Pengalaman cetak tshirt pilihanraya umum… 

Assalam,

Apa khabar semua?

Nampaknya pilihanraya umum negara kita datang lagi.

Kebiasaannya… Situasi sama je bila tiba part nak order tshirt pilihanraya ni.

Lagipun kitaorang dah 8 tahun dalam bisnes tshirt online ni.

So.. Kira 2 kali lah kitaorang berpengalaman deal dengan orang nak buat tshirt utk pilihanraya ni.

Apa yang saya cerita ni bukan nak kondem mana2 parti politik tapi just nak share ngan korang situasi yang kitaorang hadapi bila time pilihanraya ni.

Saya tak tahu pengalaman orang lain tapi ini adalah pengalaman kami sendiri.

Lagi satu……untuk korang bersedia kalau ada yang nak order tshirt pilihanraya supaya korang tak terkejut nnti.

Bukan apa….kalau kena cara & gayanya…TShirt Pilihanraya ni boleh jadikan kita kaya raya atau papa kedana.

Kalau jadi kaya raya tak apa..seronoklah jugak tapi kalau papa kedana, tak ke melingkup terus bisnes kita lepas tu.

Nak bayar supplier pun tak mampu & supplier pun tak percaya dah kat kita.

So….ni antara pengalaman2 yg saya tempuh sebelum ni & apa yang saya buat bila jadi perkara tu…

1. Pru 13 dulu.. Ada customer tanya nak order 100, 000 lai tshirt politik tapi bajet rm1 selai.

Sy terus rejek sebab nak cover kos pun tak mampu dengan rm1 selai tu.

2. Ada kawan kepada kawan.. Dia cerita.. Ada parti politik yg order bju beribu2 lai dgn dia tp baki tak bayar2 walaupun dah habis pilihanraya.

Dia terpaksa tutup kedai sebab tak mampu bayar hutang kat supplier.

So.. Kena berjaga2 & berhati2.

Kalau saya sendiri.. Sy akan mintak deposit dalam 70% supaya dapat cover kos & dapat untung sikit kalau customer tak dapat bayar baki nanti.

3. Baru2 ni ada yg tanya nak 5,000 helai tshirt.  Ada 5 tempat nak print & lengan panjang.

Bajet rm3 selai… Saya tolak jugak sebab nak cover kos pun tak lepas.

4. Ada customer yg mark up atas markup atas mark up..banyak layer mark up.. Tu yg bajet ciput je.

Biasanya pihak parti politik tu tak dapat cari kat lain, dia pun war2 kan sape dapat order, boleh ambik untung lagi.

Pastu bila dah banyak layer…tu yang last2 sekali jadi RM1 je selai tu….hehehehe. Jual spender selai pun tak lepas.

5.  Semalam(10/4/2018) ada lagi customer call nak order 50, 000 lai TShirt pilihanraya.

Maaf…saya rejek awal2 sebab dah last minit.

Bulan depan dah nak mengundi…mana ada kakitangan nak siapkan baju tu. Pastu bajet mesti ciput tu.

Jalan selamat…tolak je. Kalau terima..maknanya mencari nahas le…

Tapi kalau kitaorang ni kilang besar & ada pekerja beratus2 orang, mungkin kitaorang terima.

Biasa projek2 camni….kilang2 besar lah yang sapu sebab selain dapat bagi murah, diaorang ada staf yang ramai.

Tak takut kalau nak siap cepat.

So..itulah antara pengalaman kitaorang deal dengan pihak2 parti politik yang nak buat TShirt tu.

Macam yang saya sebut tadi…kalau kena gaya, boleh jadi kaya raya & kalau tak kena gayanya….mau papa kedana.

So..berhati2 lah ye….

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!


CUSTOMER DESIGN….KAMI CETAK!
Selama 8 tahun dalam bisnes cetak Tshirt Online ni….sebahagian besar design yang kami terima adalah design dari customer sendiri.Kitaorang pernah jugak buat design TShirt yang ready tapi last2 sekali design dari customer jugak yang jadi pilihan.

Kalau contoh design kitaorang kebanyakan design Family Day..yang tu banyak customer pilih design kitaorang.
Cer KLIK SINI untuk tengok antara Design TShirt Family Day yang kami ada.

Actually bukan kami tak nak designkan tapi kami pernah buat tapi susah sangat customer nak puas hati.

Asyik edit je. Banyak buang masa kami. So..last2, baik customer je siapkan terus..lagi senang.

Ada jugak customer prepare design secara lukis tangan….yang tu kitaorang boleh terima.

Sebab design dah ada…cuma nak tukar ke dalam komputer je.

Cam design bawah ni….

 

Banyak jugak design lukis tangan yang saya dapat….pastu kitaorang transfer ke design yang lebih cantik guna komputer tapi ada caj sikit le.

So…korang jangan risau kalau tak reti guna komputer…lukis tangan pun boleh.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Bagi korang yang rasa2 nak design yang tak mahal sangat bajetnya…kat sini saya bagi tips sikit camane nak bagi satu2 baju tu murah je harga dia & korang mampu nak beli….

1.  Design yang tak terlalu besar.

Lagi kecik, lagi murah….lagi besar, lagi mahal.

2.  Jangan terlalu banyak warna. Nak jimat boleh try 1 kaler print je.

Yang tu murah berbanding kalau banyak warna nak print.

3.  Design yang simple & tak terlalu komplikated.

Contohnya….design tulisan atau nombor yang sama setiap baju.

Kalau design komplikated, takut kena caj upah design.

4.  Nak murah…design dah siap vektor atau buat outline dalam Adobe Illutrator.

Kalau design dalam format jpeg, png atau psd…kalau pecah saya kena edit balik. So…nanti kena caj edit semula.

5.  Pilih design yang kitaorang sediakan dalam blog..yang tu dapat murah sikit.

Sebab design tu saya dah ada softcopy & just edit wording je….tu yang dapat murah sikit.

DESIGN TSHIRT KELAS>>>KLIK SINI

DESIGN REWANG/KAHWIN>>>KLIK SINI

DESIGN TSHIRT FAMILY DAY>>>KLIK SINI

So…ini antara tips2 yang korang boleh guna kalau nak jadikan harga baju korang murah sikit.

Ok…apa cerita cetak TShirt kita hari ni….
Ini TShirt budak2 kaunseling atau bidang Psikologi. Depan 1 kaler & belakang 2 kaler.

Semua design & font diaorang bagi. So..mudah sikit time nak print tu.

Yang ni lak TShirt grup bowling. Depan logo bowling 3 kaler & belakang 1 kaler. Siap ada nama sorang2 lagi.

Memang sempoi. Tshirt bowling antara TShirt yang banyak jugak kitaorang terima tempahan.

Yang ni print kaler gold guna silkscreen printing.

Print gold ni ada 2 cara…1 cara guna silkscreen printing & satu lagi guna stiker atau vynil.

Tapi print gold ni kos nya agak mahal sikit berbanding print kaler biasa sebab kena guna special dye.

So..sape2 yang ada bajet besar untuk TShirt diaorang….boleh try print gold. Memang berbaloi.

Nak cerita sikit ni……buat Tshirt ni agak mencabar sikit. Bukan mencabar nak print tapi proses nak buat baju ni.

Customer ni nak baju ni agak urgent…kurang dari seminggu tapi memandangkan logo guna stiker, so saya kena order stiker dari luar.

Tiba2 problem time nak pos stiker tu & terpaksa guna bas. Bas sampai kat area kedai dalam kul 1 tengahari & pos 5 petang hari yang sama.

Alhamdulillah…nasib baik customer dapat on time & sempat guna untuk event diaorang.

Kalau tak…masak jugak kitaorang…hehehehe.

Tu le….kadang2 kitaorang risau kalau nak ambik order urgent ni sebab libatkan pos. Kalau tak..jadi le cam cerita ni.

Yang ni TShirt untuk pelancong2 gi Langkawi.

Kombinasi warna yang dipilih memang cantik.

Ada 3 warna….hitam, kuning & pink. Memang naik menyerlah.

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Ok…setakat ni lah dulu ye.

Jom join kami untuk buat duit dengan bisnes TShirt korang & jadi ejen TShirt kami…

Ok…samapi jumpa lagi…baaaaiiiiii….

Dari Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 11/04/2018, in Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: