Monthly Archives: May 2013

Bukan tshirt je kami jual….baju korporat / F1 pun ada.

Hai korang & Salam Cetak Baju semua,

Apa kabor korang? Harap sihat2 le selalu walaupun cuaca agak panas sekarang ni. Biasa le tu…ujian dari Allah. Nak tengok kita sabar ke tak.

Ok…hari ini saya nak promote baju korporat atau lebih dikenali dengan baju F1 kat korang. Tapi baju korporat ni hanya dari brand Oren Sport je sebab bagi saya kain dia memang cantik berbanding dengan brand lain.

Cer korang tengok ni…..

Gambar Baju F1Macam2 pilihan ada kan…..

Cer korang klik kat SINI lak….<<KLIK SINI UNTUK LIHAT DETAIL BAJU KORPORAT / F1 TU>>

ataupun korang klik kat page Katalog Baju Oren Sport kat atas nun & cari Baju Korporat / F1.

Semua detail pasal baju tu ada. So, terpulang pada korang.

Baju korporat ni sesuai buat sulam atau kita panggil embroidery kalau nak buat logo atau nama. Print tak sesuai.

Kalau nak sulam logo tambah RM5 selai & nama RM3. Kalau nak sulam2 lain, kontek saya untuk dapatkan harga nanti ye.

Harga selai kosong pun antara RM45 ke RM48 selai. Memang agak murah berbanding syarikat2 lain. Kos pos FREE lagi tu. Mana nak cari.

So, kalau korang berminat..kontek kitaorang nnti ye……

Ok….cam biasa. Kalau tak cerita pasal tempahan baju, memang tak sah. Apa cerita kita hari ni…..

tshirt cetak group

tshirt cetak group

Ini baju group UKM ni….design atas ni sebelum tindih putih ni. Asalnya cam gambar bawah ni….

design baju cetak

Pastu dah tindih putih, jadi le cam kat bawah ni….

tshirt cetak

Kalau design camni…saya akan mintak designer saya buatkan. So, akan kena caj design sikit le..tapi tak banyak. Biasaya kalau kuantiti banyak, tambah RM1 je selai. Harga tu saya akan serap dalam harga baju nanti.

Ini antara gambar2 yang saya sempat ambik….

tshirt cetak

tshirt cetak baju

Selain daripada tu, ada gak baju cam kat bawah ni yang kami terima…..

CETAK TSHIRT

cetak baju

Depan belakang 1 kaler putih. Mudah je nak print sebab design semua diaorang dah bg siap dah. Cuma tinggal nak print je. Hari tu diaorang bagi dalam bentuk jpeg, pastu sy tukarkan ke dalam Adobe Illustrator.

TIPS :

Biasanya design dalam format jpeg pecah2…design dia tak sharp. So, kitaorang guna Adobe Illustrator & guna function live trace untuk jadikan design tu lebih sharp bg tujuan printing. Mudah sangat.

tshirt cetak

cetak baju

Selain daripada tu…ada lagi tempahan lain….

cetak bajuYang ini pun simple je…1 kaler je. Tapi walaupun nampak simple tapi masih lagi perlu adjust design tu bagi nampak kemas & sharp skit. Kalau tak memang nampak tak kemas.

cetak baju tshirt

Simple je…so, tak yah le saya cerita panjang ye. Apalagi…..

tshirt i love

Yang ini tak banyak order…kalau tak silap, 6 lai je hari tu rasanya. Asalnya diaorang bagi design camni…

Design Baju Ni bahagian depan ni….pastu masa print, jadi le cam kat bawah ni…

tshirt cetak

Nampak tak? Sori…ambik gambar tengah panas. Tak nampak sangat. Tapi lebih kurang le dengan design yang saya attach kat atas nun kan.

So, oklah ye….rasanya ini saje cerita yang boleh saya kongsikan hari ni. Line slow skit…tu yang tak semangat sangat nak bercerita tu.

Tapi apa2 hal pun, kalau korang nak order baju, cam biasa le ye…klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun. Kalau rasa nak dengar suara kitaorang, boleh call saya sendiri di 0192254028 (Nik) atau 0193643692 (Salina).

Takpun emel je terus. Terpulang pada korang sendiri.

So, jumpa lagi dilain rancangan….baaaiiiii……

Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com 

TSHIRT BARU KAMI OFFER – BRAND GILDAN….HOODIE PUN ADA!!!

Hai & Salam Cetak Baju pada semua pelawat mohcetakbaju.com,

Tarik nafasss…..fuuuhhh!!! hembusss….tarik nafasss…..hnsfffh!!!…hembus!!! Rileksss….

Fuuhhh!!! lega sikit. Bukan apa…nak bgtau yang lepas balik Umrah ni, rezeki tak putus2. Syukur sangat2. Memang tak menang tangan terima order dari customer2 kitaorang.

Ok…saya tak nak cerita panjang pasal tu. Yang penting kita yakin ngan Allah & jujur + ikhlas masa buat kerja, In Sha Allah, rezeki2 tu akan datang dengan sendiri. Percayalah.

Hari ni saya nak bgtau ni…..saya nak perkenalkan TShirt baru untuk korang pilih iaitu TShirt brand Gildan. 100% cotton dari US. Bukan je ada TShirt biasa tapi ada hoodie lagi….apa ke benda HOODIE tu? HOODIE tu yang macam baju sejuk tapi ada serkup kat atas kepala tu. Macam penyanyi rap US tu. Biasa kan diaorang pakai baju camtu. Takpa….tak tahu gak, cer tengok gambar2 baju kat bawah ni nanti.

Untuk makluman korang jugak….kain jenis Gildan lebih kurang Enzo gak kualiti dia & bg saya lebih sikit dari Oren Sport.

Kaler pun banyak…ada 21 kaler untuk korang pilih. Memang cantik2 semua kaler2 dia. Kalau student2 mesti excited punya tengok kaler dia. Cer tengok antara contoh tshirt Gildan tu ngan Hoodie yang saya bgtau tadi….

KALER CHARCOAL

KALER CHARCOAL

KALER HELICONIA

KALER HELICONIA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KALER IRISH GREEN

KALER IRISH GREEN

 

KALER AZALEA

KALER AZALEA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HOODIE

HOODIE

Ini le rupanya HOODIE tu…jenis yang berserkup atas kepala. Korang nak print apa2 atas baju tu pun boleh…

So, kalau korang nak tengok semua jenis baju tu & harga sekali, korang letak mouse kat page KATALOG GILDAN kat atas nun,  pastu pilih je mana yang berkenan. Saiz baju boleh tengok dalam page Saiz & Ukuran Baju kat bahagian atas nun. Kat situ ada saiz2 baju tu ye.

So….apa tunggu lagi. Boleh le korang start order baju2 tu ikut warna kesukaan korang. Cuma korang kena le sanggup bayar lebih sikit sebab kualiti kain dia bagus & harga dia pun lebih kurang macam Oren Sport ngan Enzo je.

Barang baik mestilah ada harga sikit, ye tak?

Ok….takat tu dulu cerita pasal Gildan tu. Korang boleh kontek kitaorang terus kalau tak faham tentang baju tu ye…

Nak bagitau jugak ni…mulai hari ni, saya selaku bisnesman printing baju yang dah nak masuk tahun ke 3 dah tahun ni & dah siapkan order customer beberapa ribu lai dah, akan berkongsi ngan korang TIPS & INFO HEBAT PASAL CETAK BAJU ni untuk maklumat korang semua. Pastu, antara cerita tempahan baju tu pun saya akan selit gak tips2 pasal cetak baju tu. Orang kata, tak baik kalau ada ilmu tapi tak kongsi…takut Allah tarik ilmu tu nnti kang.

———————————————————————-

Apa TIPS & INFO HEBAT PASAL CETAK BAJU minggu ni :

TIPS UNTUK SAPE2 YANG NAK BUAT BISNES ONLINE :

BUATLAH BISNES SEJUJUR & SEIKHLAS MUNGKIN &
NIATLAH UNTUK MEMBANTU ORANG….NESCAYA
REZEKI ALLAH AKAN DATANG DENGAN SENDIRINYA
NANTI.

————————————————————————–

Ok….apa citer cetak baju hari ni? Cer tengok citer kat bawah ni…..

tshirt group

tshirt group

Ini untuk customer jual satay ni. Belakang 2 kaler & depan 1 kaler. Design semua guna Customink.com. Agak mudah untuk dibuat & kalau tak silap, sejam siap baju ni.

Cerita kedua….

tshirt group

tshirt group

Yang ini 2 kaler….agak mudah jugak sebab design dia besar & tak komplikated. Biasanya design camni, saya akan print dulu semua putih termasuk tulisan ROBOT tu. Pastu, bila dah kering saya tindih kaler merah yang ROBOT tu lak…

TIPS :

Kaler merah tu saya akan tebalkan skit bahagian tepi dia supaya bila nak tindih, kaler putih belakang tu tak nampak.
Design ngan font semua saya tengok kat Customink.com, pastu saya cari dalam Google & download font tu untuk saya print out.

Cerita ketiga…..

Asalnya camni…..

Baju group

tshirt group

 

Yang ini mencabar sikit sebab ada banyak kaler nak kena print tu. Sesetengah orang dia guna locking ataupun kunci untuk tindih banyak2 kaler supaya tak lari. Tapi macam kitaorang, Alhamdulillah, isteri saya tukang printing guna mata je. Masih jugak tak lari design dia masa printing.

 

baju group

 

Yang ini gambar asal…sebelum tindih kaler2 ikut design asal tu. Guna 1 blok je atas bawah. Senang. Tak yah buat 2,3 kali print.

Ini lak gambar belakang dia…senang je…1 kaler print je…

tshirt group

 

Ok…lagi cerita pasal tempahan kitaorang…..

cetak tshirt kelas

 

Ni baju group ni….design dia agak mencabar skit masa nak print sebab ada macam gradient kat design baju tu. Mula2 tu pening gak mikirkan camane nak buat ye. Hampir give up gak sebenarnya.

Cuba bayangkan…customer hantar cam kat bawah ni, yang ada kaler gradient ataupun kita panggil warna ikut tone…mula2 gelap, pastu cerah & cerah lagi….

cetak tshirt group

 

Alhamdulillah…menjadi jugak atas usaha & tungkus lumus dapatkan design sebijik camtu. Design belakang lak cam kat bawah ni….

tshirt cetak kelas

 

Nampak macam blur tu sebab kamera tu…kalau ikutkan sharp lagi gambar dia…

TIPS :

Design gradient ataupun tone kaler ni kena buat dalam Adobe Ilustrator. Kalau nak belajar, boleh cari dalam Youtube. Belajar ngan tok guru gak ni sebenarnya.

Ok….takat ni dululah ye. Panjang2 kang, pening lak nak baca nanti.

Pada sape2 yang rasa seronok baca artikel kitaorang ni & nak tahu tips2 terkini pasal cetakan baju, korang boleh le FOLLOW blog saya ni. Maknanya kalau keluar button follow kat blog saya tu, klik je. Pastu, kalau ada cerita baru atau ada offer2 hebat yang saya upload, korang le antara orang pertama yang dapat tahu nanti.

So….cam biasa2. Kalau nak order, jangan malu2 & jangan segan2 untuk korang isi dulu form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya & emelkan design yang nak print tu untuk saya bagi harga.

Takpun, korang emel je terus ke adminkomisen@gmail.com, sms atau call terus kitaorang. Terpulang pada keselesaan masing2 ye.

Ok…sampai jumpa lagi….baiiiiiii……

Mengundi, mengundi jugak tapi tshirt tetap tshirt……

Hai, Salam Cetak Baju & Salam Mengundi buat semua,

Hari ni 5 Mei 2013, sejarah dalam negara….Hari Mengundi. Saya tak nak cerita bab politik tapi nak cerita skit pasal mengundi je ni. Kalau citer bab politik kang, tak laku lak baju kitaorang nanti. Almaklumlah….pelanggan saya macam2 adaaa….tak kira parti.

Actually, saya baru semalam sampai dari Perak. Balik ke Kemaman, Terengganu, rumah mak merangkap Kawasan mengundi. Tiket bas ambik dari Lumut jam 6 petang semalam & pukul 4 pagi baru sampai Kemaman.

Sepanjang perjalanan dari Lumut tu meriah betul tengok suasana pilihanraya. Macam2 stail ada. Sambil2 tu jeling2 gak kat tshirt2 yang diaorang pakai….macam2 jenis gak ada.

Pagi ni, jam 9 pagi…pegi mengundi. Tak ada le ramai noo orang. Jap je beratur, dah siap dah…Balik rumah sambung balas emel pelanggan, update blog ni & jap lagi nak siapkan design2 customer yang order sebelum ni.

Malam ni tunggu keputusan PRU & esok balik Perak balik, naik bas…pastu, sambung balik rutin harian cam biasa.

Harap2 korang semua lancar le mengundi. Tak yah le terlalu taksub sangat ngan parti masing-masing. Kita sokong biasa2 jelah. Kadang2 tu, kita ni punyalah bergaduh sesama sendiri pasal parti tapi kadang2 tu, pemimpin2 lepas sidang Parlimen, elok je bersembang kat tempat minum.

Politik ni memang camtu….apa2 pun, kalau nak order tshirt, bagitahu saya nnti…heheheh(tak ada kaitan pun).

Ok….Hari ni cam biasa…..apa citer pasal baju yang orang tempah sebelum ni ye?

Cerita satu…..asalnya customer buat design sendiri kat Customink.com cam kat bawah ni…..

baju kelas cetak

Hasilnya, cam kat bawah ni…….

baju kelas

tshirt kelas

tshirt kelas

Alhamdulillah, diaorang semua puashati. Kalau tak tahu nak buat design baju tu, senang je. Buat kat page “Buat Design Sendiri” kat atas nun. Guna Customink.com. Pastu, saya akan ikut sebijik design kat website tu & transfer ke baju. Hasilnya…..cam kata atas ni le….

Baju kedua….

Design asal yang diemel cam ni…

tshirt family day

Yang ini agak mudah nak buat sebab customer ni dah siap bagi dalam bentuk Adobe Illustrator. Saya hanya print out untuk buat blok printing je. Tak yah nak touch up apa2 doh. Hasilnya seperti kat bawah ni…..

tshirt family day

tshirt hari keluarga

tshirt family day

2 kaler print ni…guna blok saiz besar skit dari A4. Kalau sape2 yang buat bisnes printing baju, mungkin pelik camane saya print 2 kaler tanpa ada marking atau “lock”. Saya guna tulisan bawah tu je sebagai marking saya untuk blok kaler Oren tu. Paham ke? hehehehe…..Tak paham, boleh tanya.

Ok…cerita ketiga…..Yang ini spesial skit. Cuba tengok berapa banyak kaler saya nak print kat baju depan tu.

Tahu tak saya buat camane? Yang ini saya syorkan guna heat press tapi guna kain jersi kaler putih. Cuba tengok hasilnya kat gambar bawah lagi……

tshirt cetak

cetak tshirt

Yang ini saya kena guna heat press sebab banyak sangat kaler dia. Bawah ni proses nak buat heat press tu….

cetak bajucetak baju

cetak baju

Belakang saya guna dye biasa je…tapi sori, sebab lupa nak ambik gambar belakang. Yang belakang tu, senang je sebab 1 kaler je. Nak tahu tak sehelai berapa saya jual baju ni….hari tu, customer ni order 36 helai..saya tolak RM20 selai. Guna baju jersi plain Oren Sport.

Cuba baca apakata customer ni…tak percaya, boleh emel, tanya dia terus.

—————————————————————————————————————————————-

(Tanpa sebarang suntingan pada komen)
Nama: Nurul Hamidah Muhammad
Alamat Emel: nurha93@gmail.com
Komen/Teguran/Pesanan Untuk Kami: nir first time order baju & tempah sebanyak 36 helai..takut jugak mule2 tu tapi service ok dan kualiti printing pun memuaskan..kawan2 semua cakap cantik baju tu..

Admin : Tq, Nurul atas komen ikhlas tu…..

——————————————————————————————————————————————

Ok…cerita last untuk hari ni…saya combine kan 2 cerita sekali ye…

tshirt rewang kawin

baju kahwin

baju hari keluarga

Baju yang dua kat atas nun, tshirt kahwin & yang gambar bawah ni baju family day. Dua2 mudah nak print sebab 1 kaler je. Macam saya ceritakan dalam artikel2 sebelum ni..kadang2 tu, nak touch up design yang korang bagi tu yang ambik masa lama. Kadang2 sampai 2 hari…tapi time printing kejap je. Jeles I kat isteri I sebab dia tukang printing…hehehe. Biasa le, isteri jadi bos….saya jadi kuli je. I love U darling…hehehehe….

Ok le ye…..letih naik bas tak hilang lagi sebenarnya. Bas tak lalu sangat jalan hiway, tu yang rasa sakit2 seluruh badan tu.

Tapi emel customer tetap & wajib berjawab…walaupun tak ada apa2 feedback pun lepas tu. (Cam merajuk jer).

So, cam biasa…..nak order baju atau nak survey harga dulu, korang boleh klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya & isi form kat situ. Pastikan korang dah survey jenis baju kat katalog2 baju kat situ & dah ada design & detail lain. Baru lengkap boleh bg harga. Kalau takpun, boleh call/sms atau emel terus. Terpulang pada masing2.

Jumpa lagi korang….baibaiiiiii……

Nik,
Teratak Ibu ~ 05 Mei 2013 ~ Hari Mengundi PRU 13