TEMPAHAN MASIH DIBUKA. ORDER SEGERA SEBELUM TERLEWAT!!!
Hai & Salam Cetak Baju kepada semua,
Berjumpa lagi kita dalam blog kitaorang yang masih bertahan semenjak Tahun 2011.
Hari ni dah masuk bulan 10/2015. Maknanya…kurang lebih 2 bulan lagi Tahun 2015 nak tamat.
Nak tanya ni……korang dah ada ke kenangan yang korang nak ingat dalam Tahun 2015 ni terutamanya kenangan manis bersama group korang?
Bukan apa….disamping saya nak promote TShirt untuk korang, saya juga nak ingatkan supaya korang yang ada group seperti group kelas, reunion, BFF, persatuan, group motor, geng muzik dan macam2 lagi supaya mempunyai ada satu kenangan terindah dalam hidup korang.
Selain buat aktiviti bersama, korang juga patut ada TShirt group korang yang korang boleh ingat sampai bila2.
Saya suka sangat buat contoh tshirt group kitaorang masa belajar kat UKM dulu. Time tu dah nak grad dalam Tahun 1999. Kitaorang group jantan2 Sado ni buat le baju group sendiri. Siap ada nama & nombor masing2 lagi kat bahagian belakang tu.
Baju ni memang special betul sebab apa sahaja yang aktiviti kitaorang guna baju tu. Main bola, piknik, jalan2 dan macam2 lagi aktiviti. Seronok oooo…..
Pastu, nak dijadikan cerita…..masa tu ada kawan pompuan sorang tu, nak jumpa saya time konvo. Masa tu saya pakai le baju group tu & ada nama belakang sekali. Hari tu, dia ngan adik dia melilau cari saya. Tiba2….saya rasa ada orang tepuk belakang saya. “Ni abang Nik ye?” tanya budak tu. Saya sedikit terkejut beruk sambil tanya balik…”Haah…adik ni sape?” Jawab budak tu…”Saya adik Kak Salina.”
“Oooo ye ke…?”jawab saya dalam terkejut lagi. “Kak Salina nak jumpa. Kat sana.”
Saya pelik sebenarnya camane dia dapat tahu nama saya. Rupa2nya saya pernah bagi gambar saya pakai baju tu dulu kat Kak Salina. Pastu dia nampak lak belakang nama tu NIK, tu yang senang kenal tu.
Dipendekkan cerita, dengan sebab baju tu jugak le saya berjumpa jodoh ngan Kak Salina.
So..tu le sebabnya saya cadang kat korang buat TShirt group korang cepat2. Bukan nak suruh jumpa jodoh cepat…..hihihi. Tapi nak bagi seronok bila ada baju kenangan ngan kawan2 nanti.
Oklah…..hari ni tak nak cerita panjang. Nak kongsi baju apa yang terkini sekarang ni.
Untuk pengetahuan korang, ada baju Raglan Kelabu, hitam lengan panjang & pendek terbaru untuk korang.
Memang sesuai untuk korang yang sedang cari TShirt group lain dari yang lain.
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Muslimah pun ada tambahan lagi. Tapi yang ni hanya sebahagian je. Korang skrol ke atas balik, bawah header atas nun & cari je Katalog2 yang korang berkenan.
Kalau nak baju jersi lengan panjang pun banyak lagi pilihan lain….
KLIK SINI UNTUK TENGOK MACAM2 LAGI PILIHAN BAJU JERSI LENGAN PANJANG TU…..
Oklah tu…..apa cerita hari ni?
Design ni saya lukis sendiri je. Customer bagi contoh design, pastu saya lukiskan balik. Pastu, tunjukkan kat dia & terus dia setuju.
Tapi design ni sebenarnya dia suruh tiru daripada satu design yang saya pernah buat sebelum ni. Cam bawah ni….
Tapi yang ini lebih dari 2 kaler. Tapi customer tu nak jimat bajet, so dia mintak buat 2 kaler je.
Selain daripada tu….
Yang ni pun cantik. Kombinasi kaler dia memang naik. Buat atas baju kain jersi kod 1804 lengan pendek & lengan panjang.
Baju ni memang ramai yang order. Mungkin sebab lain dari yang lain kot.
Design ni pun sempoi jugak. Customer main lukis tangan je atas kertas. Pastu designer saya lukiskan balik. Kombinasi kaler pun cantik.
Ada 2 jenis baju yang diaorang pakai. Mula2 print oren, pastu tindih hitam. Alhamdulillah….sekejap je print.
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Yang ni saya tak tahu group apa. Diaorang geng2 remaja mintak saya printkan. Saya dah remaja purba. Tak tahu sangat pasal baju2 diaorang ni. Jangan print baju tak senonoh udah.
Ni design asal gambar baju budak2 tu tapi saya tak ada design baju camtu. Saya suggest guna baju dalam katalog saya. Lagipun, diaorang nak cepat ni sebab nak pegi ke Turki. Tu yang saya suruh dia pilih je baju mana yang ada.
Ni design asal & saya tukar dalam komputer macam kat atas nun.
Ini baju kelas jugak ni tapi yang ni customer dah siap2 designkan dalam komputer. So, mudah sikit saya nak pecahkan kaler ikut blok & print.
3 kaler depan & 3 kaler belakang. Agak ambik masa jugak sebab nak tunggu kering satu2 design.
Yang ni simple je. Customer yang bagi semua detail & design. So, cepat sikit kalau camni.
Oklah…rasanya setakat ni dulu buat kali ni.
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Sebelum saya berundur, sekali lagi nak bagitau ni….kalau rasa2 nak order baju, tolong buat segera ye sebab sekarang ni dah banyak sedang menunggu. Lagi lama korang tunggu, takut lagi lama dapat baju tu nanti.
So….order segera ye.
Sampai jumpa lagi…baaaiiiiii….
Yang sentiasa ingin membantu,
Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
Posted on 10/10/2015, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju jersi, baju kelas, baju murah, baju sukan, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak jersi, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, design baju, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, tshirt cetak, tshirt group, tshirt murah, tshirt online, tshirt raglan. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0