Soalan yang biasa dapat……ABANG CETAK BAJU MEMANG TAK TIPU KAN?

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Saya doakan semoga korang semua sihat selalu hendaknya bersama orang tercinta.

Kepada ejen2 atau peniaga2 online kat luar sana….biasa tak customer tanya soalan perangkap macam tajuk atas ni?

Actually…penipu2 sebenar kat luar sana le yang jadikan customer2 ni ragu2 untuk order apa sahaja secara online dengan peniaga2 jujur yang sebenar.

Kami selalu jugak dapat pertanyaan camni…contoh macam contoh wasap bawah ni.

Akak ni sampai nak mintak bukti IC depan belakang lagi sebab takut kena tipu lagi macam sebelum ni.

Tapi saya pun tak boleh le buta2 nak percaya kalau orang nak IC ni sebab saya pun takut dia penipu jugak.

Nanti ntah ke mana IC saya dibawaknya..pegi buat loan haram ke…sape tahu kan?

Cer tengok perbualan wasap kitaorang kat bawah ni (Gambar profile & nombor telefon dirahsiakan supaya tidak menyakiti hati customer ni)

Banyak kali jugak saya dapat mesej camni.

Tapi bagi saya mudah je. Kalau ada orang tanya kat saya yang saya ni tipu ke tak….biasanya ini jawapan saya & korang yang tak pernah order pun boleh fikirkan sendiri samada kami ni buat bisnes tipu atau tak?

  1.  Saya berniaga kerana Allah. Saya nak rezeki yang berkat sebab nak bagi anak bini makan dari rezeki yang halal.

  2. Kalau saya tipu, dah lama bisnes saya lingkup atau bankrap tapi semenjak tahun 2010 lagi (boleh baca artikel2 dalam ni untuk bukti) Alhamdulillah bisnes kami semakin berkembang.

  3. Kalau saya tipu, dah lama customer2 saya VIRALKAN tentang bisnes kami. Zaman sekarang kalau buat jahat, kejap je kena VIRAL.

  4. Kalau masih ragu2 jugak…cuba korang baca artikel2 dalam blog http://www.mohcetakbaju.com ni…pastu buatlah keputusan bijak korang sendiri.

  5. Kalau korang rasa bisnes online ni tak boleh percaya sebab tak dapat tengok actual produk, korang boleh datang terus ke alamat kami atau korang beli je secara offline kat area korang.

  6. Kalau nak rasa lebih konfiden, baca APA KATA PELANGGAN2 KAMI? kat page TESTIMONI atau KLIK SINI & bacalah komen2 pelanggan tu sendiri. Itu adalah komen sebenar pelanggan. Saya tak ada masa & tak ada kemahiran nak edit komen2 tu semua. Semua datang dari customer sebenar.

  7. Kalau rasa tak konfiden guna wasap, korang telefon terus kami untuk dengar sendiri suara kami. So, lebih konfiden.

  8. Tak pun kat header blog saya di http://www.mohcetakbaju.com ada nombor SSM. Kalau rasa kena tipu, korang boleh buat laporan polis atau laporan kat SSM.

Ini antara jawapan saya kalau orang tanya saya…korang ni betul ke tak atau tipu ke tak?

TAPI kan….kalau korang nak tahu camane nak pastikan seseorang tu menipu atau tak, cer korang pastikan beberapa perkara ni ye :

  1.  Orang menipu takkan mengaku dia menipu. Mati2 dia akan bagitau yang dia tak tipu. Susah sikit nak detect kalau camni.

  2. Kalau dah bayar deposit, cer korang follow up selalu dengan dia. Kalau dia diam je…sah memang dia menipu & dah makan duit korang.Maksudnya diam yang agak lama setelah bertalu2 mesej korang bagi.Kalau baru je tak jawab, itu bukan menunjukkan dia menipu. Mungkin dia tengah sibuk.

  3. Cer telefon dia terus & dengar gaya percakapan dia. Kalau macam yakin tak yakin je…jangan teruskan.

  4.  Dia acuh tak acuh je jawab soalan korang. Tak bersungguh. Ada potensi jugak tu.

  5. Dia paksa suruh order dengan dia jugak & bersungguh2 suruh bayar deposit segera. Pastu senyap tak ada khabar berita.

  6. Satu lagi….bila kita dah bayar deposit, dia terus block call kita. Terus tak dapat nak kontek.

Ni antara contoh2 yang kita boleh tahu yang diaorang ni menipu sebenarnya. So…berjaga2lah.

Gunalah korang punya naluri & instinct sendiri.

Saya nak mintak sape2 yang baca artikel ni termasuk ejen2 saya….cubalah korang menipu sekali & bila dah seronok..masa tu lah mulanya bisnes korang akan melingkup. PERCAYALAH!

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

So…untuk bagi korang lebih konfiden dengan bisnes kami walaupun dah lebih 100,000 helai saya siapkan untuk pelanggan saya semenjak 2010 lagi, disini saya tunjukkan semula bukti2 pelanggan yang puas hati dengan kami tu ye.

 

 

Ada banyak lagi bukti testimoni dari pelanggan2 tapi cukup le banyak ni je. Banyak2 sangat boring lak korang baca nanti.

So…bagi korang yang dah rasa konfiden tu, korang boleh start order TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang dengan kami ye.

 

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

 

Oklah…apa cerita baju kitaorang hari ni?

Ni baju family day ni. 3 kaler print tapi atas ni baru start print 2 warna ni.

Yang ni baru complete 3 kaler print. Biasa kitaorang buat base putih dulu tapi yang ni sebab pakai locking…so, start ngan biru & merah dulu. Bagi saya ok je..mana2 pun boleh…

Warna dia pun menyerlah naik sebab kombinasi warna tu memang cantik.

Ni baju geng cikgu PASTI nak buat sukan sekolah diaorang. Jauh order ni. Dari Beluran, Sabah.

Ini menunjukkan kami sedia terima tempahan walau dimana saje korang berada.

Kami boleh pos sampaike ceruk kampung mana sekalipun.

So…banyaklah peluang korang yang kat kampung2 nak order TShirt ikut design korang sendiri kan.

 

Yang ni satu lagi…jauh jugak order ni. Dari SMK Pujut, Miri, Sarawak.

TShirt kelas Matematik hasil design cikgu sendiri.

Mana2 cikgu yang rasa nak bantu student dapatkan TShirt kelas diaorang…boleh je order dengan kitaorang.

In Sha Allah…student pasti excited nanti.

Yang ni TShirt sukan pelanggan kitaorang.

Nombor2 belakang tu terpulang pada korang nak font apa pun…kitaorang boleh buatkan.

Kalau rasa nak lain dari yang lain….kitaorang buatkan nanti.

Cetak pun mudah je. Cuma logo depan tu kitaorang guna stiker.

Oklah…setakat ni saje dulu untuk hari ni.

Bagi yang nak buat TShirt Kelas tapi tak ada idea & buntu nak buat design TShirt kelas tu…klik je button diatas untuk lihat contoh2 design yang kitaorang ada ye.

Sampai jumpa lagi…..baiiii…..

Dari Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 07/03/2018, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju Kelas, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: