, mesti pelanggan akan                   marah2 kita nanti & setakat tu je lah bisnes kita tu nanti. Janji kita cakap benar, mana tahu akan datang ada rezeki lain lak…betul tak?

  1. Kalau pelanggan call…cepat2 jawab. Tapi macam saya, kadang2 tak dapat jawab, samada luar kawasan, dalam bilik air, tengah sembahyang atau tengah2 malam atau pagi2 buta. Saya pun manusia biasa juga. Ada sekali tu pelanggan call pukul 2 pagi. Maaf le kalau saya tak jawab ye.
  1. Blog atau website sentiasa update dengan maklumat terkini. Saya update blog saya setiap minggu. Kena disiplin. Kalau orang tengok website tak bergerak2 dari 2 tahun lepas, orang boleh percaya ke bisnes kita masih wujud?
  1. Kalau pelanggan tak jadi order tapi deposit dah bagi. So, kalau dia mintak balik duit tu, bagi dengan segera. Selagi kita tak pulangkan duit tu, selagi tulah kita akan di cap sebagai penipu sebab dah makan duit pelanggan. Kita tak tahu masa akan datang. Mana tahu, dengan kejujuran kita tu, Allah akan bagi rezeki yang lebih besar kat kita…betul tak?
  1. Kalau boleh berkompromi sedikit dengan tempahan pelanggan. Mana yang rosak atau yang tersilap print tu, gantilah balik atau bagi diskaun. Kalau kita diam je, konfem orang tu tak akan order dah dengan kita.
  1. Cuba monitor atau pantau barang yang kita pos dari mula dipos sampai le betul2 sampai ke tangan pelanggan. Jangan hanya setakat pos, pastu lepas tangan terus. Tak kisah dah barang tu sampai ke tak kat pelanggan. Kalau pelanggan tanya..itu bukan urusan saya sebab saya dah pos. Itu bukan caranya. Nak bagi pelanggan konfiden dengan kita, mesti pastikan barang2 tu betul2 sampai ditangan pelanggan. Kalau saya pos banyak barang, biasanya saya tunggu komplen dari pelanggan. Mana yang tak sampai tu, cepat2 saya bgtau kat courier & pastikan memang pelanggan dah betul2 dapat barang tu, baru le saya rasa lega.
  1. Sentiasa Keep in touch dengan bakal2 pelanggan & bekas pelanggan sebab dengan cara ini bukan sahaja pelanggan tu akan konfiden dengan bisnes kita tapi boleh naikkan jualan melalui repeat order. Orang yang dah biasa order dengan kita, kalau dia konfiden dengan servis yang kita beri, biasanya dia dah tak lari ke lain dah sebab nanti kalau order dengan orang lain, tak tahu lak apa risiko dia. So, nak senang, order je dengan orang yang biasa di order.

10. Last sekali, saya selalu berdoa agar bisnes saya ni di rahmati, diberkati & diredhai Allah. So, secara automatik Allah akan bantu saya &                 dapat yakinkan lagi pelanggan saya untuk deal dengan saya.

Apa2 pun korang cuba anggap korang sebagai customer & biasanya apa yang korang nak dari peniaga biasanya. So, apa yang korang rasa sebagai customer tu, masukkan dalam bisnes korang.

Contohnya ; kalau anda jadi customer, mesti nak balasan emel segera. So, kalau anda peniaga, praktikkanlah jawab emel dengan segera.

Kalau anda jadi customer, anda nak servis yang terbaik, so, kalau anda peniaga, berikanlah servis terbaik pada customer.

Kalau anda jadi customer, anda nak harga yang murah, so, kalau anda peniaga, berilah pilihan kepada customer untuk pilih barang yang murah atau yang mahal. Kalau dia nak murah lagi, bagi penjelasan lojik supaya dia terima. Kalau just buta2 je tolak tanpa bagi penjelasan kenapa tak boleh murah lagi, mungkin customer tu akan fed up dengan anda nanti.

Begitulah antara cara nak yakinkan pelanggan tu sebenarnya. Cuba korang praktikkan, In Sha Allah, anda akan terkejut dengan hasilnya sebab pelanggan sekarang dah bijak menilai yang mana ok & yang mana tak ok.

So, harap2….petua ni dapat le bagi idea skit pada korang yang buat bisnes online & bagi keyakinan pada korang yang nak order baju kitaorang ye..

Haaaaa….apa cerita hari ni….

tshirt kelas

tshirt kelas

Tahun lepas banyak buat Tshirt The Class Of 2013. tahun ni tukar 2014 lak. Simple 1 kaler je.

tshirt stiker

 

Yang ini special skit sebab guna stiker ni. Kalau gambar original camni, memang kena guna stiker. Kalau nak print biasa, saya tak ada alatnya.

tshirt cetak

cetak baju

Apalagi tempahan yang kitaorang pernah buat….

tshirt kelas

tshirt kelas cetak

tshirt kelas

tshirt kelas

Ni design baju biasa camni. Nama & nombor kat belakang. Khas untuk player sukan ni.

Ok..cam biasa, nak order, bgtau kitaorang ye. Samada guna emel, call atau mesej je ye.

Jumpa lagi…baiiii……

Signature

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 20/04/2014, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju Kelas and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: