Terma2 dalam bisnes cetak baju….

Hai…hai…hai & assalamualaikum semua.

Pekabo? Saya sihat2 ajer. Cam biasa jugak…setakat ni agak sibuk dengan tempahan yang keluar masuk setakat ni. Alhamdulillah..syukur pada Allah yang bagi rezeki tak putus2 tu kat saya. Dengan sokongan korang, Insya Allah bisnes saya akan bertambah maju lagi hendaknya…amiiin.

Sebelum saya berkongsi cerita pasal printing baju, hari ni saya nak berkongsi dulu ngan korang beberapa terma atau orang putih kata terms yang biasa digunakan dalam bisnes printing baju ni.

Mungkin ada sesetengah daripada korang masih baru lagi dengan tempahan baju ni & mungkin ada perkataan2 yang saya guna, korang tak paham.So, ari ni saya akan explain skit beberapa terma yang biasa kitaorang guna dalam bisnes printing ni.

Antaranya :

1.  Blok    –  Untuk buat printing dengan guna dye, kami guna blok kayu. Cer tengok gambar blok kayu kat bawah ni. Blok ni le yang kami guna masa buat printing tu. Untuk print design tu, saya guna kain sutera (kita panggil silkscreen) ataupun jaring sutera.

# Kalau nak tahu detail pasal blok ni, korang boleh search dalam Youtube. Cari “Silkscreen Printing”.

2.  Silkscreen (jaring sutera)  –  saya dah explain kat atas nun tadi.

3.  Baju ready made    –    Baju dah siap jahit. Pilih kat katalog je. Baju jenis ni tak ada pilihan lain. Semua yang ada dalam katalog jer.

4.  Baju custom made  –   Baju kena jahit dulu. Biasanya baju jenis camni bergantung pada tempahan customer. Mungkin dia nak leher jenis lain, kolar lain, badan lain….so, custom made ni maknanya sendiri punya citarasa lah.

5.  Heat press    –   Design jenis stiker. Alah..kalau masa kecik2 dulu ada stiker yang kita kena iron atas baju tu. Kalau saya, saya tak syorkan sangat design jenis camni sebab lama2 takut cepat koyak. Saya ada 1 mesin heat press ni tapi tak guna dah. Nak jual balik. Ada yang nak ke? heheheh…angkat tangan. Saya jual murah jer.

6.  Microfiber   –   Nama lain bagi kain jersi.

7.  Polo    –   Polo ni maknanya baju berkolar.

8.  Design   –   Design ni biasanya saya rujuk kepada design yang nak print atas baju & bukannya design baju tu sendiri.

9.  Emboss   –  Printing jenis timbul. Yang ni pun saya buat jugak tapi harga kena tambah skit sebab kena guna special dye & iron nak bagi naik printing tu.

10.  Dye   –   Cat fabrik yang digunakan untuk print atas baju tu. Biasanya kami guna rubber dye ataupun TC dye. Rubber dye ni tahan lama sebab cat dia masuk terus dalam benang.

Ok…itu antara terma2 yang saya biasa guna dalam blog saya. Mungkin ada antara korang masih baru dengan tempahan tshirt, so nak kasi faham skit….ok. Tapi kalau ada lagi terma yang korang tak faham, emel le kat saya. Nanti saya kongsikan lagi dalam blog ni nanti.

So…cam biasa, hari ni ada 2, 3 cerita nak kongsi ngan korang pasal tempahan yang kami terima baru2 ni. Mana yang sempat masuk blog saya masukkan…kalau tak, saya akan masukkan di lain masa nanti.

Cerita pertama berkenaan tempahan yang saya terima dari Tawau, Sabah bah. Baju ni untuk pelancong kalau tak silap. Diaorang nak printing emboss…so, saya ikut jer. Cantik gak sebenarnya. Cer tengok gambar bawah ni…

baju cetak

Kalau gambr camni tak nampak sangat design tu timbul tapi memang design ni timbul. Boleh rasa dengan tangan tulisan tu dalam bentuk 3D. Customer ni order dalam 60 lai tapi sayangnya, saya punya cameraman (saya punya bini) ambik 2 keping gambar jer. So….ini le saje gambar yang saya sempat kongsi ngan korang. Tapi design dia memang cantik bila timbul camtu.

cetak tshirt

Kalau diikutkan ada 3 kaler berlainan yang customer order hari tu, putih, hijau & navy. Tapi sori..ini jer gambar yang ada. Kitaorang harap ok le ye…heheheh.

Ok…kita beralih ke cerita kedua lak…

Yang ini macam biasa, baju ala2 jersi gitu. Baju jenis cotton tapi diaorang nak ada nombor kat belakang. Rasanya baju penyokong ni. Penyokong team handball. Design semua diaorang bagi…saya cuma print jer. Cepat skit siap.

baju sukan

cetak tshirt jersi

tshirt sukan

baju jersi

cetak jersi bola

Ini antara baju2 yang tengah dijemur. Biasanya printing warna hitam cepat kering berbanding putih. Kalau hari panas, kejap jer jemur. Pastu dah boleh lipat dah. Kalau korang nak order baju cotton & print hitam 1 kaler jer, memang cepat. Kalau warna lain ambik masa skit.

Ok….yang ini lak saya ada ambik tempahan safety vest lak. Baju ni khas untuk geng2 konvoi motor. Siap print untuk Marshal, Media & Medic sekali. Cer tengok ni…cetak vest

vest cetak

cetak safety vest

Silau mata tak? Saya guna flash tu…tu yang kuat memantul cahaya tu. Ini le dinamakan safety vest. Polis banyak pakai menda ni masa buat operasi.

So….rasanya itu sahaja cerita yang dapat saya kongsi hari ni.

Macam selalu & macam biasa….sape2 yang berminat nak order baju dengan teman untuk apa sahaja aktiviti korang, boleh isi borang kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun, ataupun emel ataupun sms aaaaaataupun call. Tapi kalau call, tolong le jangan call tengah malam sangat. Teman dah masuk tidoor tu…

Ok…jumpa lagi guys…bai…..

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 13/04/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju santai and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. brape cost? die kna order utk group je ke atau utk 2 helai pon boleh?

  2. asskm,bro..ada jual rubber dye,tc dye,emboss,photo emulsion dan penghilangkan bekas photo emulsion kh? tolong email kat sya shaifful_26@hotmail.com

  3. ni print guna silk scren atau stiker

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: