Blog Archives

KOS POS FREE SATU MALAYSIA!!!!!

Hai!

Jumpa lagi. Hari ni nak buat makluman tergempar skit. Hari tu kitaorang sembang2. Alah….sembang laki bini. Cam pekerja ngan bos gitu. Kitaorang bincang pasal masalah kalau orang yang jauh2 + dikawasan pedalaman atau luar bandar nak order tapi risau pasal kos pos.

Mungkin ada yang nak order dgn kitaorang tapi pening kepala mikirkan duit pos pulak. Betul tak….?

Jadi, lepas kami berbincang2…kami pikir camnilah, niat asal tu nak bantu orang yang kat luar sana nak dapatkan baju kitaorang tanpa perlu keluar dari kawasan masing2, jadi kami buat keputusan, kos pos kita bagi PERCUMA jer.

Mungkin korang rasa cam…betl ke dia ni? Untung ke? Yang itu no hal punya. Sebab kami pegang prinsip yang kalau kita tolong orang, Allah pasti tolong kita.

Mana tahu dengan cara tu, Allah bagi rezeki lebih lagi kat kitaorang…betul tak?

So, sape2 yang rasa nak order baju ngan kitaorang tp pening mikirkan pasal kos pos, jangan risau. NO COURIER CHARGES, NO POST CHARGES. ITS FREE.

DIULANGI…….KOS POS FREEEEEEEEEEEEE!

Rebut le peluang sekarang sebelum we all tarik balik nanti……

Ok le….U all pikir2 kanlah.

Cam biasa…kalau tak ada citer pasal baju memang tak sah. Alhamdulillah! kebelakangan ni rezeki melimpah ruah. Tak berenti2 orang order baju. Ada yang order baju kelas, ada yang order baju majlis dan mcm2 lagi, dik…

Cam baju kat atas ni….ni baju untuk kelas ni. Ini antara design favourite aku sebab kaler dia nampak cantik gitu. Kreatif tul budak2 ni. Baju ni design depan belakang. Bijok..memang bijok!

Ok…kalu nak order, boleh call atau sms aku atau isteri ku seperti kat atas nun.

Bai……jumpa lagi!

P/S : KOS POS FREE…..KOS POS FREE…….REBUT LE PELUANG NI SEKARANG! KALAU TAK NYESALLL….

Kepakaran saya ialah selesaikan masalah siapa sahaja yang nak tshirt bercetak!

Assalamualaikum wbt & Salam 1Malaysia,

Tajuk cam gempak jer….tapi kalau ikutkan memang gempak pun…heheheh. Bukan riak atau takbur tapi nak bagi u all konfiden dengan servis yang saya bagi skang ni..

Ok..sekali lagi saya nak sebut. Dengar baik2 eekk….ehem..ehem…..KEPAKARAN SAYA IALAH MENYELESAIKAN MASALAH SESIAPA SAHAJA YANG INGINKAN BAJU ATAU TSHIRT BERCETAK WALAU DIMANA SAHAJA ANDA BERADA – ONLINE MAHUPUN OFFLINE.

Agak2 paham tak….statement kat atas tu saya tujukan pada sape2 jer yang mungkin konfius ataupun tak konfiden dengan servis yang saya bagi.

Kalau saya sebut cam kat atas ni, korang mesti konfiden yang aku memang pakar dalam sediakan baju bercetak atau bersulam walau diceruk mana pun u all duduk.

Oklah….aku tak nak merapu panjang2. Cam biasa aku nak kongsi ngan korang job2 yang aku dapat baru2 ni. Kalau ikutkan bertimbun2 maklumat aku nak masuk dalam blog ni tapi sebab banyak sgt tempahan…tu yang tak sempat tu.

Ok…job ni aku dapat dari budak sekolah kat area rumah aku. Diaorang bagi idea, aku cari design tu. Simple jer tapi cantik gak design dia…hehehe. Angkat bakul skit. Jangan marah ahh!!

Kat bawah ni aku paparkan sikit hasil kerjatangan aku & isteriku yang tercinta, Cik Sally…

Cetak tshirt

Baju design tapak tangan...idea diaorang, aku designkan.

Cetak tshirt

Baju kolar....design depan belakang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cetak tshirt

Biasa le...jemur tengah2 rumah.Nasib baik mak tak marah.heheheh...

Cetak tshirt

Time nak print kena susun camni...baru le cepat skit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Selain daripada baju2 kat atas ni, aku sempat jugak ambik gambar baju2 lain yang ditempah. Korang tengoklah sendiri kat bawah ni. Semuanya kitaorang buat sendiri……tu yang dapat murah skit tu. Korang nak order kontek jer kitaorang.

Cam biasa…..kalau nak order.Call kitaorang kat nombor atas nun atau emel jer kat adminkomisen@gmail.com. Insya Allah! tidak dihampakan.

Ok..jumpa lagi.Baiiii……

Sulam lencana RELA Felcra….

Hai,

Berjumpa lagi kita…..kalau diikutkan tiap2 hari rasenye nak update citer pasal printing baju ni tapi sebab sibuk skit, so mana yang sempat jelah dulu.

Hari ni saya ada cerita lain skit daripada biasa. Biasanya pasal print baju tapi ari ni nak citer pasal tempahan lencana kain bersulam lak. Lencana ni ditempah oleh geng2 platun RELA Felcra kat tempat teman ni ler.

Seperti yang aku citer sblm ni, bukan stakat printing baju je aku buat. Aku ada gak order tempahan untuk sulam.

Diaorang order dalam 50 keping. Jahit sendiri. Alah! yang letak kat lengan tu….cam lencana Pengakap, Pandu Puteri dan yang sewaktu dengannya.

Kat bawah ni korang tengok le sendiri lencana yang dah siap tu….

Platun Rela Felcra

Lencana Platun RELA Felcra siap untuk diagihkan

Platun Rela Felcra

Logo ni adalah logo Platun Rela Felcra yang pertama di Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Logo Platun Rela Felcra

Design dia, diaorang cakap je....pastu aku designkan...senang jer..

Logo Platun Rela Felcra

Semua pakai mesin sulam.....cantik skit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lencana Platun Rela Felcra

Banyak wooooo.......

Lencana ni diaorang guna masa ada majlis kat Lumut hari tu..lupa dah bila. Satu lagi, logo & lencana ni first time diaorang pakai. Maknanya dalam Malaysia diaorang yang pertama guna.

Kembang hidung jugak le aku tumpang skaki. Diaorang kata kalau satu Malaysia berkenan nak buat logo cam ni, diaorang nak order ngan aku. Insya Allah! mudah2an ada le rejeki tu.

Kalau korang nak order, cam biasa, u all boleh call/sms I seperti kat atas nun. Jangan risau, harga boleh kao tim lagi. Asalkan korang puas hati dah. Kalau rasa nak emel pun boleh….emel je ke adminkomisen@gmail.com.

Ok…wa chow dulu. Jumpa lagi nanti…baiiii…

Cetak T Shirt….Cetak T Shirt…….Cetak T Shirt……..dan lagi…dan lagi…dan…

Model baju t shirt

Hai….jumpa lagi. Masih beraye ke? Tak abih2 lagi beraye. Almaklum le pose sebulan. Raye pun sebulan le.

Cam biase, aku nak kongsi ngan korang baju yang kitaorang dah buat sebelum2 ni. Bukan apa, nak bagi korang konfiden yang kami ni memang buat t shirt bercetak. Bukan saje2 citer je.

Sebelum tu, korang tengok le dulu model cilik kitaorang ni. Upah singgit sorang je. Buat beli aiskem wak kat blakang rumah nun..hehehe.

Ok….hari ni aku nak kongsi baju t shirt kartun elmo yang dah ditempah sebelum ni. Kartun elmo ni ambik dalam internet je. Pastu sendiri buat blok. Senang je.

T Shirt kartun elmo..tak siap lagi ni. Hidung tak warna lagi.

Ini le bajunya. Buat depan jer. Hidung tu sepatutnya kuning tapi ini tengah jemur ni. Mula2 buat putih. Pastu tindih hitam & tindih kuning.

Ni lagi satu contoh.....tepi tu gambar blok.

Gambar depan tu nyibuk jer....nyelit sambil jemur tu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Aisey…..lupa nak ambik gambar yang dah siap. Kalau ada sape2 nak order, cam biasa kontek je nombor telepon kat atas nun. Kami sedia menghantar ke serata Malaysia dengan harga orang kampung….murah dari biasa. Al maklumlah buat kedai tepi rumah jer. Sewa pun tak payah bayar…

Ni ada satu lagi set baju yang kitaorang dah siap buat. Kalau korang nak baju yang berkualiti dengan harga yang agak murah dari pasaran biasa, korang boleh cuba tempah ngan aku.

Baju budak For 2 yang berwawasan tinggi....Never Say Never!

T shirt dah siap print sedang dijemur.

Ni lagi duk tengah jemur....kat tepi2 katil jer.

Ni bahagian belakang...Tingkatan 2C4.Siap nama skali.

Ni dah siap corak kat tepi....tadi buat tulisan jer.

3 kali print ni...hitam depan belakang & putih corak depan. Cantik gak corak dia.

Ni anak sape lak ni...nyebukkk jer depan baju tu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kat atas ni lagi baju yang dah siap buat. Kalau betul2 banyak jugak order diaorang tapi sempat ambik gambar skit termasuk le gambar model cilik kat atas tu. Bila masa dia datang menyelit tak tahu le.

Semua baju kat atas ni dalam lingkungan RM25 ke bawah. Harga student tu. Kat tempat lain tak tahu le teman berape hargenya. Tempahan ni kitaorang buat kejap je sebab design dia simple je. Kalau tak silap, tak satu hari buat ni rasanya.

Ok le…..kalau berkenan nak order, call atau sms kitaorang. Kami akan layan anda semua sebaik mungkin, Insya Allah!….jumpa lagii….