Ekonomi tak menentu tapi bisnes TShirt tetap maju…..
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Tengah buat apa tu? Mestilah tengah mengadap komputer, ye tak….nampaknya jerebu tak hilang2 jugak walaupun hujan lebat tadi. Harap2 hilanglah jerebu ni cepat. Kesian kat orang2 yang kena kerja luar. Nanti tak pasal2 ngidap macam2 penyakit lak.
Di kesempatan ni jugak saya nak ucapkan takziah pada mangsa2 musibah di Masjidil Haram baru2 ni. Betul kata Imam Besar Masjidil Haram. Ini semua qada’ qadar Allah. Hanya Dia sahaja yang tahu hikmah disebaliknya. Umpama tsunami di Acheh. Alhamdulillah, Acheh kini dah menjadi negeri Islam dah lepas bencana hari tu.
Satu lagi musibah ialah keadaan ekonomi dunia. Sekarang ni USD1 sama dengan hampir +-RM4.50. Satu situasi yang agak menyusahkan terutamanya bagi peniaga yang banyak import barang dari luar.
Penyakit ni sikit sebanyak akan bagi efek kepada harga certain baju yang diimport dari luar. Bukan sahaja baju tapi macam saya sendiri yang buat bisnes online, sedikit sebanyak akan bagi efek kat kos promosi seperti Google Ads, FB Ads, Email Marketing dll.
So, nak tak nak, saya terpaksa naikkan sedikit harga baju supaya kitaorang dapat tampung kos2 yang meningkat tu.
Maaf sangat2 ye. Saya tak boleh buat apa. Memang kalau diikutkan nak bagi harga yang mampu customer beli tapi apakan daya, kos meningkat. So, kami terpaksa adjust harga tu.
Untuk pengetahuan korang, harga baju 4square paling ketara sebab baju tu diimport dari Bangladesh.
Klik butang bawah ni kalau nak tengok detail harga baju 4square tu ye.
Kami juga ada banyak lagi pilihan baju kat Katalog2 Baju kat atas nun. Klik je mana2 katalog yang korang nak & ambik langkah seperti dibawah ni untuk order tshirt korang tu ye.
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Selain daripada baju plain biasa, kami juga ada jual baju2 Raglan seperti berikut :
Ok…cam biasa. Ada beberapa tempahan yang sempat saya ambik gambar hari tu. So, ini antaranya ye….
Yang ini simple je, 1 kaler print je depan belakang. Diaorang lukis tangan & saya transfer ke dalam komputer.
Yang nipun 1 kaler print jugak. Ramai jugak yang nak design Class of 2015 ni. Sekurang2 nya ada le kenangan yang diaorang boleh ingat dalam Tahun 2015 ni.
Yang ni print atas baju Raglan. Cantik jugak. Design diorang buat dalam Customink. Senang je.
Yang ni memang puashati. Cantik betul. 4 kaler print. Ambik masa skit cuma masa nak edit balik design tu je. Time nak print sekejap je. Alhamdulillah. yang ni pun guna baju Raglan ni.
Yang ni baju elmo. Untuk family day. Kitaorang pun ada buat untuk family kitaorang sebelum ni. Memang cantik.
Yang ni baju custom made atau jahit lain ni. Kalau ikutkan hari tu, diaorang order dalam 60 lai. Belakang tu diaorang sendiri nak nombor camtu.
nak print nombor yang ambik masa skit. Design lain kejap je.
Oklah…setakat ni dulu ye. Jumpa lagi dilain masa. Penat dah. nak rehat jap.
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Jumpa lagi…baiiiiiii…
Yang disini,
Abg Nik & Kak Salina
www.cetaktee.com
www.mohcetakbajuiam.com
Posted on 16/09/2015, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju murah, baju syarikat, cetak, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, design baju, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt murah, tshirt cetak, tshirt group, tshirt kartun, tshirt murah, tshirt online, tshirt raglan. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0