Monthly Archives: October 2014

Bisnes kitaorang makin berkembang, Alhamdulillah (Catatan buat sape2 yang tak percaya dengan bisnes kami!)

Hai & Salam mohcetakbaju kepada semua pelawat baru & pelawat setia mohcetakbaju,

Pertama2nya, saya nak mintak maaf banyak2 kepada semua bakal pelanggan & pelanggan sedia ada saya sebab terus terang saya nak bagitau yang setakat hari ini…..diulangi…setakat hari ini, saya hanya mampu menyiapkan tempahan korang 3 minggu ke atas selepas dapat deposit sahaja….diulangi! 3 minggu ke atas lepas dapat deposit.

Masalahnya bukan kami lembab atau slow tapi permintaan tempahan melebihi kemampuan kami.

Korang ingat tak sebelum ni dimana 2 kali saya terpaksa stopkan order selama sebulan kerana terpaksa menyiapkan order didalam tangan terlebih dahulu. Kitaorang tak nak tamak sebab yang penting kepuasan pengguna tu. Kalau dengan order yang menimbun2, pastu kami tetap terima jugak order korang…kitaorang takut customer kitaorang lari nanti sebab baju tak siap2 lagi.

Kitaorang juga terpaksa siapkan order tu sampai malam, hampir setiap hari sekarang ni. Untuk pengetahuan korang printing tshirt memerlukan tempat yang tidak panas & agak sejuk. So, kitaorang tak dapat nak print waktu tengahari sebab blok printing cepat kering & tersumbat.

Pastu, korang tahu tak……meja printing kami pada masa sekarang hanya dapat memuatkan 50 baju sahaja bagi satu2 masa. Tempahan sekarang mencecah beratus2 helai. Kemudian, tshirt tersebut bukan boleh diprint sekali sahaja tapi terpaksa ditindih 2 kali bagi mendapatkan kualiti printing yang lebih baik.

SEJARAH BISNES KITAORANG…..

Korang tahu tak…bisnes kami start dengan meja makan je sebagai meja printing kami. Hanya boleh muat 2 helai pada satu2 masa. Pastu, korang tahu tak, kat mana kitaorang jemur baju2 tu…cer tengok gambar kat bawah lak…

cetak baju

cetak tshirt

Tengok le. Bersepah2. Ni masa 2011 ni. Masa ni tempahan kami tak le sebanyak hari ni. Tu yang mampu lagi buat atas meja makan tu.

Pastu kan….disebabkan permintaan semakin meningkat, pada akhir 2011…saya terpaksa beli meja makan atau buffet 2 buah untuk tampung permintaan yang bertambah tu. Sekali printing 9 lai je.

cetak baju

Yang kanan tu 2 buah meja buffet tu & tengok…kat mana saya jemur baju. Kat tepi tu je. Kedai kecik ni terpaksa dibuat untuk tampung permintaan yang semakin bertambah tu.

Masa ni tak pakai lagi meja printing yang betul2. Cuma guna papan biasa je & masukkan dalam baju tu untuk diprint.

So, disebabkan permintaan lagi bertambah & tak sempat nak buat atas 2 buah meja ni….kitaorang pecahkan lagi kedai & buatkan lagi meja printing baru untuk 50 lai pada satu2 masa pulak.

Ini keadaan kitaorang sekarang….

 

 

cetak baju

 

Ini le rupanya kedai kitaorang sekarang yang dapat menampung 50 lai tshirt pada satu2 masa.

Tapi nampaknya….sekarang ni tempahan makin meningkat lagi sekali ganda & kawasan kami agak terhad.

So, tahun ni saya buat lagi satu kedai atau stesen cetak baju kat tepi rumah saya sendiri. Cer tengok ni….hari ni 22/10/2014(Sabtu)…kedai ni belum siap lagi. Dijangka hujung minggu ni siap sepenuhnya. Belah kanan tu gambar rumah saya. Hujung tu kedai baru kitaorang.

DSCN0188

DSCN0187 DSCN0184 DSCN0182

 

Disini saya tak guna meja printing sangat, tapi saya akan mula guna mesin printing atau lebih dikenali sebagai mesin spider. Mesin tu saya import dari US. Dah sampai dah. Ada kat parking kereta saya tapi belum boleh guna lagi. Dah siap kedai baru ni, In Sha Allah, boleh masukkan nnti.

Camane rupa mesin spider tu. Cer tengok contoh bawah ni…..

Mesin spider

 

Ini le namanya mesin spider. Boleh print maksimum 6 kaler pada satu2 masa.

Walaupun namanya mesin spider tapi teknik printing still manual lagi. Ianya agak canggih sikit sebab kitaorang bukannya boleh print design yang solid je tapi design original, macam muka orang, gambar pemandangan dll. So, canggih sikit le.

Tapi walaupun macam tu….saya tak jamin juga boleh menampung permintaan yang semakin meningkat ni. So, saya punya impian akan datang iaah untuk mempunyai kilang sendiri yang mempunyai pekerja sendiri nanti. Pastu, dapat menampung permintaan sehingga 10,000 ke 20,000 helai sebulan (Setakat ni hanya 1,000 ke 2,000 helai je sebulan).

Doa-doakanlah kejayaan kami ye…….AMIN!

Ok…setakat tu dulu cerita berkenaan bisnes kami yang semakin berkembang ni, Alhamdulillah. Maaf…bukan nak riak atau sombong atau menunjuk2 tapi nak bagi konfiden kepada korang yang belum pernah order baju dengan saya. Ramai yang tak percaya dengan bisnes kitaorang. So, nak bagi lebih percaya…saya ceritakanlah sejarah bisnes saya ni untuk sekurang2nya konfiden sikit dengan kitaorang ye.

Oklah..apa cerita hari ni….

tshirt raglan I AM

PRINT TSHIRT I AM ATAS BAJU RAGLAN ENZO

Biasanya customer pilih baju murah biasa je untuk buat tshirt I AM ni. Ada jugak customer yang pilih baju Raglan jenis Enzo untuk buat design I AM tu. Cantik jugak baju ni. Tapi terpulang pada korang.

tshirt I AM Raglan

tshirt I AM Raglan

Ada macam2 kaler. Korang nak order baju I AM ni ke? Kalau nak…klik link link ni untuk tengok senarai harga baju I AM tu…<<KLIK SINI>>

Untuk pengetahuan korang jugak, print jenis Glow In The Dark saya dah stopkan dulu sebab susah nak print sebab dia kena guna powder. Selalu sumbat kat blok printing. So, saya tukarkan dengan emboss untuk baju I AM & apa saje tshirt korang. Tahu tak camane emboss tu….

tshirt I AM emboss

tshirt I AM emboss

Ni le rupanya. Design dia timbul bila kita raba atas design tu. So, kalau emboss, tambah lagi RM3 selai dari harga ikut senarai asal. So, sape2 nak order baju I AM, boleh klik gambar bawah ni ye.

Iklan TShirt I AM 4

Selain daripada tu, banyak gak tshirt kelas yang kitaorang terima. Contohnya seperti bawah ni….

baju kelas

tshirt kelas

Print 1 kaler depan belakang. Agak mudah tapi ambik masa skit nak design balik design belakang tu sebab kena susun balik nama2 dalam nombor tu. Tapi ok je. Alhamdulillah….

tshirt gold

Yang ni lak…print kaler Gold. Kalau Gold ni, harga mahal sikit sebab guna special dye. Biasanya tambah RM3 selai dari harga print biasa. So, kalau nak order, bgtau jugak ye.

Oklah…setakat tu dulu.

So…cam biasa, kalau sape2 nak order baju untuk apa sahaja aktiviti korang :

1.  Emelkan detail nak order & design nak print kat emel saya di adminkomisen@gmail.com.

atau ;

2.  Call/Whatsapp/SMS ke 0193643692 (Salina) atau 0192254028 (Nik)…..tapi PERINGATAN!!TOLONG JANGAN CALL WAKTU MALAM. KAMI PUN NAK BEREHAT JUGAK!!!

Ok…bai…jumpa lagi!!!!

Yang ikhlas & merendah diri,

Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

P/S : Kepada bakal pelanggan yang tak konfiden dengan bisnes kitaorang, saya harap korang bacalah artikel2 dalam blog saya ni & korang buatlah keputusan bijak korang sendiri.

Kalau tak konfiden jugak, nasihat saya…jangan berurusan langsung secara online. Korang cari le offline yang korang lebih konfiden & boleh tengok dengan mata korang sendiri. Terpulang.

The decision is yours.

Kami jual semula TShirt 4Square…lengan pendek, lengan panjang & kanak2….

Hai, hai & Selamat Cetak Baju semua,

Straight to the point….Tshirt 4square ada balik. Selepas kami stopkan jualan tshirt 4Square sebelum ni sebab ingatkan kilang stop production, sekarang kami jual balik TShirt2 brand 4Square tu.

Cuma sekarang ni, harga kami terpaksa tambah 50 sen selai dari harga sebelum ni & kami samakan dengan harga baju Agent Tee.

So, maknanya…lengan pendek RM10.50, lengan panjang RM16 & kanak2 RM10.50. Cer tengok antara kaler Tshirt yang kami ada untuk korang semua.

Baju 4square

Baju 4square Polo

Baju Long Sleeve Roundneck 4square

Baju Kids 4square 2

Ni antara kaler baju yang kami offer kat korang. So, sape2 yang nak baju lengan panjang kaler Dark melange, grey melange & kaler2 lain, boleh start order dah ye.

Takpun klik link bawah ni atau klik kat page atas nun utk korang mula order baju2 tu ye.

https://mohcetakbaju.com/katalog-4square/

Kitaorang pun ada offer gak baju 4square ni untuk buat baju I AM. Harga sama cam baju Agent Tee. Cer Klik link bawah ni untuk detail harga baju tu.

https://mohcetakbaju.com/tshirt-i-am/

So, pada sape2 yang berhajat nak order baju tu…jangan segan & jangan silu untuk kontek kitaorang, samada :

1.  Emelkan ke adminkomisen@gmail.com (cara ni paling digalakkan…)

2.  Whatsapp atau SMS ke 0192254028 (abang Nik) atau 0193643692 (Kak Salina).

3.  Takpun isi form kat page “Nak tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun.

In Sha Allah, kami akan layan korang sebaik mungkin.

Tolong jangan order melalui komen2 dalam artikel ni ye. Susah nak jawab kat situ.

 

Ok…apa cerita hari ni?

Hari ni saya taknak bercerita pasal tempahan baju tapi nak cerita pasal blok printing yang saya pernah buat sebelum ni.

Mungkin ada antara korang tak tahu camane bentuk blok printing untuk print design korang tu.

Cer tengok gambar bawah ni. Ni lah antara blok2 printing yang sempat saya ambik gambar. Ada beberapa ratus biji blok printing sebenarnya tapi ni baru sebahagian yang saya boleh tunjukkan.

1 kaler mewakili satu blok printing. So, korang bayangkan kalau saya terima order 1,000 ke 2,000 lai sebulan, berapa banyak blok printing yang perlu saya sediakan.

DSCN0059 DSCN0060 DSCN0061 blok printing

 

Blok2 printing ni saya perlu jemur atau letak bawah kipas untuk bagi cepat kering. So, bukan mudah sebenarnya nak print baju korang sebenarnya.

Jadi, pada sape2 yang nak cepat tu, mungkin boleh pikir 2,3 kali ye sebab memang akan ambik masa kalau nak prepare blok ni sebenarnya. lainlah kalau design dah siap2 korang bagi & saya print out je…In Sha Allah, boleh le cepat sikit nanti.

Ok..hari ni setakat ni jelah dulu ye. Nanti apa2 hal, saya cerita lagi dalam artikel akan datang ye.

Yang paling penting, nak bagitahu je…Tshirt 4Square dah ada balik….

So, jumpa lagi korang….bai…

Tshirt I AM 4Square 2014 copy

Tshirt I AM 4Square 2014 Long Sleeve copy

Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

Tips nak buat iklan PERCUMA tanpa bayar satu sen pun (SPECIAL UNTUK BISNES TSHIRT!)

 

TShirt I AM copy

Hai, hai, hai, Salam Cetak Baju & Salam AidilAdha(Buat rakan2 beragama Islam),

Salam Aidiladha buat semua umat Islam di serata pelusuk dunia ye(blog ni sampai ke tepi sempadan Alaska pun boleh tengok ni kalau ada line internet). Selamat berkorban le ye pada semua….

Hari ni nak kongsi ngan korang pasal TIPS buat iklan PERCUMA. Nak dengar tak? Sape nak dengar…angkat tangan…..

Tidak dinafikan, proses pemasaran atau mencari customer sangat2 penting dalam perniagaan termasuklah bisnes TShirt ni.

Ramai orang yang nak buat bisnes ni tapi gagal dari segi marketing. Kedai gah & hebat macam hotel 5 bintang tapi tak ada customer pun datang. Website gempak, siap ada lampu lip lap lip lap lagi tapi sayang, pelawat tak singgah pun.

So, bagaimana nak tarik pelawat atau bakal pelanggan untuk membeli produk korang. Dalam masa yang sama, korang malas nak keluarkan belanja.

Yang sebenarnya, kalau diikutkan kepada hukum bisnes yang sebenar, kalau nak duit datang kat kita, kita perlulah keluarkan dahulu duit kita. Bila duit keluar, baru ada duit masuk. Kalau tak keluar duit pun sebenarnya boleh buat bisnes jugak tapi keputusannya agak lambat dan tak sehebat kita laburkan duit.

Tapi tak mengapa…bagi orang yang baru berjinak-jinak dengan bisnes TShirt, mungkin mereka tak ada modal yang banyak lagi untuk dibelanjakan. So, untuk permulaan ni, mereka bolehlah fikirkan bagaimana cara yang tak perlu keluarkan duit untuk memasarkan produk mereka.

Biasanya, kalau benda yang tak perlu keluar duit, kita kena keluarkan dalam bentuk lain seperti kena keluarkan tenaga, masa dan penat lelah.

Kalau kita ada duit, benda2 camni kita boleh kurangkan lagi.

So, apa cara FREE Marketing yang saya nak cadangkan tu ?

  1. Bersembang di kedai kopi. – sambil bersembang, bagitahu sekali apa yang kita jual atau website kita. Mudah je. Modalnya…air liur je.
  2. Setiap kali sms, letakkan iklan. Bukan bayar iklan tapi bayar sms tu sahaja.
  3. Setiap kali emel, letakkan iklan kita.
  4. Guna whatsapp – daripada duk bersembang benda yang tak berfaedah, selit2kan sekali iklan kita tapi jangan terlalu kerap. Boring orang nanti.
  5. Minta kawan-kawan, saudara mara atau adik-beradik tolong promosi
  6. Tulis kat pokok – jangan tulis sebarangan. kena tengok tempat jugak. Nanti majlis datang tangkap nanti kang.
  7. Sambil bersembang dalam telefon, sambil buat promosi.
  8. Iklan dalam Facebook (yang tidak berbayar).
  9. Tulis atas sekeping kertas iklan korang & tampal ditempat yang dibenarkan.
  10. Buat flyers dengan tulisan atau print sendiri & edarkan ditempat korang. (Kalau nak cantik, kena bayar le & buat kat kedai printing).
  11. Cari kain-kain perca yang tak guna & masih cantik lagi yang ada dalam simpanan anda & tuliskan iklan atas kain tersebut.
  12. Carikan kertas sekeping, tuliskan iklan korang, ambilkan salotape & tampalkan kat belakang kereta (jadikan seperti stiker).
  13. Tulis iklan korang dalam satu kertas kecil sebesar bisnes kad, pastu edarkan dalam pengangkutan awam seperti bas, LRT, keretapi dll.
  14. Buat iklan anda atas kadbod atau kertas manila, pegang kadbod atau kertas manila & duduk di tempat2 yang ada lampu isyarat & tunjukkan pada pemandu kenderaan yang lalu lalang disitu.

Kalau ikutkan macam2 idea untuk korang mula mempromosikan bisnes TShirt korang tapi camane pun, nak cepat & berkesan, kena keluarkan duit jugak.

Kalau tak melabur, susah & lambat sikit nak dapat customer nanti. Yang FREE memang nampak cam mudah je tapi korang kena tebal muka, korang kena letih & penat dan korang kena korbankan banyak masa.

So, terpulang pada tahap masing2. Paling mudah…jual kat Facebook je. Itu yang paling glamer pun.

Macam saya sendiri…saya peruntukkan RM2000 ke RM3000 sebulan untuk buat marketing saje. So, disebabkan saya sibuk, belanja sebanyak ni, boleh gantikan penat lelah saya.

Mungkin nampak belanja tu besar tapi berbaloi dengan pulangan yang dapat.

Oklah….saya harap..korang akan berjaya dengan bisnes TShirt korang masing2 ye..

Hari ni nak bercerita pasal apa ye. Banyak gak tempahan yang kitaorang dah siapkan sebelum ni tapi sekarang ni, kitaorang akan mintak dulu baki bayaran, baru pos ye.

Cerita 1

tshirt group

tshirt cetak group

Blur sikit gambarnya. Ni baju group wife ni. Simple 2 kaler je. Kuning tu tak tindih putih pun. Just print sekali je tu. So, agak sempoi.

tshirt exo

tshirt exo

Haahhh…yang ni budak2 pompuan suka sangat ni. Baju EXO. 1 kaler print je. Yang camni, banyak gak saya terima tempahan. Korang nak order, bgtau ye.

tshirt syarikat

tshirt company

Yang ni pun sempoi je. Depan belakang 1 kaler printing. Tak ada cerita panjang ye sebab simple je.

tshirt family day

tshirt hari keluarga

Ini lak tshirt hari keluarga. Design asal banyak kaler tapi customer ni nak yang 1 kaler je. So, agak sempoi jugak. Cepat & mudah.

tshirt family day

tshirt family day

Ni bahagian belakang lak. 1 kaler jugak. Kalau 1 kaler camni, harga pun lebih murah dari print banyak kaler. sesuai untuk korang yang nak bajet murah.

tshirt I AM

Ni lak tshirt I AM tapi ada nam sekolah kat bawah tu. So, terpulang pada masing2.

TShirt I AM copy

 

TShirt I AM Long Sleeve Agent Tee

 

So…cam biasa, kalau sape2 nak order baju untuk apa sahaja aktiviti korang :

1.  Emelkan detail nak order & design nak print kat emel saya di adminkomisen@gmail.com.

atau ;

2.  Call/Whatsapp/SMS ke 0193643692 (Salina) atau 0192254028 (Nik)…..tapiPERINGATAN!!TOLONG JANGAN CALL WAKTU MALAM. KAMI PUN NAK BEREHAT JUGAK!!!

Sampai jumpa lagi…..baiiii….

Yang kat sini,

Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com