Daily Archives: 28/04/2012

Tempahan cetak baju semakin laris…macam cokodok panas!

Hai & Assalamualaikum semua,

Apa kabor semuanya? Harap2 sihat selalu le hendaknya. Saya setakat ni alhamdullah, masih sihat dan Allah masih bagi kekuatan lagi kat saya untuk siapkan order cetak baju yang semakin meningkat sekarang ni.

Untuk makluman korang, apa yang saya nak cakap ni bukannya untuk bermegah2 ataupun saya nak menunjuk2 tapi cuma nak bagitahu yang setakat ni, alhamdulillah semua tempahan dibuat…on time. Biasanya samada 1 ke 2 hari siap sebelum due date ataupun seminggu siap bagi design yang simple.

Kalau nak diikutkan memang tak menang tangan nak siapkan order tu tapi Allah bagi lancar jer proses printing & pos kitaorang.

So..korang janganlah risau. Insya Allah! order korang pasti akan dapat on time. Tapi kalau katakan order printing banyak warna ataupun order custom made tapi nak dalam minggu depan, saya surrender awal2 sebab memang saya tak sanggup buat. Kalau saya terima order camtu pun, kalau tak boleh siap on time..lagi haru. Lagi le orang menyampah ataupun sakit hati sebab tak siap ikut masa yang diaorang nak. Baik saya mengaku awal2 daripada reputasi bisnes saya jatuh…betul dok?

Ok….dah lama tak bercerita pasal baju ni. So hari ni saya ada 3 cerita nak kongsi ngan korang pasal tempahan yang kitaorang terima sebelum ni. Yang sebenarnya ada banyak lagi tak masuk dalam blog ni tapi biasanya saya pilih tempahan yang nampak cam spesel skit, lain dari yang lain untuk kongsi ngan korang.

Cer tengok gambar baju kat bawah ni…

tshirt rewang

tshirt rewang

Customer ni order awal hari tu walaupun diaorang kawin bulan Mei. Design kartun semua tu, customer yang bagi. Cuma saya touch up skit bagi kasi cantik. Tulisan Crew Kawin kat belakang tu saya yang buat. Depan pun saya touch skit kasi cantik. Dia bagitau je nak camane2 design tu.

Kat bawah ni ada lagi design baju tu….

cetak tshirt kahwincetak t shirt

t shirt kartun kahwincetak baju kahwin

Ni semua baju sedang berjemur sebelum dilipat utk dipos ke pelanggan. Biasanya pelanggan yang order baju kawin, diaorang tak ada banyak kaler sebab nak save bajet. Biasanya lagi banyak order, lagi murah dapat. Biasanya jugak, customer tak kisah baju kualiti camane sebab diaorang nak minimumkan bajet baju diaorang. Korang kalau nak order jugak, kontek je kitaorang.

Selain daripada baju kawin, baju kelas antara yang banyak saya dapat permintaan. Kebanyakan design baju kelas, customer sendiri yang designkan. Lagi senang camtu sebab hasil tangan diaorang sendiri, lagi puas hati.

Cam design baju kat bawah ni….

cetak baju kelas

cetak  baju kelas

t shirt kelas

Design awal diaorang bagi hari tu tapi agak komplikated, so saya mintak diaorang buat balik bagi nampak jelas skit. Last2 sekali diaorang lukis tangan je. Ini le hasilnya. Cam biasa, ada je model cilik yang menyelit. Tak perasan lak time ambik gambar baju tu, ada lak budak kecik menyelit kat situ. Ratu baju ni…heheheeh.

Cerita ketiga ni agak seronok skit nak bercerita sebab design printing tu agak berkaler skit. So, puashatilah jugak atas usaha kitaorang tu.

Ni hah gambarnya….

cetak baju group

t shirt kedai

Blur skit gambar yang bawah tu. Itu tak guna flash tu, kalau guna flash nanti silau lak gambar dia.

Kalau baju hitam, printing rumit skit sebab kena tindih dulu warna putih. Biasanya saya tindih 2 kali warna putih nak bagi naik warna dia & 1 kali warna lain. So, biasanya kalau saya letak harga, baju gelap mahal skit sebab banyak tenaga & dye yang kena guna.

Ini lagi baju yang dah print ni…

t shirt syarikatcetak bajut shirt cetakbaju cetak

Ni le antara baju2 yang dah disiapkan. Kalau diikutkan hati, rasanya nak masukkan semua cerita pasal baju yang dah siap print tu tapi kalau masuk semua, boring lak kang. Nanti minggu depan saya masukkan lagi citer2 sensasi pasal baju ni ye.

So, sebelum saya berhenti menulis ni, kat sini saya nak bagitahu…sape2 yang nak tahu harga semua baju tu, nanti saya akan masukkan dalam page katalog2 kat atas nun nanti termasuk harga printing sekali supaya korang senang buat bajet korang sendiri.

Cek je kat page katalog tu nanti.

Ok…..cam biasa, kalau korang berminat nak order baju ngan kitaorang, jangan malu & jangan segan. Sila le isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” ataupun emel ke adminkomisen@gmail.com ataupun sms/call ditalian seperti kat atas nun.

Pertanyaan korang, Insya Allah kitaorang akan jawab sebaik mungkin.

Kalau boleh jangan tanya melalui komen2 kat bawah sebab kat situ nak bagi komen je. Susah skit saya nak jawab kat situ.

Setakat ini dulu le ye….jumpa lagi…baiiiiiiiii!!!!!