Tempahan TShirt couple dan TShirt family

cetak baju couple

Assalamualaikum & Salam Cetak Baju,

Huaaargh……letihnya. Semalam baru balik dari Langkawi ada kursus.Pukul 12 mlm baru sampai.

Minggu depan ada kursus lagi, seminggu. Hari ni duk pulun buat 5 ke 6 blok untuk orang tempah sebelum ni. Almaklum le, orang rumah pandai print jer. Blok ngan design saya yg buat. Orang lain pegi kursus cetak baju, org lain lak yang terer.

Esok ada lagi blok kena buat. Alhamdulillah, mencurah2 rejeki datang. Online pun ada, tak online pun ada.

Ni sebenarnya masih letih lagi ni tp kuatkan jugak bukak komputer sebab ada org order online hari ni.

So, alang2 bukak komputer tu, saya nak berkongsi skit pasal buat baju couple sebelum ni. Diaorang suruh buat gambor kat atas nun. Simple jer. Kaler oren jer. Korang kalau nak order untuk balak ke, awek ke, sepasang ke, husband wife ke, mak ayah ke, atuk nenek ke, aci aney ke….semua kitaorang boleh buat.

Selain drpd TShirt couple, saya ada gak terima tempahan untuk family baru ni. 6 lai untuk anak2 dia. Akak ni duduk kat Skudai, saya duduk Perak. Dalam tak smpai seminggu siap. Hari tu ada jugak mintak jadi testimoni, tapi sibuk lagi kot.

Cer tengok contoh2 baju yg akak tu order baru2 ni + tshirt couple skali.

Korang kalau ada hasrat nak order baju cam akak ni, feel free untuk kontek/sms saya seperti nombor kat atas nun.

Kalau nak tahu harga, klik jer page”Nak tahu harga tak?” seperti kat atas nun jugak.

INGAT…..MANA LAGI NAK CARI WEBSITE CETAK BAJU YANG BAGI KOS POS PERCUMA KALAU TAK WEBSITE NI….PIKIR2KANLAH….

Ok…jumpa lagi dilain siaran. Baiii….

Nik
0192254028

Nota : Baju kelas sendiri adalah antara kenangan yang tak boleh dilupakan sehingga bila2. Letak semua nama student satu kelas pd satu baju hari ini….jangan buang baju tu, pastu cuba tengok balik 10 ke 20 tahun akan datang, pasti teringat2 zaman dahulu. Betul tak? 

About Nik

Saya adalah seorang peniaga TShirt bercetak yang aktif di kampung saya.

Posted on 18/11/2011, in Baju santai, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. baju couple nie klau saiz lain2 boleh ker?

  2. kalau nak tempah printing t-shirt couple, blh tk?

  3. kalo nk wat baju ltak gmbr sye dan pkwe sye leh x?

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: