Digital Print – lagi ohsem dari cetakan guna stiker….
Assalam & Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar semua?
Kami di http://www.mohcetakbaju.com doakan semoga semua sentiasa sihat & berjaya dalam bidang masing2.
Sekarang ni dah masuk bulan 2, 2019. Kejap je dah 2 bulan dalam 2019.
Ini bermakna dah 2 tahun saya bergelar usahawan cetak TShirt Full Time & 9 tahun usahawan cetak TShirt.
Alhamdulillah……order masih lagi maintain macam biasa & bulan 1 & 2 ni order naik sekali ganda dari biasa.
Semuanya dari rezeki Allah & sokongan dari regular customer kami…terima kasih banyak2 ye.
Hari ni saya nak kongsi ngan korang pasal teknologi printing terkini iaitu DIGITAL PRINTING.
Benda ni bukanlah baru sangat…kalau tak silap dah ada dalam market Malaysia start dari 2014 lagi tapi saya rasa masih ramai lagi yang tak tahu pasal DIGITAL PRINTING ni.
Cer tengok design bawah ni untuk korang tengok contoh bagaimana agaknya kalau guna DIGITAL PRINT tu.
Kalau guna DIGITAL PRINT, TIADA LAGI gambar background macam guna STIKER BIASA.
Tulisan yang halus2 & kecik2 pun boleh print.
Memang lagi ohsem & canggih kalau guna DIGITAL PRINT ni.
Sesuai sangat kalau buat label korang sendiri kat dalam baju cam bawah ni.
Ni gambar yang dah besarkan. Tulisan yang kecik2 camtu pun boleh print.
Kalau print guna silkscreen printing…konfem tak dapat print sebesar itu.
Ni antara gambar2 baju yang gunakan DIGITAL PRINT tu…
Kalau korang tengok real depan mata gambar baju tu, korang pun konfem excited nanti….
Cuma nak bagitahu….servis DIGITAL PRINTING yang kami ada bukannya guna DTG atau Direct To Garment.
Kami punya macam stiker tapi lebih canggih dari stiker biasa & lebih tahan kalau dibasuh.
So…bagi korang yang nak cetak design berwarna-warni camni memang boleh cuba kalau nak.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Cuma nak bagitahu sikit….print camni akan mahal sikit dari print biasa.
Tapi kalau warna nak cetak tu sikit2 je……saya syorkan guna silkscreen printing biasa je supaya harga tak mahal sangat nanti.
Kalau guna DIGITAL PRINT ni….untuk design original boleh lah.
Memang saya gerenti, korang akan puashati sangat nanti.
CETAKAN SUBLIMATION
Ada satu lagi jenis DIGITAL PRINTING yang popular sekarang ni iaitu SUBLIMATION.
Contohnya camni….
SUBLIMATION ni design dia lebih full dari DIGITAL PRINT seperti sblm ni.
Harga pun lebih mahal & ada syaratnya……
Baju SUBLIMATION ni saya terima 60 HELAI ke atas sahaja & mesti ada
softcopy asal. Kalau tak,,,maaf sangat2. Saya tak dapat terima order tu ye!
Ni adalah proses camane nak buat baju sublimation tu.
Memandangkan susah nak buat…so harga akan mahal sikit dari print baju biasa.
So..terpulang pada korang. Kalau sanggup bayar mahal, saya terima je order korang tu.
Cer tengok video ni untuk tengok cara camane proses nak buat baju sublimation tu.
Ok…dah tengok ke?
Bukan senang tau…kena ada mesin beratus ribu baru boleh buat baju sublimation ni.
So..kalau rasa nak baju yang lebih murah & mudah nak print, saya suggest guna silkscreen printing biasa je lah.
Macam baju yang saya nak kongsi kan dengan korang ni….
Yang ni print 1 warna je…senang & simple. Lebih murah.
Baju ni brand oren sport. Boleh cek kat katalog oren sport kat blog saya ni.
Yang ni 3 kaler print. Gambar Tuan Guru Nik Aziz. Simple & sempoi jugak.
Guna 3 blok printing. Tapi nasib baik 5 helai je…hehehe. Cepat sikit siap.
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Baju ni mencabar betul kitaorang sebab customer order dalam 730 helai tapi nak dalam masa seminggu.
Cetak 7 warna..pastu ada cetak lengan & belakang lagi.
Tapi Alhamdulillah…mampu jugak selesaikan dalam tempoh tu.
Bayangkanlah..setiap hari lepas Subuh dah start print, sambung lagi sampai tengah malam.
Penat badan, tuhan je tahu…
Yang ni simple jugak. 1 kaler depan & 2 kaler belakang. Guna baju kain jersi.
Ni just nak kongsi gambar kedai baru tengah di cat. In Sha Allah ada rezeki, bulan 3 kitaorang akan ada ofis baru…In Sha Allah….TUNGGGUUUUU!!!!
Oklah…setakat ni dululah ye….
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Sampai jumpa lagi ye!
Posted on 20/02/2019, in Baju Company, Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Baju Kerja Kawin @ Rewang, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju jersi, baju kelas, baju murah, baju sukan, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak jersi, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, design baju, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, tshirt cetak, tshirt group, tshirt keluarga, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0