Monthly Archives: November 2014
Dapatkan ebook eksklusif “101 IDEA BISNES TSHIRT” untuk anda mulakan bisnes TShirt korang!!!!
Kepada semua pelanggan & pelanggan setia mohcetakbaju.com, hari ni dalam sejarah kami di www.mohcetakbaju.com. Tahu tak kenapa?
Buat julung2 kalinya, kami di www.mohcetakbaju.com ingin menawarkan pada korang satu ebook KHAS yang boleh korang gunakan untuk memulakan bisnes TShirt korang ataupun mengembangkan lagi bisnes TShirt sedia ada korang…
Dapatkan ebook “101 Idea Bisnes TShirt” yang korang boleh buat terus lepas baca buku tersebut. Ebook KHAS ni memang eksklusif dibuat untuk sesiapa sahaja….diulangi! sesiapa sahaja yang ingin memulakan bisnes TShirt mereka TANPA bersusah payah korang nak cetak baju tu sendiri.
Ebook ni dianggap Eksklusif kerana isi kandungan & idea yang kitaorang masukkan dalam ebook ini adalah hasil pemerhatian & pengalaman kitaorang dalam bisnes TShirt sejak 5 tahun kebelakangan ini.
Kenapa nak kena dapatkan ebook ni?
1. Sebab kitaorang beri bukan 1 atau 2 idea tapi 101 idea yang korang mungkin tak terfikir tentang bisnes TShirt yang ada dalam dunia ni.
2. Sebab idea2 yang ada dalam ebook ni boleh beri income part time kepada korang & sekaligus dapat le korang pendapatan tambahan yang memang benar2 boleh buat duit.
3. Sebab…idea yang kitaorang bagi ni EKSKLUSIF hanya untuk mereka yang benar2 komited & bersungguh2 nak buat bisnes TShirt je. Kalau yang jenis hangat2 taik ayam tu, rasanya baik lupakan je lah.
4. Sebab…..idea2 ni hasil pemerhatian & pengalaman kitaorang sendiri yang dah berpengalaman hampir 5 tahun dalam bidang cetak baju ni.
5. Sebab…..memang dah terbukti idea2 ni memang boleh buat duit sebab bisnes TShirt ni memang mendapat sambutan gila2 dari customer. Buktinya…..kitaorang maintain 1,000 ke 3,000 helai sebulan hasil dari bisnes cetak kitaorang semenjak 5 tahun yang lepas.
Ebook “101 Idea Bisnes TShirt” kitaorang berharga RM100 RM250
1. Sudah pasti EBOOK KHAS yang sape2 pun tak pernah buat lagi sebelum ni dalam dunia ni.
Tawaran PERCUMA :
1. Bantuan KHAS untuk semua tempahan TShirt dengan kami
So, terpulang pada korang. Keputusan bijak adalah ditangan korang sendiri. Saya tak rugi apa2 pun.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila emelkan ke adminkomisen@gmail.com.
Jika anda dah bersedia untuk dapatkan ebook tersebut, bank in RM100 ke mana-mana akaun bank dibawah, isi form di bawah ni & emelkan bukti bayaran ke emel kami di adminkomisen@gmail.com.
Nama Bank : Maybank Berhad
Nama Akaun : Ainix Resources
No.Akaun : 508065882325
Nama Bank : CIMB Bank Berhad
Nama Akaun : Nik Nasruddin Nik Malek
No.Akaun : 7015974671
Nama Bank : Bank Simpanan Nasional (BSN)
Nama Akaun : Nik Nasruddin Nik Malek
No.Akaun : 08238-41-00011574-1
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Nama Akaun : Nik Nasruddin Nik Malek
No.Akaun : 13-026-02-010489-3
Nama Bank : Ambank Berhad
Nama Akaun : Nik Nasruddin Nik Malek
No.Akaun : 8881005375293
BORANG TEMPAHAN
Your message has been sent
Setelah kami menerima bayaran korang, saya akan emelkan ke emel korang ebook tersebut dalam bentuk pdf untuk korang terus mulakan bisnes TShirt korang.
HANYA KORANG SAJE YANG BOLEH MENGUBAH NASIB KORANG….ORANG LAIN TAK ADA KUASA PUN. SO, BERTINDAKLAH SEKARANG & LIHATLAH PERUBAHANNYA KELAK!
Semoga kita semua beroleh kejayaan kelak, In Sha Allah.
Dari kami,
Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
P.S : Kalau korang rasa nak start berniaga dalam 2015 ni, cubalah berniaga TShirt yang makin mendapat sambutan kebelakangan ni.
P.P.S : Carilah pendapatan sampingan dalam Tahun 2015 ni sebab korang tak akan tahu apa akan terjadi pada Tahun 2015 ni. Jika GST dilaksanakan, bersedialah untuk korang menghadapi perbelanjaan harian yang tinggi. So, carilah pendapatan sampingan mulai sekarang.
P.P.P.S : Inilah peluang terbaik untuk korang membuat bisnes TShirt Tanpa Pening mencetak sendiri TShirt tersebut.
———————————————————————————————————-
TEMPAHAN CETAK TSHIRT MASIH BERJALAN SEPERTI BIASA
Antara TShirt yang saya pernah siapkan sebelum ni…..
Ok…cam biasa..kalau nak order :
1. Isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun atau;
2. Emelkan detail & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com atau:
3. Call, Whatsapp, sms ke 0193643692 (Kak Salina) atau 0192254028 (Abang Nik) –PERINGATAN….JANGAN CALL MALAM2 YE SEBAB KITAORANG NAK REHAT JUGAK YE…..
Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com
Jom buat bisnes TShirt dengan kitaorang untuk Tahun 2015 ni, nak tak…..
Hai, hai,hai & Salam Cetakbaju semua,
Apa khabar semua? Kejap je dah nak hujung Tahun 2014 & dah nak masuk 2015 dah.
Rasanya macam baru lagi kitaorang buat bisnes cetak baju ni tapi yang sebenarnya dah hampir 5 tahun dah dalam online ni. Kitaorang start bisnes ni dari Tahun 2010 lagi.
Dan sehingga sekarang jugak….dah berpuluh ribu tshirt kami siapkan dengan beribu customer dah order dengan kitaorang. Adat berniaga biasalah…..ada yang OK & ada jugak yang KO tapi majoriti berpuashati, Alhamdulillah.
So, korang camane? Dah berjaya dalam hidup korang dah ke atau masih sama seperti sebelum ni?
Bagi korang yang rasa2 nak cuba berniaga, cuba korang berniaga tshirt dalam Tahun 2015 ni. Inilah peluang terbaik korang sebenarnya.
Tahun depan, ekonomi negara dijangka makin padat & mungkin ada yang sesak nafas dibuatnya. Mana tidak, tahun depan kerajaan buat GST. Banyak jugak yang akan efek perbelanjaan harian korang nanti.
Kita tak boleh buat apa dengan GST tu sebab kita rakyat biasa je. Nak tak nak, kita kena tempuh jugak.
Tapi jangan sebab GST kita tension & rasa tekanan hidup. Cari alternatif untuk tingkatkan pendapatan sampingan korang. Satu daripadanya ialah berniaga TShirt.

Tahu tak korang…..permintaan terhadap TShirt atau pakaian ni akan sentiasa ada sehingga hari kiamat.
Manusia mesti akan sentiasa membesar & memerlukan pakaian baru hampir setiap masa. Takkan nak pakai baju sama je dari kecik sampai besar. Pastu pulak…kalau ada aktiviti, biasanya korang kena buat tshirt jugak.
Islam pun suruh kita berpakaian untuk tutup aurat. So, bisnes pakaian ni memang akan mendapat permintaan yang tidak berhenti2 dari dulu, kini & sampai bila2.
Daripada korang join bisnes2 lain yang entah hape2, baik korang cuba lak bisnes tshirt ni.
Ramai kat luar sana join bisnes yang kena cari orang atau downline. Saya dulupun salah seorang daripada orang camtu. Nak kaya cepat le katakan. Bukan semua orang jenis yang pandai tarik pelanggan join bawah dia & lepas tu, sampai bila nak cari orang camtu. Sampai satu tahap, akan jadi tepu jugak nanti.
Lain dengan bisnes TShirt ni. Korang promote kat FB atau website, orang cari korang untuk buat tshirt dia, deal harga dengan pencetak baju, mark up harga & naaahhh…..dah dapat untung korang kat situ.
Nak lagi untung, cari customer yang nak buat tshirt untuk group. Lagi banyak untung camtu.
Ada tok guru printing saya bgtau dulu….ada kawan dia dapat income RM100,000 sebulan hanya menjadi orang tengah je. Hanya ambik untung atas angin. Dia buat marketing tapi orang lain tukang cetak. Tak ke untung besar tu.
Macam saya sendiri….setiap hari…jujur saya katakan, sehari beratus mesej yang masuk samada melalui emel, Whatsapp, call, blog, sms, website dll. So, camane saya nak katakan yang bisnes ni tak ada permintaan. Setiap hari saya akan menjawab emel tersebut yang kebanyakan besarnya bertanya untuk order tshirt diaorang.
Cuma satu lagi saya nak pesan kat korang….Kalau korang nak buat bisnes TShirt ni, jangan cuba masukkan semua design yang korang ada dalam satu promosi.
Cuba tumpu 1 jenis design atau konsep dulu sebelum start promote baju tu. Cuba familiarkan nama korang dengan design2 tertentu dulu.
Contohnya; korang minat dengan baju baby. So, cuba promotekan hanya baju baby sahaja. Jangan campurkan dengan baju dewasa. Cara macam ni boleh menjamin lagi laku ke tak bisnes korang tu.
Kalau nak lagi hebat lagi…kecikkan lagi skop baju baby tu. Jual baju baby kaler hitam sahaja.
Nak lagi hebat lagi….jual baju baby kaler hitam print I AM sahaja.
Semakin kecik fokus bisnes korang, semakin hebat customer pandang bisnes korang nanti.
Takpun korang jual tshirt secara pakej dengan barang2 lain.
Contohnya; korang jual tshirt untuk hari keluarga sahaja.
Sape2 yang beli tshirt hari keluarga, buatkan pakej sekali dengan beg cenderamata, banner, bendera, mug, button badge & macam2 lagi barang yang berkaitan dengan hari keluarga.
Atau; jual tshirt kawin…buat pakej sekali dengan kad kawin, banner, cenderamata, tuala hantaran dll yang berkaitan dengan majlis kawin.
Itu le sikit sebanyak idea yang saya boleh berikan bagi sape2 yang nak mulakan bisnes TShirt korang.
Korang tak perlu pandai mencetak baju untuk start bisnes Tshirt ni sebab bagi saya hanya orang yang mempunyai seni & minat yang tinggi sahaja boleh mencetak baju tersebut.
Apa yang korang boleh buat ialah….buat promosi, dapatkan order, order dengan pencetak baju (kami pun boleh) & buat untung. Mula2 memang rasa susah tapi bila dah biasa, korang rasa seronok nanti.
So, camane? Dah berkobar2 nak start bisnes TShirt korang ke? Tok guru saya kata…kalau duduk Malaysia ni tak kaya, tak tahu le. Kita bukan duduk negara yang berperang macam Syria, Iraq atau Palestin. Negara kita aman. Hanya orang malas & banyak alasan je yang tak akan berjaya.
So….bagi membantu korang memulakan bisnes TShirt ni, saya ada sediakan satu ebook yang mempunyai 80 jenis bisnes berkaitan TShirt yang korang boleh pilih ikut kesesuaian korang.
Ebook tersebut saya akan jual sebab isi kandungannya sangat eksklusif. Hasil pengalaman & pemerhatian saya sendiri dalam perniagaan cetak baju selama 5 tahun ini. Ebook tersebut akan mula dijual selewat2nya sebelum masuk Tahun 2015 nanti.
Tunggu kemunculan ebook tersebut nanti…..sabar ye……
Ok…cam biasa….apa cerita tempahan kitaorang sebelum ni?
TShirt basketball. 2 kaler printing. Cuma kalau atas baju kain jersi, susah sikit nak buat. Tapi Alhamdulillah….ok je. Kuning dia memang naik menyerlah betul. Sesuai di combine dengan kaler kuning tu.
Yang ni biasa je. Guna baju 4square ni. Cuma masalah masa nak lukis balik design kartun depan tu. Bila kita besarkan design dia pecah. So, saya kena lukis balik untuk jadikan design tu lebih sharp.
Sori..kabur sikit gambar. Design ni dah pernah buat dulu. Suka benor diaorang ni gambar katak. Cute kot.
Yang ni pun saya lukis tangan balik sebelum boleh print tu. Tapi memang sempoi punya…..
Ni baju untuk budak SPM hari tu ni. Memang boleh jadi kenangan untuk budak2 ni. Bila lain kali ada reunion, boleh pakai balik baju ni. Memang diaorang akan teringat zaman muda nanti yek….
Yang ni print atas baju kain jersi ni. Cantik kombinasi kaler tu bila print atas kaler baju camni. Design memang diaorang dah siapkan, so cepat saya siapkan hari tu.
Yang ini pun customer dah siapkan design dia & mudah skit nak print.
So, takat ni dulu ye. Banyak2 nanti, boring lak nanti.
Ok…cam biasa..kalau nak order :
1. Isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun atau;
2. Emelkan detail & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com atau:
3. Call, Whatsapp, sms ke 0193643692 (Kak Salina) atau 0192254028 (Abang Nik) – PERINGATAN….JANGAN CALL MALAM2 YE SEBAB KITAORANG NAK REHAT JUGAK YE…..
So, jumpa lagi….baaaaiiiiii….
Yang sentiasa membantu anda,
Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
Syukur sangat……kedai baru kami dah siap.
Salam cetakbaju buat semua pelawat setia mohcetakbaju.com,
Alhamdulillah……syukur pada Allah. Akhirnya, satu lagi stesen cetak baju kami siap dibina.
Seperti yang saya ceritakan kepada korang pada artikel yang lepas(masa tu bangunan tu dalam proses nak siap)..so, sekarang dah siap dah.
Kini kitaorang ada 2 tempat printing iaitu di sebelah rumah mak saya & sebelah rumah saya sendiri.
In Sha Allah, dengan adanya tempat baru ni, saya akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan permintaan pelanggan setia kitaorang untuk dapatkan baju diaorang dengan lebih cepat.
Cuma saya tak kata semua permintaan dapat disiapkan cepat, cuma mungkin akan dapat kurangkan sikit masa menunggu je, In Sha Allah.
Ni le antara gambar bangunan kedai yang dah siap tu.
In Sha Allah..saya juga akan menggunakan mesin printing baru yang lebih canggih seperti dibawah ni.
Ni le namanya…mesin spider sebab dia punya tempat nak letak blok printing macam tangan spider. Kat tepi sebelah kiri tu, kita panggil Flash Dryer yang boleh keringkan dye dengan lebih cepat.
Semua mesin ni saya import dari US….nak tahu tak berapa harganya? Nak cerita ke….macam segan lak nak cerita. Tak yah cerita le ye..nanti orang income tax cari saya kang…hehehe. Cukup sekadar saya katakan yang harganya mencecah belasan ribu ringgit jugak.
Actually…kedai ni belum beroperasi sepenuhnya lagi sebab baru siap. Mungkin dalam seminggu dua ni baru sikit demi sedikit kitaorang masukkan alatan lain & stok. Gambar atas ni kalau korang tengok…kat hujung nun sinki air untuk basuh blok & sebelah tepi tu air compressor. Tujuan mesin tu untuk sembur kat blok bagi design yang agak rumit & halus.
So…In Sha Allah, saya jangka bila dah siap sepenuhnya stesen cetak baju kitaorang ni, dapat le kitaorang siapkan cepat skit order korang nanti ye.
Ok…hari ni cam biasa, saya mesti kongsi ngan korang tempahan2 yang saya pernah buat sebelum ni.
Actually, banyak lagi order yang saya dah buat tapi hanya sebahagian je sempat ambik gambar & upload dalam blog ni. Cam contoh baju bawah ni….
Ni antara contoh tshirt kelas yang kita siapkan baru2 ni. Customer ni buat depan belakang sebenarnya tapi lupa nak ambik gambar belakang. So, agak mudah sebab guna 2 kaler je.
Actually saya guna 1 blok printing je ni. Masa nak print kaler putih, saya tutup design kaler oren. Pastu, masa nak print oren, saya tutup design yang kaler putih & jadikan design kaler putih tu sebagai marking supaya masa print tu, jarak printing sama je semua baju. Itulah sebenarnya rahsia kitaorang printing tanpa guna locking.
Ok…tempahan kedua…
Ok…design ni agak mencabar sikit sebab kena print 4 kaler ni. Hitam, merah, oren & putih. Biasanya kalau print camni kena guna locking tapi Alhamdulillah, wife hanya menggunakan mata dia je nak bg sharp keempat2 kaler tu. Selain dari tu, saya juga buat marking atas blok printing supaya design dia sharp masa nak print.
Tempahan lagi….

Macam2 design customer ni. Memang betul2 kreatif le diaorang ni. Tapi saya respek le orang2 muda ni sebab ada yang masih lagi sayangkan tulisan jawi camni. Korang pun boleh gak nak order camni. Bagitau je nanti.
Bawah ni tempahan simple je sebab 1 kaler print je. So, tak payah explain le ye…..
Tempahan bawah ni agak mencabar sikit design dia sebab perlu guna banyak blok printing & kena pecahkan kaler untuk print setiap kaler.
Memang mencabar betul buat design dia ni. Ada beberapa kali saya tersilap buat blok dia sebab salah pecahkan kaler.
Tapi Alhamdulillah…ni le hasilnya.
Ok..rasanya takat ni dulu buat kali ni. So, cam biasa…sape nak order baju korang untuk apa sahaja aktiviti korang, guna cara ni untuk order baju tu :
1. Isikan form kat page “NAK TAHU HARGA TAK?” kat bahagian atas nun & emelkan design nak print lepas isi form tu ye.
atau;
2. Emelkan detail nak order & design nak print kat emel saya di adminkomisen@gmail.com.(cara ni paling digalakkan)
atau ;
2. Call/Whatsapp/SMS ke 0193643692 (Salina) atau 0192254028 (Nik)…..tapi PERINGATAN!!TOLONG JANGAN CALL WAKTU MALAM. KAMI PUN NAK BEREHAT JUGAK!!!
So, jumpa lagi korang…..baaiiii…
Yang sentiasa bersemangat & merendah diri,
Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com

































































