Apa dia baju ready made & apa dia pulak baju custom made?
Hai & Selamat Cetak Baju pada semua,
Jumpa lagi kita dalam blog I yang hebat ni….hebat ke? heheheh…hebat le kot.
Setakat ni memang tak menang tangan saya melayan & menyiapkan tempahan dari customer. Alhamdulillah le…saya punya tempahan bukan saje dari dalam Malaysia. Sampai ke Sabah Sarawak sekali diaorang mintak order.
Dan Alhamdulillah jugak, setakat ni memang saya masih lagi sempat menjawab emel2 yang masuk. Pada korang yang nak tanya soalan, kalau boleh emel atau sms jer soalan korang kat saya sebab kalau guna form komen kat bawah ni takut tak sempat nak baca & terlepas pandang.
Ok…straight to the point..puh! cakap omputih lak aku..Pendek citer, mungkin ada antara korang yang tak tahu apa benda baju ready made & apa benda pulak baju custom made ni.
Untuk makluman korang…baju ready made tu dah siap jahit. Semua baju kat dalam katalog kitaorang kt atas nun semuanya readymade. Maknanya…dah siap jenis camane atau design baju tu camane.
Lain le pulak kalau custom made….custom made ni kalau korang rasa nak kolar warna lain, lengan warna lain, pastu pulak kat tengah2 tu ada kain lain pulak..hah..yg cam gitu, custom made.
Saya tak terima tempahan selai dua untuk custom made sebab baju jenis ni, kilang yang kena jahit. Kilang tak akan terima kalau nak buat 2,3 lai jer.
Paling kurang dalam 80 lai ke atas, baru diaorang terima. Kalau takat selai dua tu, korang guna baju ready made je lah. Lagi sonang.
Ok…cam biasa, saya nak kongsi ngan korang tempahan yang dah dibuat sebelum ni.
Ni ada satu tempahan ni..geng kapak silang. Macam bunyi gengster jer. Tak adalah. Ni untuk budak2 pompuan ni sebenarnya tapi ganas je bunyinya.
Baju ni diaorang buat time Dato’Najib datang kat tempat kitaorang hari tu. Tapi pasal apa letak logo Kapak Silang..tak tahu le sebab apa.
Baju camni memang cepat buat….tak sampai 1 hari pun sebab 1 warna jer.
Tengok lagi kat bawah ni…
Siap nama masing2 lagi kat lengan tu…semua design tu kitaorang yang buatkan.
Ada jugak yang nak baju group sukan kat sekolah diaorang. Macam design kat bawah ni, diaorang order dalam 50 lai untuk group penyokong diaorang. Simple & sempoi….
Ni baju untuk geng penyokong ni. Depan 1 kaler belakang 1 kaler. Tapi walaupun print 1 kaler putih saje pun, kitaorang kena tindih 2 kali sebab nak bagi warna dia menyerlah. Kalau sekali print jer, tak cantik sebab nampak warna baju.
Kat bawah ni ada lagi citer pasal baju tu….
Cam biasa…baju sedang dijemur. Jemur pun tak jauh. Tepi komputer jer….kejap je dah kering.
Ok…takat nilah dulu ye. Kalau diikutkan banyak lagi cerita yang nak dikongsi tapi sebab nak buat blok dulu.So, stop dulu le kejap.
Nanti kalau korang nak oder, korang isilah dulu borang “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun atau sms/call je kitaorang.
Jumpa lagi…baiiiii…..
Posted on 07/03/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju santai, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, cetak tshirt kartun, contoh design baju kelas, t shirt kumpulan, tshirt online. Bookmark the permalink. 2 Comments.
salam ,saya baru bergerak dalam bidang Tshirt ni.tapi hanya menyediakan design-design sahaja.semuanya dibuat sendiri.masih mencari tempat tetap utk tshirt&cetakan.jadi minta bg details kain baju,colour &price dkat email ni yea.terima kasih ideatherevolveproduct@yahoo.com (:
Hai Aizat, nnti saya jawab melalui emel awak.