Tempahan Tshirt Paling Simple…..

Simple je design dia...gambar buaya je.Ini untuk tadika kat sekolah kat Sg.Buaya, Seberang Perak. Tu yg gambor buaya tuh...
Hai,
Jumpa lagi….hari ni nak citer pasal tempahan tshirt yang kitaorang dapat baru2 ni. Simple gilleer. Gambar buaya je. Itupun kecik je sebelah dada kiri.
Cikgu tadika yang tempah baju ni untuk hari sukan sekolah diaorang. Nama pun Kg.Sg.Buaya. Design pun gambar buaya jer….
Tapi yg speselnya design dia kitaorang buat timbul (emboss)….jangan tak pecaye. Kitaorang pun boleh buat design timbul. Cuba korang rase kat design tu, timbul tak…..heheheh. Jangan rase lak. Tapi memang aku cakap btul ni, memang design dia timbul. Korang kalau nak pun boleh gak..
Cuma kalau nak buat design timbul ni kena caj lebih sikit dari biasa (sikit jer) sebab untuk jadikan timbul tu kitaorang kena letak dye emboss (spesel skit) & pastu kena iron skit supaya dia timbul.
Tapi bukan nak angkat bakul le…memang canteeekkkk. Kalau korang tengok memang terpegun le. Siap nganga lagi kot…heheeh.
Kat bawah ni aku letak lagi gambar2 yang sewaktu dengannya untuk korang perati betul…mana tahu korang nak cuba buat design camni lak ke…
- Agak2 nampak tak design tuh….cam kecik je gambar dia.
- Tengah2 rumah jemur baju.Nasib baik mak mertua sporting…hehehe
- Simple & sempoi….
- Simple je design dia…gambar buaya je.Ini untuk tadika kat sekolah kat Sg.Buaya, Seberang Perak. Tu yg gambor buaya tuh…
- Dari jauh macam cicak lekat kat baju jer….
- Ni nampak dekat skit…nampak timbul tak….kalau tak nampak…….hehehh (cam P Ramlee lak)
- Cam biasa..tengah jemur le ni…
Korang kalau nak order, cam biasa….jangan malu, jangan segan. Call or sms kitaorang seperti nombor kat atas nun. Kalau nak tahu harga ikut bajet korang, klik pada page “Nak Tahu Harga Tak?” seperti kat atas nun jugak. Nanti kitaorg bagi harga selai cam yang korang hantar tu.
Ok…jumpa lagi….chow dulu…bai…..
Posted on 27/10/2011, in Baju santai, Umum and tagged baju cetak, baju kelas, baju sukan, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, cetak tshirt kartun, contoh design baju kelas, print, print baju, printing baju, printing tshirt, tshirt cetak, tshirt couple, tshirt kartun, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0