2015 dalam kenangan & 2016 cetak lagi,lagi dan lagi……..

Salam cetak baju & Selamat Tahun Baru kepada semua pelawat mohcetakbaju.com,

Kejap je masa berlalu. Semalam 2015, hari ni dah 2016 dah. Dah setahun berlalu camtu je.

Alhamdulillah…perancangan kitaorang dalam bisnes cetak baju ni berjalan lancar. Bagi sape2 nak join kitaorang untuk start buat duit ngan bisnes TShirt ni, jom lah. Bagi saya, bisnes pakaian atau tshirt ni antara bisnes yang sentiasa berkembang maju sebab pada saya setiap manusia akan pakai baju walau dimana saje mereka berada.

Tapi kan…dalam 2015 ni ada macam2 suka duka yang kitaorang lalui. Ada sedih & ada gembira.

So…mari saya kongsikan apa yang suka duka dalam bisnes kitaorang yang mungkin korang perlu tahu & korang nak tahu. Mana tahu korang lak lalui benda tu nanti…sape tahu kan…

Antaranya :

  1.  Tanggal 30/09/2015 – saya berjaya menghantar surat BERCUTI TANPA GAJI selama setahun mulai 01/01/2016 hingga 31/12/2016. Sebelum ni saya bekerja disektor kerajaan & isteri yang buat full time. Dah berapa tahun asyik terbantut je. Alhamdulillah akhirnya berjaya juga.
  2. Tanggal 14/10/2015 – syarikat kitaorang Ainix Resources berjaya membeli sebuah mesin sulam 1 head dengan 6 pilihan warna benang brand SWF berharga RM45K dengan hasil titik peluh kitaorang dalam bisnes cetak baju ni.

mesin sulam mohcetakbaju

3.  Kami juga berjaya mempunyai tag baju dengan nama syarikat sendiri – Ainix Resources.

TShirt ainix mohcetakbaju

4.  Berita sedih dalam 2015 – saya kematian bapa pada 28/12/2015 yang lalu. Saya anggap satu kehilangan besar buat saya sekeluarga sebab beliau bukan saja bapa kepada kami tapi antara punca rezeki kitaorang murah. Kalau balik kampung, memang kitaorang akan dengar dia doa untuk anak2, satu persatu lepas setiap solat dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan ditempat orang beriman.

Itu antara suka duka yang sempat saya masukkan dalam blog kitaorang hari ni.

Selain daripada TShirt, saya juga ada prepare servis untuk buat karikatur atau kartun muka sorang2. Ni antara yang disapkan baru2 ni.

Karikatur Noni

 

 

Tahun 2016 ni, saya akan cuba beri kelainan yang tak ada pada website orang lain, In Sha Allah tapi berikan sedikit masa. Bila dah banyak masa free ni, senang le nak fikir macam2 perancangan untuk bisnes tshirt ni.

So, pada korang yang nak join kitaorang buat duit dengan bisnes tshirt atau nak order tshirt group korang yang lain dari yang lain, follow je blog kitaorang sentiasa ye. In Sha Allah, korang pasti tak menyesal nanti.

Kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Ok…untuk hari ni saya akan kongsikan kepada korang pelbagai jenis baju yang kitaorang pernah print sebelum ni. Ianya sebagai bukti yang kitaorang memang betul2 buat bisnes TShirt ni.

Selamat menonton!

 

Ini antara gambar yang sempat di upload daripada ribuan baju yang telah berjaya disiapkan.

So, kalau nak order baju korang, ikut langkah2 ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Ada macam2 jenis baju kosong yang korang boleh pilih. Klik pada page katalog2 diatas sana untuk pilih apa sahaja baju ikut citarasa korang ye.

So….sentiasalah follow kitaorang untuk lihat apa sahaja perkembangan tshirt kitaorang…..tunngggguuuuu!!!!

Yang sentiasa ikhlas membantu,

Abg Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
www.cetaktee.com
www.mohcetakbajuiam.com
www.ainixtshirt.myshopify.com

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 01/01/2016, in Baju Company, Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju I AM, Baju jersi, Baju kanak-kanak, Baju Kelas, Baju Kerja Kawin @ Rewang, Baju santai, TShirt Koperasi Sekolah, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: