Bila pembekal & penjual TShirt kena tipu dengan pelanggan……pernah dengar tak?
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar semua pelanggan, ex-pelanggan & bakal pelanggan kami?
Harap2 anda sentiasa sihat sentiasa untuk menghadapi hari2 anda.
Korang pernah dengar tak cerita penjual TShirt ditipu pelanggan?
Biasa yang kita dengar, pelanggan nak order TShirt tapi kena tipu dengan penjual TShirt kan. Yang ni terbalik pulak…
Ni nak kongsi ngan korang ni. Baca sampai habis tauuu….
Sebelum ni, kitaorang banyak kali jugak percaya buta2 kat pelanggan. Sebelum pelanggan bayar baki, saya dah pos baju tu sebab kita fikir, semua orang sama macam kita.
Kita ingat dalam dunia ni, semua orang jujur. Bila dapat barang, boleh lah bayar baki tu tapi apa yang jadi, diaorang terus diam & terus tutup telefon bila kita mintak bayaran.
So..dengan sebab itulah, kitaorang akan mintak bayaran baki dulu sebelum dapat pos barang tu. Biasanya kitaorang akan snap gambar baju supaya pelanggan yakin & percaya baju memang betul2 dah siap.
Setakat 7 tahun dalam bidang bisnes cetak TShirt online ni, sebesar kuman pun tak terlintas dalam hati kami nak menipu pelanggan sebab kami tahu, kalau sekali je kami start tipu & pelanggan tahu, sampai situ je lah rezeki kami.
Lagipun, menipu ni bukan boleh hidup senang. Kalau senang pun sekejap, lepas tu satu persatu tuhan tarik nikmat hidup kita.
So..Alhamdulillah, setakat ini bisnes kami masih maintain & dari hari ke hari makin berkembang.
Ada beberapa cerita pasal pelanggan yang menipu ni nak saya kongsi dengan anda.
-
Beberapa tahun lepas, saya ada tersilap pos baju kat salah seorang customer ni. Baju tu bukan baju dia tapi baju orang lain.Saya cuba kontek dia balik untuk pulangkan balik baju tu tapi hampehh…..tak berjawab langsung. Senyap sampai hari ni.
-
Ada sorang customer buat baju XOX di Sabah kalau tak silap. Mula2 elok bayar deposit. Pastu, dia mintak buat segera. Saya pun terus pos baju tu lepas siap, baki satu sen pun tak bayar.Saya jadi macam pemintak sedekah lak mintak duit baki. Whatsapp tak berjawab langsung. Terus senyap sampai sekarang. Satu hari nanti saya akan paparkan jugak detail mamat hampeh ni.
-
Ada juga customer yang kami agak terlambat siapkan bajunya. Pastu, dia terpaksa hantarkan sendiri baju tu kat customer dia. Saya cakap….tolaklah duit pos & baki bayar kat saya. Hampehhh jugak…..terus senyap sampai sekarang.
-
Yang sakit hatinya ada customer yang saya dah pos tapi duduk salahkan kawan2 dia yang tak bayar baki. Sedangkan saya deal dengan dia. Sampai sekarang terus senyap.
-
Ada jugak sekarang ni 2 bungkusan yang saya masih belum pos. Deal dari tahun lepas lagi, sampai sekarang tak bayar2 lagi baki. Ikutkan hati nak dedahkan je nama diaorang kat sini biar diaorang tahu sikit.
-
Yang paling sakit hati, baru beberapa hari lepas….ada seseorang menyamar jadi customer saya nak bagi peruntukan mesin & duit dari kerajaan. Tak tahu le kenapa bodoh sangat kami percaya. Kami pun transfer duit….ribu jugak ke akaun dia. Last2 menipu. Yang ni kami terpaksa buat repot polis & tunggulah akibatnya nanti.
Ni antara cerita2 sakit hati yang nak kami kongsikan dengan anda.
Mungkin anda rasa macam tak percaya. Tapi inilah yang terjadi.
Tapi selama 7 tahun bisnes ni, kes2 ni hanya secara kecil sahaja. Majoriti pelanggan kami baik & jujur sebenarnya.
Tapi yang buat onar yang sikit nilah, yang sebabkan bisnes kami agak terkesan sikit sebab ribu2 jugak kami rugi tu.
Last2 sekali apa yang kami buat…REDHA je lah dengan ketentuan-Nya. Mungkin rezeki kami takat tu je untuk hari tu.
So…kepada anda yang baru nak join bisnes TShirt ni, berjaga2lah…bukan semua manusia hatinya baik tapi ada segelintir yang rupanya manusia tapi hatinya lebih terus dari SYAITAN NIRRAJIM.
Oklah…setakat ni dulu.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Apa yang saya nak kongsikan dengan anda hari ni….
Tshirt konvoi ke Penang. Guna baju Enzo microfiber kod 1084 lengan panjang.
Sesuai untuk rider yang berjalan jauh. Design nak print customer sendiri yang buat. Kami just pecahkan kaler untuk mudah nak print.
Selain geng2 konvoi, kami jugak banyak terima TShirt untuk geng2 hikers macam kat atas ni. Ni geng hardcore hikers ni. Seronok ooo boleh pakai TShirt sama je time mendaki gunung nanti.
Tshirt kelas tulisan kufi yang saya buat sendiri. Mungkin boleh upgrade lagi skill supaya nampak lebih cantik. Janji customer puashati.
Ni bahagian belakang. Yang ni tiru design kami sebelum2 ni. Tak susah nak buat pun. Template dah ada…ikut je.
Yang ni 5 warna print. Biasanya saya buat base putih dulu, pastu senang sikit nak print kaler2 lain nanti. Jauh customer ni. dari Singapore ni.
Kos pos pun tak lah mahal sangat. Masih ok berbanding dolar Singapore. Orang Singapore yang nak order TShirt design sendiri…jom le buat TShirt dengan kami.
Yang ni bhgn belakang mencabar sikit sbb kena print banyak kaler tapi Alhamdulillah…dapat di print dengan jayanya…
TShirt kelas….depan 3 warna & belakang 3 warna. Meriah sungguh…janji puas hati…hehehe.
So…pada anda yang sedang mencari tempat nak buat TShirt cetak sendiri untuk apa sahaja aktiviti anda, sini lah tempatnya.
Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
In Sha Allah…kami bantu semampu mungkin.
TIPS BISNES TSHIRT HARI INI :
Jika anda buat bisnes dengan niat untuk menganiaya orang
atau menipu orang,
Ingatlah…..hidup anda tak akan senang & bahagia walau berjuta duit
anda yang anda ada!
Ok…saampai jumpa lagi…baaaiiii!!!
Yang Sentiasa Cuba Membantu,
Abg Nik & Kak Salina
Posted on 04/03/2017, in Baju Company, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju murah, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, design baju, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, tshirt cetak, tshirt group, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. 2 Comments.
saya pernah kena tipu dgn pencetak tshirt(saya ejen). saya order 100 helai sweater. saya dpt harga sama dgn abg nik. tpi die kate bagi la die job tu, abg nik pecaya. saya pun ikut je la, bagi rezeki kat org. penyudah nye. saya kne tanggung bayar balik 6k kat customer saya. huhu. klau tak, dh bwat dgn abg nik dh
LikeLike
Alahai..kesiannya. Tak tau le apa yang ada dalam hati perut org suka menipu ni. Ingat boleh hidup senang kot.
Kesian kat awak. Sama2 lah jadi pengajaran utk kita. Bukan sikit tu. RM6K tu. Terduduk jugak nak bayar tu….tak apalah. Adalah balasan utk dia satu hari nanti.
LikeLike