Bertimbun2 baju nak kena cetak……
Hai & Salam Cetak Baju,
Fuuuuhhh….tarik nafas, hembus…tarik nafas, hembus..baru le boleh bernafas skit. 2, 3 minggu ni padat ngan tempahan baju. Alhamdulillah..berkat doa mak ayah ni. Tu yang melimpah ruah rejeki tu.
Bayangkanlah..nak update blog pun tak sempat.
Haahh…lupa nak citer, satu lagi..pakcik orang rumah masuk ICU minggu lepas, kena heart attack. 2 kali Sabtu dah pegi sana. Tu yang tak sempat bernafas tu.
Tapi nak ucap tima kasih gak kat korang yang order baju & bagi sokongan. Wa caya lah sama lu…hehehehh.
Kebelakangan ni memang padat dengan printing baju group. Minggu lepas, ada group dari satu kolej kat Cyberjaya order. Dalam 100++ lai gak diaorang order. Design dia simple jer….logo besar A4 kat bahagian depan, pastu ada logo skit kat dada. Nasib baik simple. Satu hari jer kitaorang print siap.
Kalau korang tengok baju yang tengah dijemur tu dah macam ulat je…cer tengok gambar kat bawah ni.
Tengok gambar atas nun…dah bersidai jer kat depan rumah. T Shirt kalau lepas print, nak bagi tahan kena jemur kat tengah panas…baru tahan lama.
Kat bawah ni untuk baju muslimah lak…ni bahagian depan ni..
Cuba tengok….dah macam anak ulat jer…bersidaaaiii tepi meja. Ni mana sempat ni jer sebenarnya. Lagipun masa pulun buat ni dah kat tengah malam ni..apa nak buat, customer is always right….heheeh.Gambar bawah tu petang tu siap. Nasib baik mak mertua tak marah…kalau tak, get out from my house (cam ibu mertuaku lak) hehehe…mak mertua saya sporting. Siap tolong lipat baju lagi.
Time tu ada gak sepasang baju 2 orang sahabat order. Cantik gak kaler dia. Kalau order camni harga dia boleh tahan le sebab banyak warna jugak kena print tu….cer tengok gambar bawah ni.
Biasanya customer order baju couple tapi ada jugak yang buat untuk best friend. Ada lagi gambar dia…nak tengok?
Baju ni diaorang buat untuk 2 sahabat jer…korang kalau nak buat boleh gak.
Apa citer lagi yek…haah…ada satu group main petanque(sebut petong). Tahu ke game petanque tu apa? Alah….yang main guli besor tu.
Diaorang order dalm 10 lai….design diaorang lukis, pastu saya touch up kan lagi kasi cantik.
Senang jer…depan logo, belakang tulisan. Cepat gak siap baju ni.
Satu lagi kan, nak kongsi ngan korang tempahan kitaorang yang agak kelakar le jugak. Biasanya kitaorang print design kat atas baju tapi customer ni nak suruh padam jer tulisan asal kat baju tu. Seolah2 cam liquid paper le…cuba korang tengok baju kat bawah ni. Bila dipikirkan lawak le jugak….heheeh.
Macam2 manusia ni…ada gak nak jenis padam camtu jer. Tak apalah…nak buat camane..saya ikut pelanggan jer.
Kat sini sekali lagi saya paparkan semua gambar yang dah diprint tu…
Oklah..rasanya takat ni dulu hari ni. Kalau nak diikutkan bertimbun lagi cerita yang kitorang nak kongsikan..tapi kena stop dulu le sebab kejap lagi nak buat design ngan blok yang orang tempah pulak. Nak kena siapkan cepat, kalau tak marah le customer nanti.
So…kalau korang pun berminat nak order, jangan malu & jangan segan. Ikut step2 kat bawah ni :
1. Pertama2nya; korang pilih dulu baju mana yang berkenan kat katalog2 yang dah disediakan kat atas nun. Catatkan kod baju yang berkenan.
2. Pastu pulak korang tetapkan berapa bajet selai baju tu. Kalau boleh yang munasabah le. Kalau korang bagi harga yang rendah sangat, saya akan bagi harga yang sepatutnya untuk baju tu pulak.
3. Tetapkan jugak berapa lai nak order…INGAT! lagi banyak lai order, lagi murah.
4. Design untuk print atas baju penting sebab saya nak bagi harga yang lebih tepat, kena ada design tu. Kalau boleh korang lukis jer atau buat dalam komputer, pastu scan & emel kat emel saya.
5. Langkah paling penting…klik pada page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & isikan maklumat yang diperlukan.
So..lepas tu baru saya bagi harga yang lebih tepat.
Takpun kalau nak sms atau call pun boleh….mana2 aje yang mudah pada korang.
So…..jumpa lagi dilain siaran. Baiiiii…..
Posted on 29/02/2012, in Baju Company, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak t shirt muslimah, cetak tshirt, cetak tshirt muslimah, contoh design baju kelas, print, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0