Cipta Design Cetak TShirt Sendiri guna apps atau website je…MUDAH SANGAT!

Hai & Salam Cetak Baju Semua,

Apa khabar? Harap2 korang sentiasa sihat selalu & sentiasa dijauhi dari bala bencana terutamanya dari penyakit Covid-19.

Alhamdulillah…kami semua sihat & syukur sangat2 sebab tempahan cetak TShirt kami kembali meriah macam sebelum PKP hari tu.

Walaupun promosi kami belum betul2 agresif tapi syukur tempahan makin meningkat terutamanya dari regular customer kami.

Diaorang semua masih order dengan kitaorang sejak beberapa tahun dulu sampai sekarang.

Terima kasih sebab membantu & menyokong kami selama ini.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

So…hari ni, saya nak kongsi ngan korang semua pasal apps atau website yang korang boleh guna untuk reka design cetak TShirt korang sendiri tanpa perlu keluar duit upah designer luar atau pening kepala nak lukis design tu sendiri….

Bagi sape2 yang guna komputer atau notebook, korang boleh cuba beberapa website ni untuk design TShirt korang tu sendiri ye…..

  1. www.customink.comWebsite ni dah beberapa tahun saya tumpang guna & dah ramai sangat customer saya guna untuk buat design TShirt diaorang.Jangan pulak pegi order baju tu kat situ sebab website tu orang putih punya….saya just tumpang je.Dah siap designkan snap gambar baju tu atau klik submit & Send ke emel saya di adminkomisen@gmail.com untuk dapatkan harga.Kalau nak cepat…hantar gambar baju tu ke Whatsapp kami di 0192254028 (Abg Nik) / 0193643692 (Kak Salina)

  2. https://www.spreadshirt.com/Yang ni satu lagi tempat nak reka design tu sendiri.Sama macam Customink….website tu dah siapkan sekali apa sahaja design yang korang nak letak atas baju tu.Kalau korang tak berkenan dengan design yang diaorang sediakan tu…..upload je design sendiri.Dah siap buat…Send kat kitaorang untuk dapatkan harga.

  3. https://www.rushordertees.com/Ni ada satu lagi contoh website yang korang boleh guna untuk reka design cetak TShirt tu.Mostly dia punya function semua lebih kurang sama je tapi beza ialah gambar2 yang diaorang sediakan dalam tu lain dari lain.Cuma kalau tak berkenan…boleh je upload design sendiri nanti.

  4. https://www.uberprints.com/studioWebsite ni juga antara website yang boleh korang try kalau nak.Uberprint ni kalau tak silap….dah lama jugak dalam online sama macam Customink.Rasanya Customink adalah antara website terawal yang sediakan servis buat design atas baju secara online ni.

 


Kalau ikutkan ada macam2 lagi website yang sediakan servis buat design sendiri ni.

Cuma ikut atas selera masing2 je sebenarnya.

Bagi kitaorang…..janji dapat bantu korang untuk buat design tu dengan mudah tanpa pening kepala.

Macam iklan Panadol tu……”Anda rasa saya ada masa untuk pening kepalaa!!!” 🙂

Kalau nak cari yang lain lagi…korang Google je (t shirt design creator online).

Nanti berderet2 keluar macam2 website yang korang boleh cuba.

Itu kalau guna website….kalau guna handphone, korang boleh cari dalam Google Play atau Apple Store.

Korang cari je (tshirt editor design app) atau apa je keyword yang berkaitan dengan design tshirt sendiri tu.

Kat bawah ni antara contoh TShirt yang customer designkan guna website tu & kitaorang printkan untuk diaorang….

 

Ni antara baju2 yang menggunakan website yang saya cerita kat atas tadi.

Actually banyak lagi design lain tapi gambar banyak sangat….tak dapat nak pastikan mana yang guna website tu & mana yang guna design sendiri.

Tapi kalau korang tak nak jugak gunakan website & apps tu…korang boleh je gunakan design korang sendiri,

Terpulang nak guna lukis tangan ke atau nak lukis atas Photoshop ke…..janji korang ada design2 tu untuk kitaorang bagi harga & printkan nanti.

So…jom reka design korang sendiri & dapatkan harga dengan kami sekarang!

Ok…macam biasa….apa cerita cetak TShirt yang saya nak kongsi dengan korang hari ni….

Ni kalau ikutkan baju korporat ni tapi kitaorang print kat bahagian belakang dia.

Biasanya sulam tapi customer ni nak print.

Tapi cantik jugak & murah lagi dari sulam. Depan logo sulam.

Ni baju budak ni….siap buat nama sorang2 lagi.

Cetak kaler gold tapi bukan gold shining. Gold biasa tapi still ok.

 

Ini baju syarikat ni…..belakang 2 kaler & depan 1 kaler print.

Baju jenis microfiber brand Enzo. Ni regular customer ni. Dah berapa kali dah order dengan kitaorang.

Ni baju syarikat ni….banyak jugak customer ni order. Terima kasih Tuan Zainal.

Guna baju polo brand Oren Sport…kain dia pun ok.

Sesuai untuk pekerja pejabat untuk buat aktiviti indoor atau outdoor.

Ni lak tempahan dari dropshipper kami.

Customer ni buat pre order & pos setiap helai tu ke tempat setiap customer dia.

Mudah…tak payah pening2 nak packing & nak pos satu2 baju tu.

Semua kitaorang yang buatkan.

Yang ni baju syarikat…depan belakang cetak 2 warna. Belakang cetak gold putih & depan gold biru.

Memang menyerlah warna dia.

Ok lah…rasanya setakat ni dulu buat kali ni.

Kalau nak order baju tu…boleh kontek kami terus…

Sampai jumpa lagi…..baaiiii……

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 18/07/2020, in Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: