Minggu cetak baju yang agak padat…….

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Tengah buat hape tu? Mesti le tengah baca blog, ye tak…..dah jumpa tempat nak cetak baju korang ke? Kalau susah2 sangat singgah terus jer kat sini. Tak yah dah kalih ke channel lain. Sini pun dah boleh order tshirt dah.

Untuk makluman korang, semenjak blog ni di lancarkan pada June, 2011 (10 bulan yang lalu), dah ada 59,000 pengunjung dah kat blog saya ni. Saya rasa ini satu pencapaian yang agak membanggakan jugak le (nampak tak hidung kembang semacaaam jer…hehehe).

Dan alhamdulillah jugak le…ramai yang dah jadi customer teman. Tengok ajelah cerita2 yang saya kongsikan sebelum ni. Semuanya pasal tempahan2 yang dah dibuat seblum ni. Kalau nak diikutkan, baaaaanyak lagi tempahan yang dah dibuat tapi tak sempat nak cerita dalam blog ni.

Tapi macamanapun, biasanya saya maintain masukkan cerita dalam blog ni seminggu sekali supaya korang lebih konfiden ngan teman kalau nak buat order nanti.

Cuma nak pesan satu jer….kalau ada sape2 yang nak tempahan urgent, mintak mahap le sebab tak dapat nak tunaikan sebab tempahan yang ada pun tengah bersusun. Kalau nak jugak, 2 minggu ke atas, Insya Allah. Tapi kalau design print dia simple, insya Allah saya ambik.

So…..cam biasa jugak, hari ni nak cerita lagi pasal tempahan2 yang dah dibuat sebelum2 ni, yek.

Pertamanya..nak kongsi ngan korang baju kapel karikatur yang ditempah oleh pak we mak we ni. Dia bagi gambar asing2 pastu mintak saya tukarkan ke kartun & print atas baju.

cetak baju kartun

Gambar nampak terang sangat tu sebab kena flash tu…kalau tak ok je. Diaorang buat belakang saiz A4 & depan kat dada kecik je, cam saiz logo.

baju kartunkartun cetak

Ok, tak? Satu kaler jer sebab kalau banyak2 kaler kang lari bajet lak. Korang kalau nak order boleh gak tapi ambik masa skit sebab nak lukis lagi, nak print lagi. Satu lagi….karikatur tu kena upah gak.

Hmmm….ok, kita beralih lak ke tempahan kedua ni.

Yang ini tempahan dari sorang brader ni dari Melaka…geng2 diver..alah!geng2 menyelam. Yang ni bahagian depan…

print baju

cetak tshirt

Yang ni bahagian belakang lak….design dia simple jer. Saya ambik sebijik daripada design yang dia emel. Kat depan saiz A3 & belakang A4.

Bawah ni gambar2 baju tu tengah dipaksa berjemur…..

cetak bajucetak baju menyelam

tshirt cetaktshirt diver

Ada 25 lai semuanya….kalau baju putih & warna print tak banyak, memang kejap jer kitaorang buat.

Nak tahu tak, orang yang tempah ni puji kualiti printing kitaorang…heheheh. Tq, Bro. Nama dia Syed Syairazi, orang Melaka. Kembang sekejap bila kena puji..hhehe.

Ok…satu lagi citer pasal printing baju minggu ni, cer tengok gambar kat bawah ni…

cetak baju

Ini tempahan daripada budak2 grafik Uitm Seri Iskandar. Diaorang kata kartun tu diaorang buat sendiri. Kagum jugak tengok kartun2 tu….memang badak berendam..opss!!bakat terpendam le diaorang ni. Yang ini diaorang print depan jer semua…simple & sempoi….

cetak tshirt kartun

cetak baju

tshirt cetak

Baju2 ni diaorang pilih baju kelabu cerah…senang nak print. Design nampak terang skit.

Kat sini saya paparkan skali lagi, gambar2 baju yang diaorang tempah kat atas nun untuk tatapan korang.

Ok….sampai takat ni dulu le ye. Minggu depan jumpa lagi.

So..cam biasa, kalau nak order baju samada isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?”, sms/call atau emel terus kat emel kitaorang kat adminkomisen@gmail.com.

Pertanyaan korang pasti dilayan….satu lagi, kalau boleh jangan guna komen kat bawah ni sebab susah nak feedback.

Ok….jumpa lagi…baiiiiii…..

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 23/03/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju santai, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. wow , bangge kejap , baju kape saya ade kat sini , dah lama tunggu entry nih tau , huhu đŸ™‚
    thanx Nik >,<

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: