Maaf…tempahan siap 2 ke 3 minggu lepas deposit je kami terima sekarang ni!!!

Raglan Kod 1028 Charcoal CopyHai & Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar semua? Alhamdulillah…zaman jerebu dah berlalu. Syukur kepada Allah & semoga cuaca yang baik camni kekal sepanjang masa. Cuma risau pasal banjir lak ni. Doa2 le supaya tak ada le banjir besar cam tahun lepas berlaku lagi.

Ok….rasanya kat sebulan saya tak update blog saya. Maaf sangat2. Bukan lupa atau bisnes dah slow tapi kebelakangan ni tempahan naik mendadak terutamanya tempahan dari budak kelas. Semua nak segera sebab nak kejar cuti.

Bulan ni saje tempahan sekali ganda dari tempahan bulan2 biasa.

Itu le….saya dah pesan awal2 lagi hari tu supaya tempah awal2. Kang dah lewat ni.

Ni saya nak bagitau ni, memandangkan order agak melebihi kemampuan kami(kali pertama tahun ini & kali ketiga semenjak tahun lepas), so kami terpaksa hadkan tempoh siap dalam 2 ke 3 minggu ke atas selepas dapat deposit. Ini bermakna sape2 yang nak urgent, minggu depan atau seminggu lepas buat deposit, saya tak dapat tunaikan.

Ini kerana order yang ada sekarang ni pun dah menimbun2 & saya risau kalau saya tamak, order tak siap & nanti kena marah dengan customer kalau tak siap nanti.

So, jalan selamatnya….saya terpaksa janji 2 ke 3 minggu ke atas lepas dapat deposit ye.

Tapi kalau order lain siap cepat, saya akan cuba siapkan order lain juga dengan cepat.

Harap korang memahami le ye. Kalau tak buat camni, kami mungkin takkan tidur langsung sebab nak siapkan order korang nanti. Ini pun kami dah drag waktu printing ke malam & hujung minggu. Kalau tak…jenuh jugak nak siapkan semua tu.

Oklah….saya tak nak cerita panjang pasal tu. Tapi kalau korang nak order & tak urgent, tempahan korang sangat2 dialu2kan.

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Hoodie Raglan Matahari copy Raglan Enzo 2 copy Raglan Enzo 1 copy Baju Raglan matahari

Ini antara baju yang kitaorang promote & banyak lagi kat page katalog2 baju kat atas nun.

Apa cerita kitaorang hari ni?

baju kelas

baju kelas

Baju ni simple je. Just nama, nombor & tulisan depan. Geng BFF ni. Harga 1 nombor lain & 2 nombor lain ye. Bgtau kitaorang nanti kalau berkenan nak print baju camni ye.

tshirt hari sukan

hari sukan negara

Yang ni logo Hari Sukan Negara. Tempahan baru2 ni masa hari sukan negara baru ni. Ada 4 kaler. Kalau solid kaler camni memang agak mudah nak print. Kalau yang abstrak tu susah sikit tapi In Sha Allah, akan datang saya akan buat yang abstrak lak.

tshirt group

Yang ni just print 1 kaler depan je. Customer biasa bagi design dalam jpeg & saya akan edit balik design tu tapi kalau saya tak sempat saya akan bagi kat designer saya. Designer saya duduk kat Johor & tak pernah jumpa dah. Rasanya dah setahun dua guna khidmat dia. Alhamdulillah…memang tak mengecewakan. Memang puas hati betul.

So, bagi korang yang risau takut design tak cantik, saya akan gerenti. Memang cantik & sharp punya.

baju kelas

tshirt kelas

baju kelas

Yang ni customer sendiri bagi design. Saya touch up balik supaya nampak lebih cantik.

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang ni customer buat dalam customink.com. Untuk anak2 murid diaorang. Cuba tengok gambar bawah ni. Seronok benor depa dapat baju tu.

Tshirt kelas

Oklah..setakat ni dululah ye. Memang sangat sibuk sekarang ni. Tu yang saya boleh janji 2 ke 3 minggu ke atas lepas dapat deposit baru boleh siap tu.

Kalau nak urgent, memang tak dapat. Bukan apa…kalau tak sempat siap, jenuh kitaorang kena marah nanti.

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Ok..jumpa lagi. Baaaiiii…

Yang disini buat disana,

Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbaju.com
www.mohcetakbajuiam.com
www.cetaktee.com

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 03/11/2015, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju Kelas, Baju santai, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: