Category Archives: Baju Kerja Kawin @ Rewang

Lagi cerita pasal tshirt kawin ngan tshirt group…..

Hai,

Pekabo? Masih mencari tempat untuk cetak baju ke? Buat apa susah-payah cari & terus mencari sedangkan sini pun boleh buatkan. Cuba u all pikir. Kalau buat kat luar, kena bayar harga baju ngan printing jer. Tak payah pikir pasal kos pos le..kos membungkus le…kos itu ngan kos ini le..

Sama gak macam servis yang kitaorang bagi ni. Cuma bayar harga baju ngan printing jer. Kos pos tak payah pikir dah sebab semuanya kitaorang tanggung. Macam ada sorang Cikgi kat Dungun. Dah 2 kali ode ngan kitaorang. Dua2 takyah bayar kos pos. Semua ditanggung beres.

Macam yang saya citer sebelum ni, antara sebab saya bagi kos pos free ni sebab saya nak customer tengok website saya lain dari yang lain. Orang lain semua letak kos pos…saya punya tak payah fikir pun tentang tu. Kalau lepas ni ada yang buat kos pos free jugak, mungkin saya kena tambah lagi strategi lain le pulak kot. Tapi setakat ni kos pos masih lagi free, kosong, yillek, nehi, inspektor sahab he…

Baru2 ni adik kat kampung ada order baju kawin 50 lai…walaupun adik sendiri pun, kos pos tetap free. Tp baju tu sebenarnya bukan untuk dia pun, untuk sepupu orang rumahnya. Kos posnya boleh tahan jugak tapi apa boleh buat, dah janji free. Free le kena bagi. Cer tengok gambar2 baju tu kat bawah ni….

cetak tshirt orang kawin

Ni design bahagian belakang ni. Nak tahu apa benda “Bekwoh” tu? Mengikut terjemahan bahasa sanskrit utara bilangan 7 kali 8, Dewan Makan Asrama Putera…”Bekwoh” bermakna “Big Work” iaitu “Kerja besar”. Maknanya kenduri kawin le tu. Orang pantai timur memang canggih gak bab2 bahasa ni.

Ni lagi antara design2 yang kitaorang sempat “catch the picture” :

t shirt kahwin

tshirt kahwin

t shirt kahwin

Yang sebenarnya ada lagi gambar design kat bahagian depan. Dia buat kat bahagian dada kiri, gambar love tapi lupa nak ambik gambar. Baju dah pos dah…aisey! lupa le.

Design ni diaorang bagi jenis tulisan & kitaorang buatkan gambar orang tu. Yang lain tu, saya touch up skit2 le.

Yang kat bawah ni lak, baju untuk geng Photographer. Diaorang buat untuk 1 group. Design diaorang sendiri yang buat. Tak ada adjust apa2 pun. Terus jer print atas blok. Ni gambar nya…

cetak t shirt group

Diaorang buat ari tu dalam 10 lai. Rasanya le kot. Sebahagian berkolar & sebahagian roundneck. Ni lagi gambar baju tu…

cetak tshirt groupt shirt grouptshirt cetak

cetak tshirt

Kalau baju hitam, biasanya saya buat design kaler putih. Nanti naik menyerlah skit. Kalau tak buat putih, saya buat kelabu. Kelabu pun naik gak warna dia. Semua tshirt ni saya dah pos siap kat diaorang. Kalau nak buat fotografi, boleh panggil diaorang ni. Nombor telefon ada kat baju kat atas tadi.

So….takat ni dulu hari ni. Lepas ni saya citer pasal tempahan paling mencabar yang saya pernah buat lak. Camane tak mencabar…saya kena buat 7 blok untuk 7 kaler. 5 blok saiz A3 & 2 saiz A4. Pastu pulak nak asingkan warna ambik masa 2 hari..tapi berbaloi le dengan harganya. Tunggu citer saya lepas ni ye.

Cam biasa…kalau nak tempah baju..jangan segan, jangan silu. Call, sms atau emel kitaorang. Insya Allah! korang akan berpuashati ngan servis kitaorang nnti.

Ok…see you next time. Bai….

Baju rewang ataupun baju kerja kawin 2011…..

 

Kumprak! kumprum! Kumprak!Kumprak! Kumprum!……..(bunyi kompang). Chewah! teringat masa kawin dulu. Almaklumlah! cuti sekolah ni berderu-deru orang pakat kawin.

Tapi sayang, time saya kawin dulu tak ada pun buat baju tshirt khas untuk famili & pekerja2 kawin. Tapi sekarang kalau nak buat, senang sangat sebab banyak tempat boleh buat.

Kitaorang pun nak promo baju kawin ni sebab ada sentimental value ngan baju ni. Bila dah beranak pinak nanti, baru le teringat2 time kawin dulu. Terutamanya bila merenung balik baju yang korang tempah masa tu.

Itu le pentingnya baju kawin ni. Cuba tengok cam gambar kat bawah ni yang aku dah siapkan sebelum ni. Siap ada tarikh kawin lagi. Mesti brader yang tempah ni, terkenang2 masa kawin kalau dia belek2 balik baju tu satu masa nanti.

cetak baju kawin

Biasanya baju kawin simple je. Kadang2 ada tulis Ina & Ali le, Siti love Karim le tapi baju ni saya punya idea sendiri. Buat gambar kartun, nama & siap ngan tarikh kawin lagi. Brader ni order hari tu dalam 25 lai. Kejap je siap.

Kat bawah ni aku letak lagi baju2 yang dah siap cetak untuk tatapan semua.

Ok…..disamping tu, nak citer jugak pasal baju2 lain ni skali. Bukan apa, nak bagi korang yang teringin nak order baju tapi cam tak konfiden jer…betul ke mamat ni jual baju ni. Cam tak caye jer?

Kat bawah ni saya kepilkan lagi gambar2 baju yang dah siap cetak & siap ngan orang yang tempah tu skali. Alang2 datang ambik baju tu, saya suruh posing skit sebab nak masuk blog ni. Cer tengok gambar ni….tengok tau…..

cetak tshirt

cetak baju

Hehehehe….mintak2 adik2 ni tak saman le kitaorang sebab dah upload gambar diaorang dalam blog ni. Sporting le adik ni.

So, korang pun apalagi. Jangan malu, jangan segan. Kalau nak order & nak tahu harga bajet baju korang, sila le masukkan maklumat you all kat page “Nak tahu harga tak?” kat page atas nun ye.

Kalau nak dengar suara kitaorang yang manja & lemak merdu ni, bila2 masa boleh call kat no.hp seperti yang tertera kat atas nun juga.

Ok..jumpa lagi dilain siaran. Selamat Bercutiiiiii!