Tempahan TShirt I AM & apa sahaja cetakan baju anda dah dibuka semula…..yahooo!!!
Hai, hai & Salam Cetak Baju Semua,
Selamat berjumpa kembali kepada semua pelanggan2 setia & kepada semua pelawat2 mohcetakbaju.com yang budiman.
Dah hampir sebulan saya terpaksa tutup order disebabkan tempahan yang masuk diluar dugaan saya terutamanya selepas saya iklankan baju I AM.
Korang bayangkan, kebiasaannya order yang masuk dalam 1,000 lai sebulan semenjak 4 tahun lepas tapi 2 bulan lepas, tempahan menjadi sekali ganda iaitu dalam 2,000 helai ++. Macamana saya nak terima order lagi sedangkan yang menunggu menimbun2.
Bisnes printing baju ni lain dengan bisnes produk siap yang lain sebab printing baju ni base on tempahan yang masuk. Kalau kita dapat siapkan cepat, orang akan sukahati tapi kalau tempahan lambat siap, konfem nanti kena marah dengan customer.
Itulah yang terjadi pada kami. Memandangkan order yang nak disiapkan menimbun, so ada tempahan yang dapat lambat. So, mulalah customer merungut sebab lambat dapat.
Last2, bila dah berbincang dengan wife, saya ambik jalan selamat. Saya stopkan je order dulu walaupun yang menunggu nak order ada beberapa ratus lai lagi. Bagi saya, baik saya tolak dengan baik daripada sakit hati kena marah dengan customer.
Bagi saya, kualiti & hubungan dengan customer lebih penting sebab saya nak bisnes lama.
Ada ramai gak customer diluar sana yang mengadu kena tipu dengan orang lain. Ada yang dah ambik duit, pastu senyap je lepas tu.
Ada tu yang dah order & dah siap tempahan dah tapi bila baju ada silap, tak nak ganti. Buat derkkk je. Macam2 jenis manusia.
Macam saya lak, saya dah kira jujur dah berniaga tu tapi kena dengan customer lak….saya dah bersungguh2 siapkan tempahan customer sampai ke malam tapi ada yang tak bayar2 baki sampai hari ni.
Macam2 jenis. Tapi saya saaaaaaangat bersyukur kepada Allah kerana kerana Dialah saya mendapat rezeki yang melimpah ruah ni.
So…..happy sangat bila dah selesaikan banyak tempahan tshirt tanpa sakit hati kena marah.
Saya juga dalam proses membeli alat printing yang lebih canggih bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Saya import barang tu dari US & dijangka sampai kat saya selepas raya nanti. Nanti bila dah sampai & saya dah mula guna alat tu, nanti saya ceritakan ye. Setakat ni…tunggguuuuuuu………
Ok, hari ni saya nak kongsi dengan korang tentang tshirt2 baru dalam blog saya. Banyak supplier perkenalkan TShirt2 baru & antaranya Oren Sport, Enzo & Gildan.
Macam2 baju baru ada seperti :
Baju Raglan
Atas ni baju Raglan Enzo.
Baju Muslimah pun ada design baru dah. Contohnya :
Ada baju microfiber baru jugak…..
Pastu, Gildan ada gak jual baju sweatshirt….
So, yang paling glamernya ialah baju I AM…..
CUMA NAK BAGITAHU JE……..PERINGATAN!
TShirt lengan panjang HITAM brand 4Square tak ada stok, so sy akan guna baju Enzo tapi itupun kalau ada stok. Kalau tak ada stok, saya tak boleh buat apa jugak sebenarnya. Yang paling kritikal sekarang ni, baju lengan panjang hitam.
Tapi…..apa2 hal pun saya akan bagitau nanti ye.
NAK BAGITAU LAGI….PERINGATAN KEDUA!!!
Memandangkan ramai jugak customer yang dah dapat baju tapi agak liat nak bayar baki bayaran, saya terpaksa mengetatkan syarat bayaran. Sebelum ni saya berani pos dulu tapi mintak baki lepas dah pos barang. So, kali ni, bila barang tu dah siap, saya akan upload ke dalam emel & mintak korang bayar baki dulu. Selagi tak bayar baki, saya tak akan pos baju tu. Boleh ye. Just untuk elakkan customer2 yang agak liat nak buat bayaran ye.
So, seperti biasa, bagi customer yang dah excited balik nak order baju2 tu, korang boleh kontek kitaorang samada :
1. Â Guna page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & isi form kat situ lepas tu.
2. Â Emelkan pertanyaan korang pasal baju tu ke adminkomisen@gmail.com.
3. Â Call kitaorang terus di 019-2254028 (Nik) atau 019-3643692 (Salina).
4. Â Whatsapp atau SMS
So, kitaorang menunggu tempahan korang ye…..
Baiiiii…..
Dari teratak kami,
Nik & Salina
adminkomisen@gmail.comÂ
Posted on 21/06/2014, in Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju keluarga, baju murah, baju muslimah, baju sukan, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak jersi, cetak t shirt, cetak tshirt, cetak tshirt kartun, printing baju, printing tshirt, t shirt group, tshirt cetak, tshirt group, tshirt I AM, tshirt keluarga, tshirt murah. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0