Monthly Archives: April 2014

10 TEKNIK UNTUK YAKINKAN PELANGGAN & TINGKATKAN JUALAN SECARA ONLINE

 

Hai & Salam Cetak Baju semua,

TIPS MENDAPATKAN KEPERCAYAAN PELANGGAN….

Untuk pengetahuan korang semua, bisnes kitaorang saya anggap agak berjaya kerana mendapat kepercayaan dari semua pelanggan. Pertanyaan bertalu2 masuk samada melalui emel atau telefon. Sampaikan pukul 2,3 pagi pun masih ada yang menghantar emel atau telefon.

Apa rahsia kami sebenarnya?

Tahu tak apa antara teknik yang digunakan untuk yakinkan pelanggan kitaorang tu. Hari ni saya nak kongsi ngan korang apa yang kami buat untuk mendapat keyakinan pelanggan tu :

  1.  Kalau pelanggan hantar emel, cuba jawab secepat mungkin & jawab dengan penuh ikhlas untuk membantu. Jangan biarkan emel tersebut dalam ruangan unread dalam tempoh yang lama. Anda perlu jawab sekurang-kurangnya 24 jam ke bawah supaya pelanggan yakin dengan anda.
  1. Gunakan bahasa yang simple tapi beradab. Jangan sesekali guna bahasa kasar & marah2. Kalau korang guna bahasa kasar atau tak beradab, konfem pelanggan anda tak akan datang dah jenguk ke website anda & dia akan bgtau semua orang nanti.
  1. Untuk bisnes cetak baju…kalau diaorang tanya bila boleh siap, kalau boleh cuba sedaya upaya utuk jawab dalam tempoh yang anda mampu. Jangan menipu kerana kalau sekali menipu, pelanggan akan serik dengan anda. Tuhan lagilah tahu.

Amalan ini yang saya cuba praktikkan sekarang kerana kalau saya janji boleh siap awal tapi tak dapat siapkan, mesti pelanggan akan                   marah2 kita nanti & setakat tu je lah bisnes kita tu nanti. Janji kita cakap benar, mana tahu akan datang ada rezeki lain lak…betul tak?

  1. Kalau pelanggan call…cepat2 jawab. Tapi macam saya, kadang2 tak dapat jawab, samada luar kawasan, dalam bilik air, tengah sembahyang atau tengah2 malam atau pagi2 buta. Saya pun manusia biasa juga. Ada sekali tu pelanggan call pukul 2 pagi. Maaf le kalau saya tak jawab ye.
  1. Blog atau website sentiasa update dengan maklumat terkini. Saya update blog saya setiap minggu. Kena disiplin. Kalau orang tengok website tak bergerak2 dari 2 tahun lepas, orang boleh percaya ke bisnes kita masih wujud?
  1. Kalau pelanggan tak jadi order tapi deposit dah bagi. So, kalau dia mintak balik duit tu, bagi dengan segera. Selagi kita tak pulangkan duit tu, selagi tulah kita akan di cap sebagai penipu sebab dah makan duit pelanggan. Kita tak tahu masa akan datang. Mana tahu, dengan kejujuran kita tu, Allah akan bagi rezeki yang lebih besar kat kita…betul tak?
  1. Kalau boleh berkompromi sedikit dengan tempahan pelanggan. Mana yang rosak atau yang tersilap print tu, gantilah balik atau bagi diskaun. Kalau kita diam je, konfem orang tu tak akan order dah dengan kita.
  1. Cuba monitor atau pantau barang yang kita pos dari mula dipos sampai le betul2 sampai ke tangan pelanggan. Jangan hanya setakat pos, pastu lepas tangan terus. Tak kisah dah barang tu sampai ke tak kat pelanggan. Kalau pelanggan tanya..itu bukan urusan saya sebab saya dah pos. Itu bukan caranya. Nak bagi pelanggan konfiden dengan kita, mesti pastikan barang2 tu betul2 sampai ditangan pelanggan. Kalau saya pos banyak barang, biasanya saya tunggu komplen dari pelanggan. Mana yang tak sampai tu, cepat2 saya bgtau kat courier & pastikan memang pelanggan dah betul2 dapat barang tu, baru le saya rasa lega.
  1. Sentiasa Keep in touch dengan bakal2 pelanggan & bekas pelanggan sebab dengan cara ini bukan sahaja pelanggan tu akan konfiden dengan bisnes kita tapi boleh naikkan jualan melalui repeat order. Orang yang dah biasa order dengan kita, kalau dia konfiden dengan servis yang kita beri, biasanya dia dah tak lari ke lain dah sebab nanti kalau order dengan orang lain, tak tahu lak apa risiko dia. So, nak senang, order je dengan orang yang biasa di order.

10. Last sekali, saya selalu berdoa agar bisnes saya ni di rahmati, diberkati & diredhai Allah. So, secara automatik Allah akan bantu saya &                 dapat yakinkan lagi pelanggan saya untuk deal dengan saya.

Apa2 pun korang cuba anggap korang sebagai customer & biasanya apa yang korang nak dari peniaga biasanya. So, apa yang korang rasa sebagai customer tu, masukkan dalam bisnes korang.

Contohnya ; kalau anda jadi customer, mesti nak balasan emel segera. So, kalau anda peniaga, praktikkanlah jawab emel dengan segera.

Kalau anda jadi customer, anda nak servis yang terbaik, so, kalau anda peniaga, berikanlah servis terbaik pada customer.

Kalau anda jadi customer, anda nak harga yang murah, so, kalau anda peniaga, berilah pilihan kepada customer untuk pilih barang yang murah atau yang mahal. Kalau dia nak murah lagi, bagi penjelasan lojik supaya dia terima. Kalau just buta2 je tolak tanpa bagi penjelasan kenapa tak boleh murah lagi, mungkin customer tu akan fed up dengan anda nanti.

Begitulah antara cara nak yakinkan pelanggan tu sebenarnya. Cuba korang praktikkan, In Sha Allah, anda akan terkejut dengan hasilnya sebab pelanggan sekarang dah bijak menilai yang mana ok & yang mana tak ok.

So, harap2….petua ni dapat le bagi idea skit pada korang yang buat bisnes online & bagi keyakinan pada korang yang nak order baju kitaorang ye..

Haaaaa….apa cerita hari ni….

tshirt kelas

tshirt kelas

Tahun lepas banyak buat Tshirt The Class Of 2013. tahun ni tukar 2014 lak. Simple 1 kaler je.

tshirt stiker

 

Yang ini special skit sebab guna stiker ni. Kalau gambar original camni, memang kena guna stiker. Kalau nak print biasa, saya tak ada alatnya.

tshirt cetak

cetak baju

Apalagi tempahan yang kitaorang pernah buat….

tshirt kelas

tshirt kelas cetak

tshirt kelas

tshirt kelas

Ni design baju biasa camni. Nama & nombor kat belakang. Khas untuk player sukan ni.

Ok..cam biasa, nak order, bgtau kitaorang ye. Samada guna emel, call atau mesej je ye.

Jumpa lagi…baiiii……

Signature

T Shirt I AM betul2 menggila sekarang ni…hehehe!!!

Iklan Baju I AM

Iklan I AMHai,hai, hai & Salam Cetak baju semua,

Apa khabar semua? Harap2 korang semua dikurniakan kesihatan yang baik semuanya ye. Kitaorang kat sini pun Alhamdulillah & nak ucap banyak2 terima kasih pada korang yang sentiasa sokong bisnes kitaorang sampai ke tahap ini.

Hari ni saya nak berkongsi ngan korang tentang baju yang tengah menggila sekarang ni iaitu baju I AM NIKON tapi NIKON tu tukar dengan nama sorang2.

Untuk pengetahuan korang, dah beberapa ratus lai kitaorang print untuk baju ni & sekarang ni pun banyak lagi tengah menunggu ni.

So, sape2 yang berminat nak print baju camtu, korang boleh emelkan detail nak order tu kat emel kitaorang di adminkomisen@gmail.com. Range harga seperti kat banner atas ni ye.

Baju guna brand 4Square lengan pendek….

Bukan kaler hitam je. Macam2 kaler boleh buat.

Hari ni saya nak promote kat korang yang nak yang lain dari yang lain. Ada jenis EMBOSS atau TIMBUL. Ada jugak yang GLOW IN THE DARK..yang bercahaya masa dalam gelap.

Pastu, LENGAN PANJANG pun boleh.

Klik Button bawah ni untuk tahu detail pasal baju tu…..

Klik sini

 

Ok…dah lama kitaorang tak berkongsi tentang tempahan TShirt yang kitaorang buat sebelum ni.

Apa cerita…….

tshirt I AM

TShirt I AM yang kitaorang pernah buat sebelum ni bukan sahaja kaler hitam je customer tempah. Kaler lain pun banyak. Macam gambar2 ni. Ni gambar sebelum letak nama masing2 ni. Lupa nak upload gambar yang dah ada nama. Gambar2 camni je semua.

cetak tshirt I AM

cetak tshirt I AM

So…excited tak nak order…sabarrrr…emel je detail nak order tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com atau call terus kalau nak lebih konfem.

Apa cerita lagi….

cetak tshirt polis

cetak tshirt polis

Ni baju geng2 polis ni. Design diaorang buat kat Customink.com je. Godek2 situ senang je. So, agak mudah skit nak buat. Korang pun kalau nak print kat baju korang untuk apa2 je aktiviti korang, sangat2 dialu2kan….

cetak tshirt polis

Selain daripada tu……

Displaying wm-front (4).jpgDisplaying wm-back (4).jpg

Ni design asal yang customer ni hantar melalui Customink.com

So, hasilnya…..

tshirt kuda

tshirt kuda

tshirt kuda

tshirt kuda

Ada 2 kaler yang dia buat. Cantik tak? Simple & sempoi je……

Apalagi….

tshirt kelas

Ni tshirt kelas lak. Ini pun dari Customink.com. Tak payah susah2 nak lukis tangan. Guna website tu je. Korang mesti puashati punya.

tshirt kelas

baju kelas

baju kelas

Ok…dah le tu ye. Seronok ke tengok macam2 design dalam blog ni. So, pada korang yang rasa excited giller nak order baju2 korang tu, apakata korang ikut step2 ni :

1.  Isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun, pastu emelkan design nak print tu untuk saya bagi harga.

2. Emelkan detail & design nak print tu ke emel kitaorang di adminkomisen@gmail.com.

3. Call kitaorang di 0192254028 – Abg Nik atau 0193643692 – Kak Salina.

4.  SMS atau Whatsapp kitaorang guna nombor atas ni.

So, kitaorang tunggu order korang ye & In Sha Allah, kami akan layan sebaik2nya soalan korang ye. Mana nak cari tempat cetak baju yang boleh jawab segera soalan2 korang.

Kalau tempat lain belum tentu berjawab soalan korang tu.

Setakat ni dulu ye….bai……

<span>%d</span> bloggers like this: