Apa korang perlu tahu sebelum order baju ngan kitaorang?

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Nampaknya kita dah smpai ke penghujung bulan Syawal dah. Kejaaaap je. Rasa macam baru lagi pose. Tahun ni sayang betul. Tak sempat nak buat pose nam. Tahun lepas buat. Ntah apasal ntah. Ingatkan dapat pose.

Itu le…mungkin sibuk sangat ngan cetak baju ni kot. Sejak 2 menjak ni, order makin bertalu2 masuk. Emel pun penuh sentiasa. Bukan tak bersyukur. Syukur sangat, rezeki Allah bagi tapi cuma takut tak sempat. Tapi bila pikir2 balik, sempat je print. Insya Allah, semua on time.

Cuma kan….nak bagitau skit le. Ramai yang emel kat saya pertanyaan2 yang saya dah sediakan dalam Soalan Lazim. So, saya mintak le jasabaik kengkawan yg melawat blog saya ni, cuba intai2 skit kat soalan lazim sebelum tanya saya.

Bukan apa….takut terlepas pandang. Korang jangan risau, satu hari 4 ke 5 kali saya akan bukak emel. Almaklum le sekarang ni dah ada tablet. Bukak je kat mana2, terus jawab emel. Kalau boleh tengah uuukk pun nak jawab gak tapi apakan daya, nanti tak berakhlak le pulak. Kita ni nak rezeki berkat. Bukan main hentam je.

Ok…hari ni saya nak citer kat korang pasal apa ke benda yang korang kena tahu sebelum order baju kat mohcetakbaju.com ni…cer tengok list kat bawah ni :

1.  Kalau korang dah ada detail nak order baju, korang terus je isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?’ kat bahagian atas blog ni & pastu tolong emelkan design skali utk saya bagi harga ikut maklumat yang korang bagi tu. Kalau tak, memang saya tak dapat bagi harga.

2. Kuantiti tempahan kitaorang ambik minimum 5 lai ke atas. Bukan apa, takut yang sikit2 ni tak sempat buat sebab benda sikit. Kalau yang banyak ni tumpuan lebih skit, dok gitu?

3. Kalau korang tak ada design lagi, apakata korang tengok kat blog saya, pastu kalau ada yang berkenan, emelkan gambar design tu lepas isi form. Boleh saya bagi harga terus nanti.

4. Kalau korang lukis, boleh gak. Pastu, scan & emel.

5.  Kalau nak baju custom made (lain dari yang dalam katalog kitaorang), kitaorang terima order 50 lai ke atas je.

6.  Saya tak mampu nak bagi harga melampau rendah sangat macam kilang bagi sebab saya bisnes sederhana je. Lagipun, saya bukan pemborong baju. Mana yang rasa bajet dia rendah, apakata korang survey je kat website lain. Saya tak sanggup bagi…..sori ekk.

7.  Harga yang kitaorang letak ni sama je samada online atau offline. Kalau datang ambik sendiri pun sama & online pun sama. So, kalau online tu saya rugi skit kat pos tapi tak apalah, janji bisnes jalan. Betul tak?

So..rasanya itu je beberapa perkara yang korang perlu tahu pasal tempahan di mohcetakbaju.com ni.

Haaaa…lupa lak nak bagitau, kitaorang dalam perancangan nak buat blog khas untuk baju kelas ngan baju kawin. Tunggu kemunculannya. Insya Allah, saya akan kumpulkan design2 terkini baju kelas untuk pilihan korang. Maknanya, kalau korang tak ada idea nak buat design baju, boleh pilih kat blog baru kita tu nanti. Tunggu ye.

Ok…cam biasa. Hari ni nak kongsi beberapa lagi tempahan yang kitaorang buat sebelum ni. Cer tengok.

cetak baju kelas

Korang tahu tak, design dalam baju kat atas ni, customer ni lukis tangan je pastu scan & emel kat saya.

Pastu, lepas dapat deposit, terus saya start buat design tu dalam komputer berdasarkan lukisan yang diaorang bagi tu. Font ada yang dia bagi & ada yang ikut kreativiti saya. Bila dah siap, saya emel kat dia balik & dia kata setuju. So, terus proceed printing. Sonang yo. Orang Sabah ni bah.

cetak baju kelas

cetak baju kelas

baju kelas

Ni baju2 ni tengah berjemur ni. Gambar basikal pun masuk skali. Yang sebenarnya gambar ni diambil waktu malam ni. Dah lepas print & nak masuk tido. Basikal bawak masuk rumah takut kena curi…heheheh.

Ini lagi cerita pasal baju tu….

cetak tshirt

Ini baju guna kaler gold ni. Mungkin dalam gambar nampak cam tak jelas sangat kot tapi memang kaler gold.

Kalau sape2 nak kaler gold camni, harga dia lebih skit dari dye biasa. Dia punya harga satu balang pun lebih sekali ganda dari harga dye biasa. So, sape2 nak design gold camni, saya akan tambah harga dalam RM2 ke RM3 lagi selai.

cetak baju jersi

tshirt gold

tshirt cetak jersi gold

Depan belakang diaorang nak print. So, harga dia mahal skit le. Tapi memang senang nak print. Sekali print je. Kalau dye putih atau kaler, mesti kena print 2, 3 kali, baru naik kaler dia.

Tapi apa2 pun, kalau ada yang berminat nak order, bgtau jer kitaorang.

Ni ada lagi satu citer pasal print gold….cer baca kat bawah ni….

tshirt gold

Yang ini print gold gak ni. Gambar ngan petak warna hitam & tulisan dalam kotak tu gold.

baju cetak

Yang atas tadi baju kaler putih, yang ini kaler hitam lak. So, senang je. Yang print tu just tukar je kaler dia. Tapi baju hitam saya ambil harga lebih skit dari putih sebab print kena tindih 2 kali. Kalau sekali memang tak naik.

cetak tshirt

 

cetak baju

 

cetak tshirt

 

cetak baju

 

Ini je gambar2 baju yang sempat di up load hari ni. Agak terkejar2 skit sebab nak siapkan tempahan yang tengah menimbun ni.

So, cam biasa…korang kalau berminat nak order baju kelas ke, baju kawin ke, baju group ke atau apa saje aktiviti korang, Insya Allah kitaorang boleh buatkan. Baca je artikel2 kitaorang sebelum2 ni untuk lebih konfiden.

Kalau korang nak order, boleh isi form “Nak Tahu Harga Tak?” kat page atas nun, emel, sms atau call jer kitaorang. Insya Allah, korang puas hati.

NOTE : JANGAN LUPA FOLLOW BLOG mohcetakbaju.com NI KALAU NAK TAHU PERKEMBANGAN TERKINI SERVIS KAMI. LEPAS NI, INSYA ALLAH..SAYA AKAN MASUKKAN KATALOG BAJU MURAH, TIPS CETAK BAJU, LAUNCHING BLOG BARU UNTUK BAJU KELAS & BAJU KAWIN. SO, KLIK FOLLOW KAT BLOG KITAORANG NI & AUTOMATIK KORANG DAPAT CITER BARU BILA KITAORANG POST CITER BARU NANTI. MANA TAHU ADA OFFER DISKAUN LAGI NANTI.

Ok…takat ni dulu ye.Jumpa lagi…baiiii…..

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 14/09/2012, in Baju jersi, Baju Kelas, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: