Tahun 2015 ada beberapa bulan lagi. Bila nak start order tshirt untuk group korang?
Hai & Salam Cetak baju pada semua,
Hari ni dah masuk bulan Ogos 2015 dah. Maknanya kita ada kurang lebih 5 bulan lagi nak sampai akhir Tahun 2015.
Kalau diikutkan pengalaman lepas2, beberapa bulan akhir ni tempahan naik mendadak sebab ramai sangat yang nak buat tshirt kenangan untuk group diaorang.
Yelah….ada yang ambik UPSR tahun ni, PT 3, SPM, STPM, kolej, institut, degree, diploma, phd dll. So, bila lagi nak buat kenang-kenangan ngan group kelas korang kan. Time ni le.
Cuma saya nak pesan kat korang, kalau boleh jangan le order last minit. Macam tahun lepas, ada beberapa minggu lagi nak cuti sekolah panjang bulan 12. Time tu le baru nak order. Alamat kelam kelibut le jadinya. Ye lah…kitaorang pun menimbun juga nak siapkan order, pastu ada lak yang nak mintak siapkan segera sebab nanti bila dah bercuti, masing2 dah balik kampung & tak jumpa lagi.
So….mintak tolong ye. Kalau nak order, tolong order cepat. Kalau boleh hari ni korang dah kumpulkan order tu & start tempah dah.
Mana tahu…lepas ni sibuk nak study le, pastu ada tiusyen le, tak pun cikgu suruh siapkan assignment ke. Kitaorang dah pernah masuk sekolah & masuk universiti. So, tahu le camane hidup sebagai student tu.
Ingat ye…kalau boleh jangan le order last minit. Takut tak sempat siap nanti. Kalau korang sanggup poskan satu2 ke alamat customer atau kawan korang, itu tak jadi masalah. Buat lewat skit pun tak apa tapi tak syok le dapat baju bila dah berpisah nanti.
Kurang2 mesti nak pakai ramai2 masa jamuan ke atau masa sebelum kelas last tu. Tak pun boleh pakai awal sikit. Bangga gillleer ooo…kembang je hidung rasa bila pakai baju kelas tu ramai2.
Cam gambar customer kitaorang bawah ni. Awal lagi dah dapat baju…seronok betul diaorang.
So, terpulang pada korang. Saya hanya nak nasihatkan je sebab dah 6 tahun kitaorang dalam bisnes TShirt ni. Kitaorang dah boleh baca dah camane tempahan untuk akhir tahun ni.
Ada yang kitaorang terpaksa tolak sebab last minit nak. Nak cuti 5 hari lagi, baru nak order. Maaf banyak2. Kalau order kitaorang satu dua je tak apa tapi kadang sampai ribu lai. Tu yang tak sanggup siapkan tergesa2 tu. Lagipun kerja tergesa2 ni bahaya jugak. Ada yang silap print le, salah saiz le, courier problem le & macam2 lagi masalah luar kawalan kitaorang.
So….apalagi ditunggu. Moh order baju group korang segera.
Nak bgtau korang jugak ni, kitaorang setakat ni kitaorang sediakan 6 jenis brand baju. Paling murah 4square. Pastu ada jenis Change, Arorasport, Oren Sport, Gildan & Enzo.
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Klik je kat katalog2 kat atas nun untuk lihat macam2 jenis design baju yang kitaorang offer. baju Raglan pun banyak cam bawah ni.
Selain daripada tu, nak bagitau jugak ni. Oren Sport ada baju baru. Antaranya cam baju bawah ni.
Nak tengok apalagi baju baru yang ada, klik kat Katalog2 baju kat bahagian atas nun ye.
Oklah…..cam biasa. kalau tak kongsi cerita ngan korang memang tak sah. Apa citer hari ni?
Sori..gambar blur sikit. Cameraman tak pro. Lagipun cahaya terang sikit. Ambik gambar petang. Tak jelas sangat tapi nampak le kan.
Simple je ni. Baju persatuan. Semua design dibuat dalam page Buat Design Sendiri kat bahagian atas nun. Senang je. Korang pun boleh buat jugak.
Selain tu….
Yang ni untuk baju kelas kejuruteraan. Baju hitam print gold. Memang cantik & menyerlah. Tapi gold ni mahal sikit dari print biasa sebab gold kitaorang guna powder.
Yang ni pun sempoi jugak tapi susah time nak edit gambar sebelum nak print tu. Terutamanya bahagian depan. Tapi memang cantik bila dah print. Kaler putih tu 2 layer supaya kaler dia menyerlah. Kalau 1 layer je, nanti nampak kaler baju. Tak cantik. Nampak tak berkualiti.
Design asal baju ni customer lukis tangan je. Cuma dia akan bagitahu apa nama font untuk design2 ni. Kalau tak bagitau, susah skit kitaoran. Takut tak puashati nanti. Baik bagi terus nama font. Kerja kitaorang pun senang nanti. Belakang pun cantik sebab logo atas tu 2 kaler print. Memang puashati betul.
Yang ni saya nak tunjuk belakang je sebab depan lupa nak ambik gambar. Design nama2 dalam Tahun ni memang banyak kitaorang buat & memang glamer. Design camni le antara design yang mudah korang ingat sebab dah tahu dah mesti baju untuk batch yang lahir tahun 1998 ni. Design asal memang customer yang buatkan. Kitaorang just print je.
Yang ini pun customer lukis tangan je. Kitaorang lukis balik dalam komputer & ini le hasilnya. 1 kaler print. So, simple je.
So, setakat ni dulu buat kali ni. Ada menimbun lagi order kitaorang tengah siapkan ni. So, kalau sape2 nak order tshirt, tolong tempah segera ye. Jangan le order last2 minit. Dah nak ada majlis baru nak order. Bukan apa…nanti letih kitaorang. Samada kitaorang tolak atau kitaorang caj mahal sikit nanti sebab kena bayar OT pekerja nanti.
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Oklah..sampai jumpa lagi ye korang. Korang kontek je kitaorang. In Sha Allah, kitaorang akan layan sebaik mungkin ye.
Baibai..tata…titi…tutu…..
Ikhlas dari kami :
Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbaju.com
www.cetaktee.com
www.mohcetakbajuiam.com
Posted on 02/08/2015, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju murah, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, design baju, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, tshirt cetak, tshirt group, tshirt keluarga, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0