Blog Archives

Banyak gak tempahan baju kelas kitaorang terima……

Hai & Salam Ramadhan & Salam Cetak Baju semua….

Kepada yang beragama Islam, Selamat Berpuasa kat korang…hari ni dah 10 hari berpuasa. Rasa cam baru lagi niat puasa.

Tahniah le pada yang maintain…mana yang culas tu, belajar2 le bersyukur. Cuba  pikir jap…udara kita sedut dari sape? Darah mengalir dalam badan sape buat? Dapat hidup aman, sape bagi? Dapat macam2 nikmat, sape yang kurnia? Korang pikir jelah. Kalau dah udara nak sedut pun Allah yang bagi pastu tak ikut arahan Dia, tak tahu le nak cakap apa…lu pikir le sendiri..kata Nabil.

Hari ni saya tak nak membebel panjang sebab bulan Ramadhan ni ingatkan tak banyak order tapi tak putus2 lak masuk. So, agak sibuk le skit. Ini pun curi2 masa skit untuk upload beberapa gambar tempahan baju yang kitaorang dah siapkan sebelum ni.

Hari ni saya nak kongsi ngan korang tempahan baju kelas yang semakin menjadi2 kebelakangan ni (apa yang menjadi2 tu tak tahu le). Memang orang kata, tak putus le tempahan yang masuk. Cuba tengok cerita baju kelas kat bawah ni…

cetak baju kelas

Ok…asalnya customer ni nak baju design cam atas ni. Masa mula2 deal hari tu, dia bagi design cam ni dalam bentuk jpeg. So, bila dah setuju dengan harga yang kitaorang offer, saya pun start le buat design dia.

Saya tanya dia, ada tak design kat atas dalam format Photoshop atau Illustrator sebab senang saya nak print out & pecahkan kaler dia tapi dia kata orang yang buat design tu dah pindah. So, ini je le yang ada.

Maknanya kalau ada customer bagi design cam atas ni, saya akan caj skit untuk saya touch up balik design kat atas ni.

Untuk pengetahuan you all, saya kena pecahkan kaler ikut warna yang ada sebab saya guna silkscreen. 1 blok silkscreen, 1 kaler. Design atas ni besar A3 ni. So, saya kena pecahkan kaler2 tu sebesar A3 semuanya.

Dipendekkan cerita, design yang dia nak print tu, saya berjaya buat atas baju…Cuba tengok gambar kat bawah ni…

cetak baju kelas

Ini le hasilnya…memang puashati sebab design tu boleh dikatakan komplikated jugak tu sebenarnya. Bawah ni ada lagi gambar baju tu…

cetak baju kelas

baju kelas

baju kelas

Ini le gambar2 baju kelas 3B dari Sarawak yang saya sempat ambik. Memang puas hati.

Ini lak cerita kedua baju kelas untuk tatapan korang…

cetak baju kelas

Ini satu lagi cerita pasal baju kelas. Kalau design camni memang banyak kena guna dye. Harga pun mahal skit. Untuk yang design kotak hijau tu, biasanya kitaorang buat base putih dulu sebab baju gelap. Pastu tindih lak kaler hijau tua, hijau muda & last sekali hitam untuk nama.

baju kelas

Yang ini design bahagian depan ni…atas tadi design belakang. Ini pun 2 kali tindih gak sebab nak bagi hijau dia shining skit. Kalau tak tindih putih, takut hijau tu tenggelam dalam kain. Tak cantik nanti.

Cer tengok gambar dia lagi…..

baju kelas

Ni baju Enzo ni….kolar warna hijau, lengan panjang…sekerat hitam  & sekerat ijau. Cantik gak kalau buat cam ni.

contoh design baju kelas

tshirt kelas

baju kelas

Ini pun tempahan dari Sarawak ni. Memang boleh tahan jugak order dari Sabah Sarawak ni. Mungkin harga dia berbaloi kot. Ntah le..hanya orang Sabah & Sarawak sendiri yang tahu menilainya.

Kalau diikutkan banyak lagi tempahan baju kelas yang kitaorang terima tapi yang ini jer yang sempat kitaorang cerita hari ni…

So…setakat ni dulu. Macam yang saya pesan dalam artikel2 sebelum2 ni..kalau sape2 nak order, saya mintak sangat2 utk korang isi maklumat kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ataupun korang boleh pilih untuk nak emel ke adminkomisen@gmail.com, sms atau call kitaorang.

Pada sesiapa yang rasa macam tak konfiden jer, betul ke mamat ni jual baju printing ni, saya bagi beberapa pilihan :

1.  Boleh call saya terus untuk dengar suara saya atau isteri. Mungkin boleh rasa konfiden skit.

2.  Cuba emel atau isi page “Nak Tahu Harga Tak?”…biasanya saya akan jawab semua emel dalam 24 jam lepas dapat emel dari korang. Pastu, Insya Allah akan cuba berbalas2 emel jika ingin maklumat lanjut.

3.  Klik kat sini https://mohcetakbaju.com/testimoni/ untuk lihat apa kata testimoni2 yang dah deal ngan kitaorang. Page testimoni tu baru letak 2,3 hari lepas tu…itu yang tak banyak testimoni yang dapat dimasukkan tu.

Tapi kalau tak konfiden jugak, saya tak boleh buat apa…terpulang pada korang sendiri. Allah dah tetapkan rezeki saya diatas sana, so maknanya kalau ada rezeki saya, Alhamdulillah le jawabnya. Kalau tak ada, saya redha dengan ketentuanNya.

So, jumpa lagi….bai….

Lagi cerita pasal cetak baju……

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Selamat Hari Pekerja pada yang bekerja…korang yang student pun, Selamat jugak sebab tak yah pegi kelas hari ni sebab cikgu pun pekerja gak…heheheh. Selamat le korang.

Hari ni saya cuti (saya kerja full time) & orang rumah yang buat full time. Saya bantu dia dari segi buat design & blok. Printing dia yang buat. Itu le. Saya yang pegi kursus, dia yang terer. Kalau ikutkan dia ada degree Ekonomi kat UKM tapi rezeki untuk bekerja tak ada, alih2 Tuhan bagi rezeki ke sini rupanya.

Alhamdulillah le sebab kalau bisnes dari rumah ni, banyak kelebihannya. Boleh jaga anak, boleh tengok anak membesar, boleh rehat bila2 masa nak rehat, boleh tengok citer Korea ke, Indon ke, Mexico ke sambil buat printing & macam2 lagi le. Tapi kalau nak bersosial tu, susah skit le sbb kalau kerja pejabat ada kawan2. Kat rumah ni berkawan ngan anak, suami, mak ayah & jiran2 je lah. Tapi bagi saya, kerja kat rumah ni memang best.

Ok..rasanya baru lagi citer pasal baju, so hari ni nak tambah lagi cerita pasal baju2 tu sebab dah banyak tempahan yang kitaorang dapat. Takut tak sempat nak masuk dalam blog ni.

Kali ni nak citer pasal beberapa design baju yang agak sempoi yang kitaorang dah buat sebelum ni. Salah satunya, design baju kat bawah ni. Ramai jugak yang suka tempah baju I Love…ni.

cetak t shirt

cetak baju

Sebelum ni pun dah banyak yang customer dah order. Untuk design I Love(bentuk love) tu memang saya dah ada blok dia. Cuma tambah tulisan atau gambar je lepas I love tu. Korang yang berminat, boleh le nak order kalau nak.

Ada satu lagi design yang agak cantik untuk dikongsikan. Design gambar orang betul tapi 1 kaler jer cam kat bawah ni.

cetak baju

Design baju camni senang je. Customer bagi gambar original kat saya pastu saya tukar ke design kat atas ni guna Photoshop. Sonang je. Tapi kalau nak print gambar original, saya surrender awal2 sebab saya print guna Silkscreen, bukannya Heat Press. Kalau Heat Press memang boleh kalau nak buat design original. Cuma saya tak buat heat press ni. Printer rosak.

Kat bawah ni ada lagi baju2 tu untuk tatapan korang….

print baju keluarga

t shirt kartun

Sempoi kan. Kalau sape berminat nak buat camni, korang isi je maklumat kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun & emel sekali gambar korang yang nak diprint tu. Peringatan…harga baju base on kuantiti. Kalau order sikit, mahal le skit harga dia. Saya harap korang paham le ye.

Yang gambar kat bawah ni lak, customer bagi dah complete camtu…lagi senang saya nak print. Yang ini saya buat saiz A3. Kalau besar nampak cantik skit.

cetak baju

cetak t shirt

Gambar yang ini lak, jauh tempahannya. Dari Sabah bah…geng2 Forensik hospital kat Sabah.

Yang ini pun, design diaorang bagi. Oleh sebab, design dia agak complicated, saya kena upah designer profesional untuk touch up balik untuk sesuai dibuat silkscreen. Mana tak susahnya…cer tengok gambar kedua tu. Tak ke pening kalau nak print tu.

cetak tshirt group

cetak baju group

Nak buat design ni sebenanya bukan mudah….saya hanya boleh touch up design basic jer. Kat universiti dulu belajar akaun, tak belajar grafik pun. So, terpaksalah saya upah designer luar untuk buat balik design tu.

Itu le…kalau customer bagi design yang pelik2 tu, saya pening gak. Kalau yang betul2 susah nak buat, saya akan bagitau terus saya tak leh buat sebab kalau saya kata boleh buat, nanti pelanggan tu mengharap.Mana yang boleh buat, saya akan cuba usahakan sebaik mungkin untuk buat.

Ok..kat bawah ni saya masukkan semua gambar yang sempat saya ambik sebelum ni. Ada jugak baju yang saya tak cerita kata atas ni. So, korang tengok le ye…mana yang berkenan boleh tiru…ye tak?

So…sempena Hari Pekerja 1 Mei hari ni, ini jelah dulu yang boleh saya kongsi ngan korang.

Cam biasa, kalau sape2 nak order baju untuk apa sahaja aktiviti korang, jangan malu & jangan segan, kontek je kitaorang samada dengan isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun, sms/call atau emel je ke adminkomisen@gmail.com.

Kalau nak tahu harga baju & nak tengok baju, klik jer kat bahagian katalog kat atas nun….ok!!

So, see you soon….baiiiii….

T Shirt group Reunion – antara cetak T Shirt yang agak mencabar!

Hai & Salam Cetak Baju,

Masih bercuti lagi hari ni. Walaupun kitaorang dalam bercuti raya cina tapi tempahan t shirt tetap dibuka.

Cuma nak bagitahu jer…kalau sape2 nak urgent, susah le sikit sebab supplier kitaorang semua cuti raya sakan seminggu. Kalau nak urgent, guna baju sendiri, Insya Allah! kitaorang boleh buatkan. Isnin depan supplier bukak kedai.

Kepada sape2 yang rasa2 nak order baju, cuma nak ingatkan…..saya tak boleh bagi harga tepat sehelai tanpa design yg nak diletak kat atas baju tu. Kalau tak ada design, paling kurang pun bagitahu berapa warna, berapa design, baju jenis apa & berapa lai nak order. Maklumat ni membantu skit kalau nak tahu harga selai yg kitaorang boleh bagi.

Kalau design banyak warna, pastu besar lak tu…sebesar baju, kitaorang caj lebih skit daripada biasa sebab mengambilkira kesusahan masa nak siapkan baju tu..

Macam cerita yg saya nak kongsi hari ni yang saya dah janji nak citer sebelum ni. Design, jenis baju & kuantiti memang diaorang dah set dah semua. Pada awalnya, diaorang emelkan gambar design yng nak dicetak kat atas baju tu seperti kat bawah ni….

Cetak t shirt group

Cer tengok, betapa berapa warna yang saya kena buat & berapa besar design yang saya perlu buat. Tapi oleh kerana customer setuju dengan harga yang saya letak, so no problem, kitaorang boleh buat punya….

Kalau diikutkan saya kena buat 6 blok cetak. Saya kena buat 4 blok saiz A3 & 2 blok saiz A4 untuk dapatkan design cam kat atas ni. Cer tengok gambar blok yang saya kena buat tu….

cetak tshirt group

Dan cuba tengok lak macamana saya kena pecahkan warna design tu ikut warna masing2. Kalau tak macamana nak print atas baju nanti. Setiap blok kat atas ni, mewakili setiap warna dalam design tu. Cer tengok lak camane saya kena pisahkan warna design tersebut untuk dimasukkan pada blok. Kat 2 hari jugak saya terpaksa pisahkan design tu…

cetak t shirt group

Daripada 1 design, saya kena pecahkan ke 5 design ikut warna. 1 design untuk belakang. Memandangkan dia tempah design tu dari atas bahu sampai ke baju bhagian bawah, so saya kena guna blok saiz A3. Tu yang mahal skit tu. Dye pun banyak guna gak.

Ok….bila proses pisahkan warna dah siap. Pening gak nak pisahkan warna tu tapi customer punya pasal, no problem punya. Lagipun dia dah bayar separuh, camane pun kena buat le jugak. Lagi satu, dia nak guna 21/01/2012(semalam), so memang kena siapkan cepat.

Hah….ini lak langkah2 yang saya nak citer time print baju tu lak. Dari awal baju tu kosong sampai le siap print habis semua. Memandangkan isteriku yang tercinta dah expert print baju ni, so bagi dia tak ada masalah le.

Camni le kitaorang print baju tu….

t shirt group

Susun dulu baju atas meja..siap letakkan pelapik dalam baju nak bagi print nampak cantik skit.

cetak tshirt

Mula2 kena buat base putih dulu...baru warna dia menyerlah skit. 2 kali tindih ni sbb nak bagi sharp skit warna dia.

cetak baju

Tindih dulu ngan warna kelabu...ikut design asal. Warna lain blum lagi.Kena buat satu2..ini le sebenarnya yg kami buat kalau banyak warna.

cetak  baju kelas

Pastu tindih lak warna untuk tulisan....tulisan ni 2 warna ni. Blok pun saya kena asingkan ikut warna dia.

t shirt kelas

Dipendekkan citer....siap le satu baju ikut design yang customer nak tu. Gambar blur skit sebab ambik gambar tak pakai flash, takut tak nampak gambar.

So….nampak tak proses dia. Saya bukan apa, saje nak citer pada u all yang rasa2 nak buat t shirt tapi tak nampak proses dia. Langkah2 ni le antara yang beri efek pada harga selai baju.

Mungkin nampak cam senang jer tapi kalau betul2 memang agak susah skit ler, senang citer.

Tapi kalau kuantiti banyak, kitaorang tak kisah sebab bila kuantiti banyak, untung yang kitaorang dapat tu berbaloi dengan hasil kerja kitaorang tu.

Ini pulak gambar untuk bahagian belakang lak….

cetak baju group

Design ni kejap kitaorang buat sebab 1 warna jer.Kalau 1 warna, insya Allah! 500 lai pun dapat siap 1 hari jer.

Kadang2 yang ambik masa lama tu, kalau kena tindih2 warna cam kat atas tadi tu. Dah siap satu layer, kena bagi kering dulu pastu baru tindih warna lain.

So…citer saya hari ni harap2 customer & bakal customer saya faham le camane prosesnya tu. Bukan saya tak boleh buat sehelai kalau banyak warna tapi prosesnya agak rumit. Kalau setakat 3 warna ke bawah, Insya Allah kitaorang boleh siap cepat & harga pun tak mahal sangat.

Rasanya takat ni dulu le kali ni. Lepas ni, saya nak kongsi lak citer pasal beza kalau kilang print & kalau company kecil-kecilan cam kitaorang kalau buat bisnes. Memang banyak bezanya.

Okay…..cam biasa. Sape2 yang berminat nak order t shirt group ke, kelas ke, company ke atau aaaaaaaaapa saje aktiviti korang, jangan segan & jangan malu, boleh kontek kitaorang.

Biasanya isi maklumat tempahan korang kat page “Nak tahu harga tak?” kat bahagian atas nun.

Takpun call pun boleh, sms boleh hatta emel lagi le buleh. Insya Allah! kita orang pasti jawab soalan korang. Tapi bila kitaorang dah jawab tu, paham2 jelah, tolong le bg feedback. Kebanyakannya senyap jer bila kitaorang bg feedback. Bantu le kami untuk membantu anda…chewah!!!

Jumpa lagi…baaaiiiii….assalamualaikum!