Macam2 cerita pasal tempahan cetak tshirt…..

Hai,

Hari ni saya nak kongsi ngan korang beberapa cerita pasal cetak baju yang kitaorang dah buat tahun lepas tapi belum dimasukkan lagi dalam blog ni.

Kalau diikutkan memang tengah banyak tempahan sekarang ni tapi tak sempat lagi nak dimasukkan dalam blog ni. Cuma hari ni nak kongsi ngan korang baju2 yang dah di save dalam desktop ni sbelum ni untuk dikongsi ngan semua.

Antara t shirt yang saya dah buat sebelum ni ialah t shirt group main tennis. Diaorang taknak banyak…4 lai je tapi simple jer design dia.

Cuba tengok gambar kat bawah ni…

cetak tshirt

Sempoi jer design dia. Korang pun boleh buat sebenarnya. Kalau 1 design camni memang senang kalau nak buat.

Cuba tengok lagi design kat bawah ni yang sempat kitaorang ambik gambar.

print tshirttshirt printing

Nampak tak….sori le. Ambik gambar time petang ni. Yang sebenarnya ada tulisan lagi kat atas tu, belum buat lagi.

Ini lak gambar testimoni kitaorang tengah bergambar ngan baju tu. Tak sabar2 diaorang nak ambik baju ni. Masa nak ambik tu, kami terus mintak diaorang berposing. Terima kasih le adik2. Sporting tul….

cetak t shirtprint t shirt kartun

Bahagian belakang tu ada tulisan Tennis & depan ada nama diaorang kat bahagian depan kiri tu. Kalau design camni, memang cepat jer siap. Tak sampai sejam pun. Memang isteriku expert le bab2 printing ni…

Ok….ini ada lagi citer printing yang tak sempat nak kongsi ngan korang sebelum ni…cer tengok…

cetak bag

Cuba teka….kat bahagian mana saya print ni. Bukan baju ni….tahu tak kat mana?

Atas beg nih. Ada yang mintak saya print atas beg diaorang. Simple je. SURIA YAKIN.

Ada dalam 12 beg kena print. Simple & sempoi.

Ni lagi gambarnya….

bag printing

Nasib baik simple jer. Kalau banyak kaler,jenuh gak kitaorang kena print.

Hahhh….yang ni pulak, design baju yang saya paling suka sebab tuan punya design ni memang kreatif.

Actually, dia buat bisnes TShirt gambar Islamik. Lama jugak kitaorang berbalas2 emel untuk konfemkan betul2 harga tu. Last2 skali saya bagi harga yang paling berpatutan yang saya boleh bagi & dia terima, Alhamdulillah.

So, ni antara tshirt yang kitaorang dah siapkan.

cetak tshirt islam

Ada banyak lagi sebenarnya tshirt yang kitaorang dah siapkan. Tapi kebetulan tak banyak gambar yang kami ambik. Cuma nak bagitahu….sape yang berminat nak order tshirt ni, korang boleh lawat blog dia di http://www.redoart.blogspot.com/.

Saya tak boleh jual t shirt tu terus sebab ini design dia. Kalau saya yang jualkan tshirt tu terus kat sini, maknanya saya dah salahguna dsign dia. So…terus deal ngan dia untuk tshirt2 ni.

Kat sini ada lagi tshirt yang sempat saya ambik gambar….

cetak bajucetak baju

cetak tshirt

Layari http://www.redoart.blogspot.com/ kalau nak tengok lain2 design tshirt tu.

Ok…rasanya takat ni le dulu cerita kitaorang buat hari ni.

Minggu depan saya masukkan cerita tempahan minggu ni yang bertimbun2 tu. Tunggu tau…

So, cam biasa..kalau nak order baju ataupun nak tahu harga tempahan baju korang samada korang pilih page “TShirt Bajet” ataupun page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun.

Takpun korang call/sms/emel jer terus kat kitaorang…Insya Allah! soalan korang pasti terjawab.

Ok…jumpa lagi….daaaaaaa….

About Nik

Saya adalah seorang peniaga TShirt bercetak yang aktif di kampung saya.

Posted on 14/02/2012, in Baju Kelas, Baju santai, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: