Tahun 2016 akan menjanjikan servis & design yang lebih berbeza….tungggguuuu!!!!

Banner TShirt

Hai & Salam Cetak Baju kepada semua pelawat mohcetakbaju.com,

Apa khabar semua? Mesti tengah bercuti sekarang ni kan. Selamat bercuti pada semua.

Hari ni saya tak bercerita panjang lebar, cuma nak ingatkan semua pelawat & regular customer mohcetakbaju.com…Tahun 2016 akan menjanjikan sedikit kelainan dari tahun2 sebelum ni.

Tahu tak kenapa saya kata macam tu?

  1.  Tahun 2016 ni saya akan bermula Cuti Setahun Tanpa Gaji untuk memberikan tumpuan 1000% kepada bisnes printing tshirt saya ini. Sebelum ni saya buat part time(saya kerja kerajaan) & isteri yang buat full time. So, saya akan mempunyai lebih masa dengan bisnes saya.

    2. Tahun 2016 ni saya akan cuba memberikan servis yang lebih mantap. Bila dah tumpuan 1000%, so saya jangka akan dapat siapkan tempahan dengan lebih cepat. Mungkin kurang dari seminggu (bergantung pada keadaan)

    3.  Tahun 2016 ni saya akan sediakan macam2 design Tshirt yang lain dari yang lain sebab masa dah banyak FREE.

    4.  Tahun 2016 ni saya akan sediakan pelbagai peluang untuk sesiapa sahaja membuat duit dengan bisnes TShirt ni. Saya buat duit, korang pun boleh buat duit jugak. Sama2 untung nanti.

    5.  Tahun 2016 ni saya akan bantu seramai mungkin rakan2 diluar sana yang nak buat duit dengan bisnes TShirt ni termasuk student, pekerja, private dll.

    6.  Tahun 2016 ni saya juga akan sediakan macam2 servis termasuk sulam(mesin sulam baru beli), heat press, cenderamata, button badge dll.

So, sentiasalah follow blog saya ni untuk korang tahu apa perkembangan yang saya akan bagitahu nanti.

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

In Sha Allah, saya akan bagi macam2 tips untuk korang juga boleh start buat duit dengan bisnes TShirt ni.

Nantikan ye…….

Oklah….seperti biasa. Dah lama tak berkongsi gambar2 tshirt yang saya print sebelum ni. Untuk tatapan korang semua…

tshirt family day

baju hari keluarga

Baju Family Day ke Langkawi. 2 kaler. Simple & sempoi.

tshirt kelas

Sori…yang ni gambar blur sikit tapi cuma nak tunjuk printing kaler gold ni. Harga pun mahal sikit dari dye biasa.

tshirt kelas

tshirt kelas

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang ni guna baju Raglan body kelabu lengan hitam brand Enzo. Cantik jugak kalau print hitam putih cam atas ni.

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang ni contoh baju kelas yang guna stiker & belakang print. Guna baju jenis microfiber atau jersi. Kalau korang nak gambar sebijik camni, memang saya guna stiker. Printing memang konfem mahal & saya tak sanggup buat.

tshirt kelas

Yang ni saya sempat ambik gambar belakang je. Nama sorang2 dibentuk jadi 00. Ini pun saya yang buatkan. Diaorang bagi nama je.

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang ni pun cantik jugak. 2 kaler ni sebenarnya. Corak print kaler biru & tindih hitam.

tshirt family day

tshirt family day

baju hari keluarga

Semua design ni diaorang buat dalam customink.com. Mudah je. Lagi puas hati kalau buat design tu sendiri. Cer tengok kat page “BUAT DESIGN SENDIRI” kat bahagian atas nun.

Oklah ye……setakat ni sajelah dulu ye. Nanti kalau sape2 nak order, cam biasa ye…

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Follow blog kitaorang ni sentiasa kalau nak tahu apa perkembangan kitaorang ye!!!

Yang benar,

Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 25/12/2015, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: