Tengok syarat pos dulu sebelum order cetak baju ye….

Hai…hai…hai,

Korang apa kabar? Sihat2 le selalu hendaknya ye tak. Kalau sihat macam2 boleh buat. Kalau dah start sakit2 badan, mula le mengeluh. Tak baik tau. Itu ujian tuhan namanya. Nak tengok korang sabar ke tak?

Sebenarnya, nasihat tu untuk diri sendiri jugak tu sebenarnya sebab kebelakangan ni, Alhamdulillah Allah bagi rezeki yang agak melimpah ruah. So, ada le skit2 sakit badan sebab nak siapkan order tu tapi apa boleh buat ini yang saya minta kat Dia sebelum ni, so tempuh jelah.

Yang penting Sabaaaaarrrr…mana tahu lepas ni, lagi besar balasan dia bagi kat kitaorang, Aminnn.

So, hari ni nak bagitahu yang saya ada masukkan maklumat pasal kos pos FREE tu. Mungkin ada yang sinis atau skeptikal yang betul ke brader ni bagi kos pos free tu. Cam tak caye jer…

Korang klik jer pada page syarat pos kat atas nun & baca maklumat kat situ.

Tahu tak korang sebab apa kitaorang buat kos pos FREE. Antara sebabnya ialah untuk bagi lain dari yang lain skit servis kitaorang. Kalau sama jer letak kos pos, sama gak macam website lain. Nanti bila customer tengok, mungkin dia akan prefer kitaorang daripada yang lain sebab kitaorang bagi kos pos free.

Rugi tu memang le rugi skit tapi kalau ramai yang order, tak le rasa rugi sangat. Kalau korang nak tahu, orang cina maintain diaorang punya bisnes camtu le. Diaorang tak kisah walaupun rugi skit tapi janji customer percaya & maintain ngan diaorang.

Ok..maleh nak membebel banyak2. Yang penting korang tengok apa lagi tempahan2 yang saya dah siapkan sebelum ni kat bawah ni.

Ada 2 tempahan yang mintak saya print I LOVE(bentuk love)…satu I LOVE TVXQ & satu lagi, I LOVE USM. Simple but nice. Cer tengok…cer tengok….

cetak baju

cetak tshirt

Baju ni simple je guna baju cotton roundneck. Yang I love TVXQ tu guna lengan panjang. Biasanya kalau baju kaler hitam, saya kena tindih putih 2 kali & merah sekali. Kalau tak nanti warna putih tenggelam, tak nampak.

Kat bawah ni gambar baju lain yang tengah berjemur….

cetak bajucetak tshirt

cetak bajucetak baju

cetak t shirt

Ok…itu cerita pasal baju I LOVE….korang yang berkenan pun boleh order sekali nnti.

Ini plak, kisah baju bola dari Sabah bah. Baju jersi yang diaorang tempah, siap ada logo group diaorang, tulisan depan, tulisan belakang & nombor jersi. Cam kat bawah ni….

cetak tshirt

Ini memang semangat buaya Bujang Senang ni..jangan jadi buaya darat, udah…heheheh.

Sehelai baju ni, kalau tak silap saya kena tindih warna 15 kali rasanya. Logo sahaja dah 5 ke 6 kali. Kalau kitaorang tak tindih banyak kali, nanti kaler print tu tak naik.

Cer tengok design baju bawah ni lak…

cetak jersi bolacetak jersi bola

logo jersi bolacetak jersi

cetak jersi

Ni hah….gambar baju2 jersi tu tengah berjemur. Yang warna hitam tu baju goal keeper. Agak komplikated jugak time nak memprint tu tapi berkat kesabaran & kebijakan isteriku, dapat le jugak dia menyiapkan baju tu..on-time.

Ada jugak baju catering yang order ngan kitaorang…diaorang pun print sempoi je. Kartun kat depan & nama kat lengan.

Cer tengok tempahan diaorang tu….

baju cetak catering

baju cetak

cetak bajucetak tshirt catering

t shirt cateringcetak catering

Cetak tshirt catering ni….yang biru tu tak perasan baju yang mana. So..kalau korang nak tempah, bagitahu le ye.

Ok….setakat ni dulu saya bercerita pasal order yang saya terima sebelum ni. Nak cerita panjang2 kang, takut boring pulak. Satu lagi, kalau nak masukkan semua cerita dalam blog hari ni, mesti tak muat punya macam boot kereta saya masa nak pegi pos baju2 tu sbelum ni. Padat.Cer tengok camane penuhnya order nak gi hantar pos, hari tu….

 

Yang gambar atas tu, barang2 yang nak dipos termasuk le beg nak balik kampung. Hari tu saje saya sempat poskan 5 tempahan, 1 tempahan hantar sendiri ke UIA & 1 lagi bawak balik kampung kat Terengganu sebab customer tu kebetulan duduk kat area rumah saya. Tak sangka pulak, order melalui internet tapi rumah dia kat rumah mak kat Terengganu.

Yang gambar bawah tu, sebahagian daripada baju yang sedang menunggu kiu untuk diprint.

Ok..kalau nak order cam biasa, klik pada page “Nak Tahu Harga Tak?” untuk tahu harga baju ikut bajet korang. Takpun boleh emel ke adminkomisen@gmail.com ataupun sms aaaataupun call terus je. Terpulang pada masing2.

Cuma satu nak bagitahu, kalau sape2 nak urgent tapi kuantiti banyak & kaler print banyak, mintak maaf, saya tak dapat siapkan cepat buat masa sekarang sebab banyak tempahan tengah kiu. Kalau design simple, Insya Allah saya terima. Tapi ini untuk masa ni jer…kalau dah free skit, Insya Allah saya akan usahakan juga nnti. Harap paham2 le ye.

So….rasanya tak ada apa dah nak cerita. So, tunggu je cerita akan datang ye.

Jumpa lagi…bai…..

About Nik

Saya adalah seorang peniaga TShirt bercetak yang aktif di kampung saya.

Posted on 04/04/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju santai, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. nak tempah baju boleh?

  2. nak tempah baju yang macam i love TVXQ warna hitam tu, tapi nak ganti tulisan TVXQ ngan perkataan KYAT.. dan perkataan MYANMAR

  3. nk n0 tel,snang nk bhubg

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: