Monthly Archives: August 2014

Kami tak terima tempahan korang, kalau………

TShirt I AM copy

 

Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju semua,

Berjumpa lagi kita hari ni. Dah lama rasanya tak upload cerita dalam blog ni. Almaklumlah, tempahan full memanjang. Nak bercuti & nak berehat pun tak sempat. Ni pun tengah kerja lagi ni.

Tapi kitaorang setakat ni, ok je sebab bila buat kerja yang kita minat, biasanya tak akan rasa penat atau give up. Seronok sebenarnya. Cuma letih badan skit le. Nak buat camane…inilah jalan yang kami pilih.

Ok…disepanjang 4 & hampir 5 tahun kami dalam bisnes ni, baaaaaanyak sangat tempahan yang terpaksa kami rejek. Samada kami tak boleh buat, tak mampu buat atau tak nak buat.

Korang jangan ingat semua tempahan kitaorang boleh terima. Ada beberapa jenis tempahan yang kalau korang tanya, kami akan rejek terus. Bukan sombong atau berlagak tapi ada alasan sebab apa kitaorang tak nak terima tempahan tu.

Antara tempahan yang kitaorang akan terus rejek ialah :

1.  Tempahan yang berkaitan dengan agama lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dll. Ianya bertentangan dengan prinsip saya. So, maaf ye kepada customer2 yang nak order camtu.Memang banyak sangat saya terima order camtu tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik. Harap korang faham2 le ye.

2.  Tempahan 5 helai ke bawah. Saya hanya terima 5 lai ke atas je. Tak kira campur saiz, kaler ataupun kod baju. Asalkan 5 lai ke atas je. INGAT TU YE!!!

3.  Tempahan yang mempunyai terlalu banyak design nak print. Saya akan terus rejek juga kerana akan ambik masa yang lama untuk print design camtu. Baik saya tumpu kepada print design yang sikit tapi massyuuukkk…..

4. Tempahan yang banyak sangat kaler nak print. Yang ni pun sama dengan nombor 3 diatas. baik saya tumpu pada design yang tak banyak kaler tapi janji massyuuuukkk!!!

5.  Tempahan untuk baju custom made bawah 70 lai. Kalau nak custom made, mesti 70 lai ke atas baru saya terima.

6.  Tempahan yang nak segera. Kurang dari 3 minggu. Konfem saya akan rejek terus sebab memang tak sempat nak buat. Kalau saya terima & tak sempat siap, konfem kena marah punya. So, kalau nak tempah, mesti 3 minggu ke atas lepas dapat deposit, boleh siap ye.

7.  Tempahan guna baju sendiri. Maaf…saya tak terima baju luar. Saya guna baju saya sendiri je ye. Kalau saya guna baju luar & baju rosak, teruk saya kena berganti nanti sebab baju luar ni tak sama dengan stok yang saya ada.

 

Setakat ni itu jelah yang kitaorang rasa kitaorang tak boleh penuhi buat masa sekarang. Ini hanya mungkin sementara.

Kalau keadaan mengizinkan, In Sha Allah, saya akan bagitau balik dalam blog saya ni nanti.

Pastu jugak, nak bgtau ni……TOLONG LE JANGAN CALL KITAORANG PADA WAKTU MALAM TERUTAMANYA DAH DEKAT PUKUL 11 MALAM. KITAORANG PUN MANUSIA JUGA & KITAORANG LETIH JUGA. TOLONGLAH BERTIMBANGRASA SKIT YE. INI…ADA YANG CALL PUKUL 12.00 MALAM & 2 PAGI PUN ADA. KITAORANG MEMANG TAK AKAN ANGKAT CALL TU YE. BILA DAH BUNYI TELEFON TU, SUSAH LAK NAK TIDO LEPAS TU….TOLONGLAH YE……KITAORANG TAU, KORANG MEMANG EXCITED NAK ORDER BAJU TU, TAPI PIKIR2KANLAH YE…..

Ok…rasanya itu je ingatan untuk korang setakat ni ye. Kami akan cuba memberikan layanan terbaik kepada korang nanti, In Sha Allah.

So….cam biasa. Apa cerita hari ni?

DSCN2939

Aisey…gambar kucing pun masuk sekali. Kucing ni teman kitaorang tengah printing ni. Kadang2 kalau cat tengah basah lagi, tiba2 dia melompat atas baju tu….aduhhh!!! tensennya.

Terpaksa le basuh baju tu sbb dah comot tapi kitaorang tak ada marah. Dia binatang, bukannya ada akal pun. Paling tidak pun, marah mulut camtu je…hehehe. Kesian dia.

 

Hari ni saya taknak cerita pasal setiap tempahan tapi nak tunjuk gambar2 baju yang kitaorang pernah buat sebelum ni. Kalau ikutkan, banyak gambar nak ditunjukkan tapi takut nanti boring kang….So, enjoy the pictures…..

DSCN2945 DSCN2947 DSCN2952 DSCN2959 DSCN2967 DSCN2981 DSCN2985 DSCN2996 DSCN2997 DSCN2998 DSCN3010

Yang paling glamer sekarang, baju I AM. Yang itu memang tak menang tangan. Nak order, bagitahu kitaorang ye.

 

Iklan TShirt I AM 4

So, takat ni dululah ye.

INGAT!!!!! Bukan semua tempahan kitaorang terima. Baca cerita kat atas nun & korang tahu le apa yang kitaorang tak boleh terima ye.

So, pada korang yang nak order baju tu, korang guna je cara2 kat bawah ni kalau nak tahu harga tu ye :

1.  Emelkan detail & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com ye.

2.  Call, SMS atau Whatsapp ke hp kitaorang di 0192254028 (Nik) atau 0193643692 (Salina).

Ok…jumpa lagi korang…baiiiii….

 

Dari teratak kecil kami,

Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com

Student paling ramai buat bisnes TShirt ni tapi camane nak maintain?

Hai,hai & Salam mohcetakbaju semua,

Alhamdulillah….selamat Hari raya semua & Selamat bertemu semula lepas seminggu kitaorang tutup kedai & tutup tempahan.

Tapi mula2 tu nak mintak maaf le kat semua sebab manjang je tutup tempahan sedangkan yang nak order bertalu2 masuk. Ye lah…..camane nak buat, tempat printing kami terhad & dalam bulan puasa masa pun agak terhad sebab letih berpuasa & malam sibuk buat ibadat.

Kalau saya terima semua order sebelum raya hari tu, konfem tak beraya le kami sekeluarga. Mungkin raya pertama, orang pegi beraya tapi kitaorang sibuk printing baju lak. Tak ke haru tu….

So, bukak raya ni, In Sha Allah saya akan segerakan order2 yang tertangguh sebelum ni. Buat masa ni jugak, tempahan masih lagi dibuka seperti biasa. Cuma jangkaan tempahan korang tu siap mungkin akan ambik masa 3 minggu ke atas lepas dapat deposit.

Setakat ni, saya tak boleh terima tempahan yang nak ad-hoc atau 3 minggu ke bawah sebab kalau saya tak dapat siapkan, konfem saya kena marah. Baru2 ni pun, ada jugak yang marah2 sebab baju lambat sampai. Bukan tu je, yang dah dapat baju tapi tak bayar baki pun ada jugak. Ingatkan pelanggan je kena tipu tapi orang jual baju pun kena tipu jugak. Tak tahu le. Terpulang le pada diaorang. Menjawab le diaorang dengan tuhan nanti.

Ok…hari ni nak berkongsi dengan korang semua terutamanya student2 kat luar sana, camane nak buat duit sampingan dengan bisnes tshirt ni.

Kalau korang nak tahu, studentlah yang paling ramai order tshirt dengan kitaorang. Macam2 jenis ada terutamanya tshirt I AM. Fuhhh!!! Tak menang tangan dibuatnya tapi Alhamdulillah, setakat ni mampu bertahan lagi dengan tempahan yang bertalu2 masuk ni.

So, pada korang yang nak buat duit dengan bisnes tshirt ni, cer baca tips2 bawah ni & praktikkan. Letak dalam kepala otak korang, saya nak buat duit & saya mesti buat. Kalau setakat baca pastu delete, baik tak payah. Cer baca betul2 ni :

  1. Pertama2nya…yang paling penting, minat,minat,minat & minat. Kalau korang saje je nak cuba2 sebab seronok tengok orang dapat duit tapi tak minat, mintak mahap le. Korang mungkin boleh buat tapi sekejap je dah give up. So, pupuk minat berniaga & minat dengan bisnes tshirt ni.
  2. Korang mesti atau wajib pilih satu tema khas yang korang nak jual kat customer nanti. Contohnya, korang nak jual dalam Facebook….jangan duk letak macam2 gambar dalam satu FB. Nanti jadi pasar malam nanti. Pilih tema khas untuk dijual…contohnya, baju kanak2 kaler hitam sahaja ke, atau baju palestin sahaja ke, atau baju I AM sahaja ke dll. Mesti fokus satu tema je, baru boleh berjaya. Kalau nak buat tema lain, buat page lain pulak.
  3. TShirt korang mesti lain dari yang lain. Kalau customer tengok, sama je semua FB ada gambar tu, tshirt korang susah skit nak laku nanti. Buat special skit yang orang lain tak pernah atau jarang buat.
  4. Design simple tapi cantik & mudah nak print. Kalau tshirt banyak kaler, nanti harga mahal. Baik buat yang simple tapi menarik dipandang.
  5. Tak perlu terlalu murah atau terlalu mahal. Bagi harga yang berpatutan yang mampu orang beli. Kalau murah sangat nanti orang ingat low quality & kalau mahal sangat orang tak akan beli. Jual dalam lingkungan RM25 ke RM35 selai pun dah ok dah. Ramai yang masih lagi mampu nak beli.
  6. Korang kena bersedia dengan ragam pelanggan. Pelanggan ni macam2 jenis. Ada yang ok, ada yang cerewet, ada yang kerek & ada yang melampau perangai dia, sampaikan dimaki hamunnya kita. So, korang kena bersedia dari segi mental berhadapan dengan pelanggan yang bermacam2 kerenah ni. Kalau sekali korang buat bisnes & terus kena marah, pastu terus give up, memang tak payah buat bisnes le. Duduk je diam2 kat rumah. Nak buat bisnes & berjaya kena tahan muka & telinga dengan perkara2 camtu.
  7. Korang juga bersedia untuk rugi. Tahu tak sebab apa Allah halalkan berniaga sebab berniaga ni bukannya untung sepanjang masa. Macam saya sendiri, kalau ada customer tak puas hati, dia pulangkan balik baju kat saya & saya kena pulangkan balik deposit tu kat diaorang. Tak ke rugi tu? Memang rugi tapi itu dah buatkan dia percaya kat kita. In Sha Allah, dia akan order lagi dengan kita nanti. Tapi bukan sepanjang masa camtu…banyak masa dapat untung le. Tapi korang kena bersedia dengan perkara2 camtu.
  8. Kena jaga adab bercakap & ambik hati customer. Kalau korang ada masalah, jangan tunjukkan kat customer. Customer tak tahu masalah kita. Buat macam biasa. Sentiasa senyum & cakap elok2. Kalau cakap pun kasar pastu sombong lak tu, konfem…tak lama le bisnes camtu.
  9. Komited & maintain. Jangan cepat give up. Selalu belajar dengan orang dah berjaya. Ini baru ada masalah sikit, terus give up. Mula2 tu berkobar2 nak buat bisnes tapi bila ada masalah skit, terus putus harapan. Cittt….podah! Tak payah berniaga le kalau camtu.
  10. Kena banyak buat baik dengan orang. Kena banyak networking. Jangan suka marah2 orang terutamanya supplier kalau silap buat sebab kalau sekali korang marah, supplier tu konfem malas dah nak deal ngan korang. Cakap elok2 tak boleh ke. Kalau memang dia buat salah, bincang elok2 & kalau susah sangat, stop terus deal ngan dia. Cari je orang lain. Tak payah nak bising2.

So, ni ada 10 tips yang korang wajib pakai kalau korang nak berjaya menjadi student yang buat duit dengan bisnes TShirt ni. Saya dah 4 tahun buat bisnes ni & saya praktikkan semua ni. Alhamdulillah, bisnes saya berkembang maju dah sekarang ni.

TIPS PENTING :

JANGAN TERLALU MEMIKIRKAN UNTUNG YANG BESAR & JANGAN TERLALU MERUGIKAN DIRI SENDIRI. NIATKAN DULU UNTUK MEMBANTU MEMUDAHKAN ORANG LAIN, IN SHA ALLAH, ALLAH AKAN MEMBANTU KITA DALAM PELBAGAI CARA. BUKAN SAHAJA DARI SEGI WANG RINGGIT TAPI JUGA HIDUP KITA. BAHAGIA, HIDUP SERONOK, TAK ADA MASALAH, TENANG DLL YANG BAIK2 BELAKA. INGAT TU!!!

Ok…hari ni cam biasa…tak lengkap kalau tak berkongsi cerita pasal tempahan sebelum2 ni. Apa citer?

tshirt I AM

TShirt paling glamer abad ini. TShirt I AM ni le antara yang menyebabkan saya terpaksa tutup order beberapa kali sebab tak menang tangan nak siapkan. Kebanyakan student akan order dalam kuantiti yang banyak dengan saya & diaorang jual balik nanti. Harga jual bergantung pada masing2 punya harga.

Korang nak order pun boleh. Boleh buat dalam macam2 kaler & semua baju ni saya buat guna baju brand 4Square. Kalau nak baju brand lain, boleh tapi harga lain le nanti ye.

tshirt I AM

tshirt I AM

tshirt I AM

Nak font lain pun boleh…kena bgtau dalam emel nanti.

Iklan TShirt I AM 4

So, apa lagi cerita…..

tshirt taekwondo

tshirt taekwondo

Ni tshirt taekwondo sekolah. 2 kaler print. Diaorang buat dalam Customink.com je. Design pun cantik. Agak mudah nak print sebab just 2 kaler solid je.

Ok…apa cerita lagi….

cetak tshirt

cetak baju

Sama gak dengan taekwondo tadi. 2 kaler simple je. Agak mudah nak print. So, tak ada masalah sangat time nak print.

Last cerita…..

tshirt cetak

cetak tshirt

Yang ini print kaler Gold atas baju microfiber atau jersi. Kaler Gold ni mahal skit dari kaler biasa sebab dia guna powder & bancuh lain. Yang ready bancuh ada tapi kalau lama tak guna, dia berkulat. So, lagi senang beli asing2. Beli dye & powder, pastu bancuh sikit2.

Cuma masa nak print tu, kena guna blok yang lubang besar. Kalau guna kain yang lubang kecik, konfem tersumbat nanti.

So, rasanya setakat tu dulu ye sebab ada menimbun lagi tengah menunggu nak disiapkan ni. Yang nak sebelum raya hari tu, semua dibawak ke selepas raya. So, tak menang tangan jugak le.

So…..cam biasa, kalau nak order atau nak tahu harga, tolong :

1.  Emelkan detail tempahan termasuk kuantiti tempahan & design nak print ke adminkomisen@gmail.com.

2.  Kalau nak tahu harga, boleh SMS, call atau Whatsapp ke nombor 0192254028 (Nik) atau 0193643692 (Salina) TAPI TOLONG LE JANGAN CALL MALAM2…KAMI NAK BEREHAT JUGAK YE!!!!

Jumpa lagi korang….baiiiii…..

Yang Ikhlas membantu,

Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com