Syukur…….bulan puasa pun rezeki cetak baju tak putus2….

Baju Raglan matahari

Muka depan Gildan 2015#GILDAN ADA BAJU BARU. KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN ANDA SEKARANG…..

Hai & Salam cetak baju semua,

Pertamanya kami di http://www.mohcetakbaju.com nak ucapkan Salam Ramadhan 1436H/2015M kepada semua bekas pelanggan, bakal pelanggan & korang yang sedang melawat blog kitaorang ni.

Dikesempatan ni, kami nak mohon berjuta2 ampun & maaf atas apa sahaja salah silap disepanjang kitaorang berurusan semenjak dari 2010 lagi.

Kitaorang tahu mungkin ada yang kurang puashati tapi ramai jugak yang memuji. Maaf diucapkan kepada yang rasa tak puashati & terima kasih kepada yang memuji servis kitaorang. Kitaorang hanyalah manusia biasa yang ada hidung, mata, telinga, kaki dll sama macam korang yang tak lari dari buat silap tapi kitaorang bersungguh2 memastikan kesilapan tu dalam tahap minima supaya rasa puashati tu lebih dari yang tak puashati.

Mungkin kerana pendekatan kitaorang lain dari tukang cetak baju online yang lain, tu lah sebabnya rezeki kami tak putus2 walaupun dalam bulan puasa ni.

Alhamdulillah…sehingga nak raya ni ada lebih seribu lai tempahan yang kitaorang kena siapkan. Maknanya…kitaorang kena pulun habis2 an sehingga selesai semua.

Tapi kan…nak kongsi skit le pasal camane nak bagi rezeki tu bercambah2 macam kucing beranak sepuluh sekali beranak. Apa yang kitaorang buat ni dah beberapa kali terbukti. Bukan nak riak atau sombong tapi nak menunjukkan apa yang ustaz2 kata sebelum ni memang betul. Tapi cara ni bukan untuk orang islam je. Orang bukan islam pun terbukti berkesan.

Apa yang kitaorang buat tu sebenarnya?

Baca ni…jangan tak baca. Baca sampai habis. Korang pun patut buat kalau nak keputusan macam kitaorang.

Gini ceritanya…tahun lepas, saya tolong mak saya bayar deposit kereta untuk kegunaan mak. Saya bayar separuh deposit & kakak saya bayar deposit lagi separuh. Just untuk kegunaan bonda sehari2. Alhamdulillah…lepas beberapa hari, tanpa disangka2, order masuk tak menang tangan. Sehingga hampir 2 bulan kena stop order sebab tak boleh nak siapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Kitaorang ni jenis yang nak bagi customer betul2 puashati. Tu terpaksa tolak order yang datang tak berenti-renti tu. Kalau ikutkan nafsu tamak kitaorang, ambik je lah. Apa ada ada hal. Tapi kalau kitaorang ambik gak order tu, konfem kena marah berbakul2 dengan customer sebab order tak siap on time.

Tapi lepas tu kitaorang dah belajar dah. Mana yang saya tak dapat buat tu, saya akan sub kat kawan2 yang buat bisnes cetak jugak tapi akan ambik untung seminimum mungkin supaya harga tu tak terlalu mahal. Dapat le sikit untung atas angin daripada tak dapat langsung.

Pastu, baru2 ni….minggu lepas. Saya ada jugak belikan mak TV sebijik. Untuk mak tengok cerita melayu ke atau Tanyalah Ustaz ke dll. Sekali lagi lepas beberapa hari, tak disangka2 order dalam lebih seribu lai dari pelbagai customer masuk mencurah2. Kalau ikutkan, pengalaman 6 tahun dalam bisnes ni, time bulan puasa je mesti tak banyak order masuk.

So…ini antara 2 contoh sedekah yang saya rasa korang patut praktikkan setiap masa terutamanya kat mak bapak korang.

Actually, banyak lagi perkara sama yang kitaorang dapat hasil dari sedekah2 lain. Walaupun banyak kita bagi, lagi banyak kita dapat. PERCAYALAH!!!

Ada masa kita dapat balik dalam bentuk duit tapi ada masa kita dapat dalam bentuk kesihatan yang baik, anak semua menjadi, tak nakal, hati tenang, kereta tak rosak, kawan2 semua baik dan macam2 lagi hasil yang berbentuk duit & bukan duit.

Korang cubalah ye. Jangan takut. Kita mesti konfiden. Bulan puasa ni lagi le melimpah ruah rezeki kalau kita banyak sedekah. Konfiden je. Yang lain serah pada Allah. Yang bukan Islam pun sama jugak. Contohnya, Bill Gate….penderma terbesar dunia. Derma banyak tapi kekayaan dia non stop. Pikir2kanlah ye….

Oklah…panjang lebar sangat kan, boring lak nak baca, betul tak.

Pada yang nak pilih baju untuk apa sahaja aktiviti korang, klik kat katalog2 baju kat atas nun ye!!!!Pointing Finger

 

 

Hari ni cam biasa, nak kongsi ngan korang antara baju2 yang kitaorang pernah print sebelum ni…

tshirt cetak cina

tshirt cetak cina

Kat tempat kitaorang, customer cina pun banyak order. Macam yang atas ni, ni memang dah regular customer saya dari beberapa tahun lepas lagi. Dia ni memang banyak kali dah order ngan kitaorang. Tapi sebelum diaorang order tu, terutamanya bahasa cina, kitaorang tanya dulu makna tu. Sebab kalau ada bahasa yang tak sesuai dengan prinsip kitaorang, saya reject jugak. Bukan nak fikir untung je tapi pegangan kita kena jaga jugak. Barulah rezeki tu berkat. Betul tak…….

Kemudian, ada jugak tempahan camni….

tshirt kelas

cetak baju kelas

baju cetak kelas

Yang ni baju kelas biasa. Diaorang buat kat page “Buat Design Sendiri” kat atas nun. Mudah je. Gambar sebijik macam yang diaorang nak.

baju hoodie

 

Ini guna hoodie ni. Ramai jugak student U yang nak hoodie camni. Sesuai dipakai kalau ada kelas malam atau kelas aircond kuat sangat. Boleh le berbungkus dengan hoodie ni.

tshirt family day

Ni TShirt family gathering. 2 kaler je. Kuning & putih. Mudah je kartun dia. Just lukis balik ikut kartun asal. Pastu print guna 2 blok printing. So, simple.

tshirt persatuan

Ini TShirt persatuan fotografi sekolah ni. Gambar semua, diaorang yang sediakan.Tulisan biasanya kitaorang kena download dari internet atau guna font sedia ada sebab kalau guna font yang diaorang bagi dalam format jpeg, konfem pecah punya.

tshirt memancing

tshirt memancing

Yang ni TShirt memancing biasa. Semua design dibuat kat page “Buat Design Sendiri” kat atas nun. Tak yah pening2 nak cari design. Boleh buat design sendiri. Mudah je & lagi puashati.

Oklah ye…sampai disini dulu. Ambik lah pengajaran dari cerita saya kat atas nun ye sebab memang dah terbukti dah. Rugi kalau tak amalkan.

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Ok..jumpa lagi korang lepas raya lak ye.

Baaaiiiiii…….

Salam Ramadhan dari kami,

Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 21/06/2015, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: